sunshine

radhi tu billahi rabba wabil islami dina wabi muhammadin nabiyya warasula

Khusyu’ Dalam Solat November 3, 2010

Filed under: ~tazkeerah~ — nurjannahsunshine @ 6:38 am
Tags: , ,

Segala puji2 milik Allah. Rabb alam ini. Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah. 🙂

Dalam seminggu ini ingatan saya pada keluarga, teman2, sahabat2, adik2 dan pelajar2 di Malaysia sangat kuat. Selalu termimpi2 dan terbayang2. Saya berulang2 memainkan video2 dalam simpanan. Senyum dan gelak sorang2 dalam bilik ni apabila menonton semula kenangan2 lalu [Oh, rindu]. Sakit apabila menyedari semua ini tak akan berulang lagi. Masa berjalan dan berlalu. Saya melihat ‘saya’ dalam video2 tersebut seperti pelakon. Saya cemburu dengan saat2 indah yang sedang dilalui ‘pelakon’ tersebut. Rasa teringin nak memegang wataknya dan berlingkar bersama2 orang yang dicintainya. Tapi sayang, masa yang telah berlalu adalah tempat yang paling jauh dan tak terkecapi.

Beberap hari kebelakangan ini, tanpa sedar, saya banyak melayan emosi dan kemahuan diri. Beberapa panggilan balik ke Malaysia – atuk, anak2 saudara, sepupu, sahabat dan pelajar. Berejam2 dan asyik2 berskype dengan keluarga. Berpuluh2 komen saya kirim di laman facebook dan entah berapa banyak laman kawan2 yang saya buka [biasanya sangat jarang menjenguk laman sesiapa]. Waktu study pun asyik2 menghadap laptop untuk menonton video2 dalam simpanan. [Aish, bahayanya memanjakan diri.]

Lebih2 lagi apabila mengetahui ramai adik2 IMU akan datang ke UK tahun hadapan insyaAllah. Lagi lah saya jadi angau sendiri. Sikit2 berangan. Tak sabar nak bertemu mereka. Haih2. [Sabar Nurjannah, sabar]

Tadi apabila saya bersms dengan pelajar saya, saya memberitahunya yang saya malas study 2-3hari ini. Katanya, ‘ckg mls nk stdy sbb msti bnyk lyn perkara2 lagha ni.hehe.mai la Malaysia kta men air banjir..hehe.relax otak xpyah nk igt peksa2 ni.hahahaha.’ Saya ketawa sendiri. 😆 Pandainya. Anak murid siapa la ni. 😉 (Buat yang tidak/belum tahu, Jitra termasuk beberapa kawasan di utara Malaysia yang sedang dilanda banjir selepas hujan tak henti2 beberapa hari.)

Saya pun tak tahu apa yang tak kena. Sebabnya, saya rasa saya ok je. Tapi apabila muhasabah sendiri, saya rasa signs and symptoms ini akan jadi bahaya kalau saya buat tak endah. Jadi, tentunya kena banyak baca alQuran dan khusyuk dalam solat sebagai prophylaxis agar jiwa tak terus2an lemah.

Saya termalu sendiri melihat perkembangan blog ini yang jadi entah apa2. Macam slot luahan rasa pula. Langsung tak mengena tujuan asal mengapa blog ini ditulis. Maaf buat semua kerana mengambil masa kalian yang berharga hanya untuk membaca penulisan saya yang entah ada entah tidak manfaatnya. 😦

Jadi, ini bayaran baliknya.

Satu tajuk yang sangat memberi kesan kepada saya setelah membacanya. Seperti biasa, penulisan Amr Khalid. Bukunya ini bertajuk ‘Ibadah Sepenuh Hati’. Buku yang menjadi masukan ketika saya dahagakan pengisian ruhi ketika cuti yang lalu.

Khusyu’ Dalam Solat

Di dalam buku Wahyul Qalam, Ar-Rafi’I mengatakan, “Dengan melarikan diri dan memfokuskan niat ke arah solat, seorang muslim akan merasakan dirinya seakan melintasi sekat2 di bumi – baik waktu mahupun ruang – untuk kemudian keluar menuju alam rohani yang mana tidak ada yang terfikir olehnya selain Allah swt. Inilah saat2 istimewa setiap hari dari sisi kehidupan di mana dia lepas dari urusan2 dunia, tatkala dia menghimpunkan nafsu dan keinginannya, lalu menahannya dari waktu ke waktu dengan gerakan2 solat. Dia juga mengoyak kefanaan jiwa sebanyak 5 kali sehari, sehingga dia dapat melihat hakikat keabadian. Jiwanya terasa tumbuh dan mengembang. Itulah solat yang 5, solat yang juga merupakan saat di mana hati terbebas dari isi2 dunia. Tiada yang lebih indah dan tepat daripada sabda Rasulullah saw:

‘Pusat kebahagiaanku dijadikan terletak dalam solat.’ (HR Muslim)”

Beginilah pandangan dan kepekaan seorang muslim mengenai solat. Apakah kita juga mempunyai kepekaan sedemikan?

