sunshine

radhi tu billahi rabba wabil islami dina wabi muhammadin nabiyya warasula

Mensikapi Keuzuran Orang Lain February 3, 2011

Filed under: ~tazkeerah~ — nurjannahsunshine @ 5:43 am
Tags: , ,

Assalamualaikum wbt. Salam kerinduan menggunung tinggi dari Cik Sunshine di bumi Brighton. 🙂

Alhamdulillah3. Puja puji buat Allah atas nikmat2Nya yang tak mungkin dapat dihitung. Saya Alhamdulillah baik2 di bumi Brighton. Semakin sibuk dengan study, itu yang pasti. Semakin juga mencintai bumi UK. Namun, semakin lebih rindu… dengan semua orang! 😀 Malam2 mimpikan orang2 yang dirindu – dalam suasana2 yang sangat dekat di hati. Siangnya senyum sendiri seperti baru bertemu semua! Allahuakbar. 🙂

Sekian lama saya tak menulis di sini. Sebabnya saya sedar bahawa saya ada kecenderungan untuk mendapat satu penyakit kalau banyak menulis di sini. :mrgreen: Awal penyakit saya ni, adalah apabila melalui apa2 peristiwa, saya akan mula membina ayat2 dalam kepala dengan tujuan mahu berkongsi di blog kelak. Lepas tu boleh melarat sampai saya pernah rasa tak best kalau orang tak tahu banyak2 benda yang best yang saya lalui. Apekah. Hu~ Sampai saya bertanya pada diri – adakah saya mahu dinilai manusia? Atau adakah kalau saya tak berkongsi peristiwa yang berlaku, perkara tersebut jadi tak bernilai? Oh, tentu tidak sekali2. 😀

InsyaAllah perkongsian ini ringkas2 saja. Lebih kepada peringatan kepada diri sendiri sebenarnya.

Mensikapi Keuzuran Orang Lain

Bismillahirrahmanirraheem. Bismillahibarkatillah.

Antara objektif2 membincangkan tajuk ini adalah seperti berikut:

  1. Bersedia menerima perbezaan diri dan orang lain
  2. Memahami karekter orang yang berbicara dengan kita
  3. Berusaha mencari titik temu
  4. Benar2 melaksanakannya dalam kehidupan

Pelbagai ragam

Subhanallah. Kita diciptakan dengan pelbagai personaliti dan latar belakang.

Ada yang pengemas – cadar katil ditarik tegang 24jam (syiling pun boleh melantun kalau dijatuhkan ke atasnya). 😛 Ada pula yang suka sepah2 – habis penuh satu katil dengan baju/seluar/buku/makanan. 😛

Ada yang pandai masak. Ada yang tak pandai masak. Ada yang pandai masak sebab pakai paste je. 😛

Ada yang pendiam. Ada yang banyak cakap. Ada yang tak suka dengar orang cakap. 😛

Ada yang garang. Ada yang emo. Ada yang cool. Ada yang blur. 😛

Ada yang suka jahit baju. Ada yang suka jahit manik kat baju. Ada yang suka beli baju. Ada yang dah lama tak habiskan duit beli baju. 😛

Oleh kerana itu, semua di antara kita sebenarnya sangat menarik untuk dikenali dan difahami. 😉

Harus disedari dan diakui bahawa setiap di antara kita tiada yang lekang dari keuzuran i.e. kekurangan. Pasti ada cacat cela dalam akhlak kita umumnya, atau kesongsangan dalam tindak tanduk kita khasnya. Kerana kita memang bukan makhluk suci. Jadi, logik saja kalau kita atau sahabat2 kita berbuat salah. Namun, kita sentiasa diberi ilmu dan peluang untuk memperbaiki diri.  😉

‘Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar, niscaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.’ (alAhzab: 70-71)

Mensikapi dengan akhlak2 islami

Dalam menghadapi kepelbagaian ragam manusia ini, menjadi keutamaan kita untuk mengamalkan akhlak islami. Contoh teladan dalam berakhlak islami ini tak lain tentunya dari murabbi agung Muhammad bin Abdullah saw. Hidup baginda penuh mulia dek kerana akhlak baginda.

  1. Memaafkan/murah hati/tidak berkira

Apabila ada sahabat2 yang berbuat kesalahan, berusahalah untuk memaafkan dan mendidiknya. Kita sendiri kalau berbuat salah, pasti mahu dimaafkan. Kita juga pasti tahu betapa tidak enaknya hidup dalam rasa bersalah. Jadi, betapa mulianya untuk memaafkan sahabat kita. Kerana dengan itu akan mendatangkan rasa senang hati buatnya. Berilah ia peluang untuk memperbaiki dirinya. 😉

  • Hatib ibn Abi Baltha’ah telah menulis surat kepada kaum musyrikin di Mekah untuk mengkhabarkan rancangan Rasulullah saw menakluk Mekah. Namun surat itu berjaya dirampas sebelum sampai ke tangan musyrikin Mekah. Hatib bersungguh2 membela dirinya. Ia menyatakan kebimbangannya terhadap ahli keluarganya di Mekah yang tidak punya sanak saudara lain untuk melindungi mereka. Namun, pada pandangan para sahabat, Hatib telah menderhakai Allah dan RasulNya. Umar al Khattab lantang sekali mahu memenggal kepala Hatib. Namun apa kata Rasulullah saw?