Kepentingan solat telah sangat jelas kepada kita (tiang agama, amal pertama yang bakal dihisab, menjauhi kemungkaran dsb). Namun begitu, kita belum juga merasakan makna2 mendalam ini, dan kita tetap menganggap solat sebagai sesuatu yang berat.

Sahabatku, sebenarnya, kita layak mengalami perkara tersebut, dan alasan kita dapat diterima.

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.’ (al Baqarah 2:45)

Jadi, tidak aneh untuk merasa berat dan mahu cepat2 habiskan solat, bukan? 😐

Kerana kita belum khusyu’.

Ayuh sahabat2ku, siapkan hati dan jiwa mu sungguh2 untuk membincangkan tema penting ini. 😀

Trilogi Ibnul Qayyim

1. Penyakit dan ubatnya – Sesungguhnya dalam hati terdapat robekan yang tak dapat dijahit kecuali menghadap Allah swt. Juga terdapat keterasingan yang tak dapat ditemani kecuali menyendiri bersama Allah swt. Di dalam hati juga terdapat kesedihan yang tak dapat diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya. Di dalam hati terdapat sebuah kegelisahan yang tak dapat ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah swt. Di dalam hati terdapat gelojak api yang tak dapat dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah swt, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya.’

(Pernahkah kita merasakan makna2 spiritual ini sebelumnya? –> di dalam hati ada robekan, keterasingan, kesedihan, kegelisahan dan gelojak api. Ada beragam penyakit yang ubatnya tidak lain adalah mengenal Allah swt)

2. Pancaran hati – Ketika orang lain bergantung kepada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain bahagia dengan kekasih2 mereka, jadikan dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi menghadap raja2 dan pembesar2 mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu betul2 mencintai Allah.’

3. Perindu syurga – Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir, jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meski engkau tertolak. Jika gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu tak diundang. Kemudian tadahkan tangnmu di gerbang serayalah berkata, ‘Tolonglah! Saya orang miskin. Bersedekahlah untuk saya!’

(Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir. Kita ingin menangis ketika solat tetapi tidak berjaya, kita ingin meraih kekhusyukan tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Jangan pernah berhenti dan berpatah harap!

Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meski engkau tertolak. Kita berbuat maksiat lalu bertaubat dan memohon ampun, tetapi kemudian kita kembali melakukannya. Saat begitu, jangan pernah berhenti memohon ampun!

Jika gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu tak diundang. Hadirilah kuliah2 agama, duduklah di dalam Jemaah, teruslah bersama dengan orang2 yang rajin membaca dan merenungi alQuran.)

Sahabat2ku, persiapkanlah diri2 kita untuk meraih nilai2 ini. Tempatkanlah kekhusyukan sebagaimana mestinya. Kita pasti boleh! Sebab hal ini tidak mustahil bagi seorang Perindu Syurga.

Mengenali Allah

Nilai dan jiwa sebuah solat terletak dalam kekhusyukan.

Solat adalah menghadap Allah swt. Setiap kali kita melafazkan “Allahu akbar”, Allah akan menyambut dan memperhatikan kita. Pernahkah kita melaksanakan solat dengan perasaan dan kepekaan ini?

Nilai solat terletak pada peranannya sebagai jalan utama untuk mengenal Allah swt. Solat diwajibkan agar kita mengenal Yang Menciptakan secara benar. Ketahuilah, mengenal Allah adalah inti seluruh kehidupan ini.

‘Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu.’ (ad Dzariyaat 51:56)

Sungguh kasihan orang yang mengira kehidupan dunia adalah mainan, kesenangan dan pemuasan nafsu semata2. 😦 Sungguh kasihan orang yang meninggal dunia tanpa sempat mengenal Tuhannya! 😥

Gerbang utama memasuki ruang kekhusyukan solat adalah memahami dengan benar: ‘Mengapa kita diciptakan’.