“Dia benar! Janganlah kamu berkata kepadanya melainkan yang baik.” “Bukankah dia di kalangan anggota Perang Badar? Mudah-mudahan ALLAH melihat pada ahli Perang Badar dan berfirman, ‘Buatlah apa yang kamu suka. Sesungguhnya telah dijamin untuk kamu syurga atau Aku telah ampuni kamu semua’.” (HR Bukhari)

Subhanallah. Hati yang bagaimanakah yang terdapat dalam dadanya? Sebagai ketua, baginda memahami kegelisahan Hatib. Baginda langsung menjadi seorang yang murah hati terhadap Hatib. Lansung tidak berkira untuk memberi kemaafan kepada sahabatnya. Hingga kan sampai ke hujung zaman ini Hatib tidak pernah sekali pun kita kenali sebagai pengkhianat agama. Hatib ibn Baltha’ah di mata kita adalah ahli Badar yang Allah telah ampuni. 🙂

  • Kisah Kaab b. Malik yang terleka dengan kemewahan perniagaannya hingga terlepas untuk ikut serta dalam perang Tabuk adalah antara kisah yang sentiasa menjentik hati saya. Satu kisah yang disulami penyesalan, keberanian, kesetiaan dan kecintaan.

Penyesalan Kaab begitu tinggi terhadap kelalaiannya. Namun iman dan kecintaannya pada Allah dan Rasul membuatkan ia tetap dalam Jemaah Islam sekalipun ditawar dengan dunia. Tetap menghadiri solat berjemaah sekalipun tiada sahabat yang mempedulikannya dalam berpuluh2 hari yang menyesakkan dada. Ia tidak merajuk sedikitpun.

Rasulullah saw asalnya berlaku dingin terhadap Kaab tak lain kerana mahu memberi pengajaran kepada Kaab. Baginda telah lebih awal mengetahui potensi Kaab yang tinggi sebagai jundi. Jadi, untuk tidak mengikuti perang tersebut, merupakan kesalahan besar bagi Kaab. Namun, lihat saja apabila keampunan Allah turun buat Kaab – kecintaan Rasulullah saw terus terlihat. Terpadam langsung kisah sebelumnya. Kemaafan diberi tanpa siapapun mengungkit.  😀

 

2. Berlapang dada / tolak ansur

Dalam menghadapi apa jua masalah atau keadaan, berusahalah untuk tidak hanyut dengan emosi. Misalnya jika ada sahabat yang gagal melaksakan tugas dengan baik, perjalanan program kucar kacir, sahabat yang mengambil ringan urusan yang penting dsb. Kita harus sentiasa mengambil selangkah ke belakang dan berfikir dengan matang dan rasional bagaimana mahu mengatasinya. Kita harus sedar dan yakin bahawa setiap masalah pasti ada jalan keluarnya. Jadi, berlapang dada lah dan berhikmahlah.

  • Abdullah ibn Mas’ud ketika sedang memanjat pokok bagi mendapatkan sesuatu buat Rasulullah saw, terlihatlah betisnya yang kurus. Sahabat2 tertawa melihatnya. Rasulullah saw tak mengherdik sahabat2 untuk menutup rasa malu Abdullah ibn Mas’ud. Tidak juga memerli mereka kerana keutamaan Abdullah ibn Mas’ud di antara sahabat2nya. Namun baginda mengatakan:

“Kenapa kalian tertawa? Kalian tahu bahwa kaki Abdullah bin Mas’ud kelak di akhirat nanti timbangannya lebih berat daripada gunung Uhud.”(HR.Ahmad)

🙂 Baginda memuliakan betis Abdullah ibn Mas’ud untuk mengajar sahabat2nya bahawa apa yang terlihat tidak langsung mewakili nilaiannya di sisi Allah. Rasulullah saw mendidik mereka dengan penuh kebijaksanaan.

  • Ketika datang seorang sahabat kepada Rasulullah saw untuk meminta izin berzina, Rasulullah saw tidak menghujaninya dengan dalil2. Juga tidak menghukumnya sebagai orang yang tidak beriman. Juga tidak menghinanya. Namun apa kata baginda?

“Sukakah kamu jika ibumu berzina?… Sukakah kamu jika anakmu berzina?… Sukakah kamu jika saudara perempuanmu berzina?… Sukakah kamu jika ibu saudaramu berzina?…”

Sahabat itu menyatakan tidak suka sama sekali kepada semua soalan baginda..

Lalu Nabi SAW letakkan tangannya yang mulia di dada lalu berdoa untuk hamba Allah tersebut “Ya Allah ampunkanlah dosa-dosanya dan bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya”. Setelah itu lelaki tersebut tidak meneruskan keinginannya.  (HR Imam Ahmad).

 

3. Menahan marah

Dari contoh2 di atas juga, terlihat bahawa interaksi Rasulullah saw dengan sahabat2 adalah dengan penuh kasih sayang. Jauh sekali marah2. Satu personaliti penuh karisma. Bukannya baginda tak pernah marah. Jika tidak, masakan baginda dapat tahu bagaimana sifat marah itu. Tetapi marah baginda adalah tepat pada keadaan yang memerlukannya, iaitu marah jika ada yang memperolok2kan Allah dan agamaNya. Jadi, kita juga harus melatih diri untuk sentiasa cool2 dengan sesiapa sahaja di sekitar kita. Berusahalah untuk sentiasa mempunyai emosi dalam kawalan akal dan iman.

Berikut adalah tips2 dari personaliti agung dalam menghadapi rasa marah.

“Apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring.” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

“Apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam.” Rasulullah saw mengucapkannya 3 kali. (Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)

“Sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk.” (Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)

Cara atasi perbezaan

Kita lebih cenderung untuk berkelompok dengan mereka yang mempunyai persamaan dengan kita. Lebih mudah memahami dan difahami. Lantas, lebih mudah segala urusan yang perlu dilaksanakan. Namun, wajarkah untuk mengabaikan ukhuwah islami dengan mereka yang berbeza dengan kita?

Tentunya tidak. Allah mencipta kepelbagaian ini agar kita saling mengenal dan menampung.

Jadi, kita harus mencari jalan mengatasi perbezaan yang ada ada agar tidak menjadi halangan dalam pembinaan umat yang kuat kesatuan hatinya.

1. Mencari kesepakatan atau titik temu

Saya teringat benar akan kata2 seorang sahabat. Katanya, dalam membina sesuatu hubungan, pasti dimulai dengan persamaan.

Misalnya, “Adik rumah kat mana?” “Jitra” “Waah, sama dengan makcik akak! Entah2 adik2 kenal. Bila2 akak pergi Jitra, bolehla melawat adik” “Sila la!” 😀 (Walaupun kakak tu tak rapat pun dengan makcik tiga pupunya, apatah lagi melawat makcik tersebut. Tapi disebabkan mahu membina hubungan, persamaan kecil itu pun menjadi satu isi yang dapat menjadi titik tolak). Cuba kalau tak mahu membina hubungan pasti tak berminat menyetujui persamaan. Misalnya, “Rumah saya selang 2 buah je dari rumah makcik akak!” “O, ye ke. Tapi family kitorang tak rapat sangat pun. Akak tak pernah pergi rumah dia pun.” ……(diam)…… 😉

Berusahalah mencari titik temu agar dari satu titik itu, semakin jelas jalan yang menghantar kepada kesatuan hati.

Tidak kisahla apa yang menjadi bahan persamaannya. Baik hobi, warna kesukaan, makanan kegemaran, rancangan paling diminati. Apa saja.

 

2. Lebih banyak mendengar

Belajarlah untuk lebih banyak mendengar. Sedarlah akan hikmah Allah menjadikan 2 telinga dan 1 mulut. Jadi, kadar penggunaan mereka juga harusnya berpadanan.

Seperti kisah Rasulullah saw yang tetap mahu mendengar bacaan alQuran dari Abdullah ibn Mas’ud. Padahal alQuran itu diturunkan langsung kepada baginda.

Jika ada perselisihan, berusahalah menghindari sebarang debat yang sia2. Yang hanya sarat dengan emosi dan kata2 yang tidak berguna. Rasional kan lah apa yang telah berlaku. Sedarlah bahawa Allah sedang melihat dan menguji iman kita.

 

3. Berbincang kepada penyelesaian

Jika perbezaan mendatangkan kesulitan, bawalah berbincang secara aman dan bijaksana dalam mencari penyelesaian. Beralah lah atau bertegas lah. Mana2 yang lebih manfaatnya.

 

4. Tausiyah (nasihat) dalam menunjukkan rasa cinta

Dalam mengelakkan sebarang hal berulang lagi, berilah nasihat dengan penuh cinta dan kesabaran.

 

Kesimpulan

Tajuk ini bukan ditujukan buat sahabat2 kita. Tapi tajuk ini untuk kita sendiri mengaplikasikannya. Saya setuju bukan mudah membina akhlak islami dalam diri. Bukan urusan sehari dua. Bukan juga mahu dipraktiskan sehari dua.

Moga2 dalam interaksi dengan sesiapa sahaja di sekeliling kita, kita menjadi insan yang bertanggungjawab, iaitu sentiasa bersedia mengambil alih tugasan andai ada sahabat yang tak mampu melaksanakannya.

Moga2 kita menjadi insan yang pandai menyimpan rahsia agar keaiban sahabat tak diketahui orang ramai.

Moga2 kita menjadi insan yang rasional. Bukan emosional. Yang mampu menentukan sikap terbaik dalam menghadapi sebarang situasi.

Wallahu’alam. Milik Allah lah pengetahuan langit dan bumi.

p/s: Doa kan kak Huda selamat melahirkan bayinya bulan depan insyaAllah. Moga selamat mamanya dan selamat babynya. Doakan juga supaya baby lahir 8 Mac supaya nanti ada titik temu dengan mummynya. Hehehe.

Advertisements