Hakikat dunia

Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya perumpamaan dunia dan diriku adalah seperti seseorang yang beristirehat sejenak di bawah sebuah pohon pada siang yang amat panas, kemudian pergi dan meninggalkannya.’ (HR Ahmad)

Baginda juga bersabda: ‘Dunia itu terlaknat, dan terlaknat pula segala yang ada di dalamnya, kecuali zikrullah (menyebut dan mengingati Allah) serta hal2 yang mendokongnya, seorang yang ‘alim (tahu dan berilmu), atau seorang yang belajar (menuntut ilmu)’ (HR iBn Majah dan At-Tirmidzi).

Dalam hadith lain: ‘Apakah ertinya dunia bagiku? Apakah ertinya dunia dan harta ku?’ (HR Ad-Darimi).

Subhanallah! Beginikah hakikat dunia di hati kita?

Apabila mengetahui dan ‘melihat’ hakikat dunia yang pecahannya sangat2 halus berbanding seluruh kehidupan abadi kelak, banyak perkara yang memberi kesenangan terhad di dunia menjadi perkara sampingan semata2.

Dalam menggambarkan hakikat dunia, seorang ulama soleh berkata: ‘Dunia itu ibarat sandal’. Orang ramai kehairanan, tapi sang ulama tetap bertegas mengatakan: ‘Ya, dunia ibarat sandal. Meskipun kita tidak begitu memerlukan sandal, kita tentu tidak dapat berjalan tanpa alas kaki [bayangkan gurun panas dan salji sejuk]. Begitu juga dunia, kita tidak begitu memerlukannya. Namun, pernahkah anda mendengar rasa cinta yang terjalin antara seseorang dengan sandalnya?’

Subhanallah. Matlamat mahu bertemu Allah membuatkan dunia yang dilalui seperti tiada pentingnya. Dalam fikiran saya, saya membayangkan suasana di dalam pasaraya (maafkan contoh tak matang ini. Hu 😐 ). Tarikan2 lain di dalam sebuah pasaraya tak penting dan tak menarik bila mana saya tahu arah yang saya tuju untuk mendapatkan apa yang saya mahu. Seperti berjalan terus tanpa mahu peduli untuk menoleh2. 😉

Bagaimana untuk khusyu’? – Analogi sebagai contoh

Seorang pelajar sedang mengulangkaji pelajaran di kamarnya. Kamar tersebut memiliki tingkap yang terbuka menghadap satu pokok. Di atas pokok tersebut, beberapa ekor burung sedang berkicau2 hingga mengganggu konsentrasinya.

Dia pun mengambil sebuah tongkat panjang dan memukul pokok tersebut agar burung2 itu pergi. Burung2 pun berterbangan pergi, tapi kemudian kembali lagi mengganggu perhatiannya. Pelajar tersebut melakukan hal yang sama untuk mengusir burung2 tersebut berkali2.

Ibunya datang dan berkata: ‘Anakku, kamu tidak akan dapat belajar kecuali kamu pangkas pokok tersebut.’

Pokok itu kemudian dipangkas dan tiada lagi burung2 bertenggek yang mengganggu. 😀

Sahabat2 sekalian, analogi ini sangat saya suka kerana kejelasannya menyatakan cara khusyu’ semasa solat.

Jangan beri tempat pada dunia dalam hati kita.

Hati yang menyediakan tempat untuk dunia menjadi tempat bertenggeknya syaitan untuk mengganggu. 👿

Saya sendiri selalu berperang dengan diri agar tiada perkara lain yang menjadi keutamaan dalam fikiran dan hati ketika solat. Tapi, biasalah. Susah nak berjaya. Apa2 pun, ‘jangan pernah putus asa andai terusir!’.

Thumakninah

Salah satu hal yang menghalangi seseorang daripada kekhusyukan adalah gerakan2 badan yang menunjukkannya lalai dalam solat. Contohnya orang yang melakukan solat dengan cepat mengalahkan senamrobik, atau solat di samping TV yang sedang menyala, atau matanya berputar mengamati rumah dari depan ke belakang, atau mata mengintai2 jam. Apakah kita mengira Allah akan memakbulkan solat2 seperti ini?! [gulp]

Ketika Rasulullah saw duduk di masjid, tiba2 seorang lelaki masuk ke masjid. Dia pun mengucapkan salam kepada Rasulullah saw kemudian berdiri dan melakukan solat. Ketika dia selesai melakukannya, dia pun menghampiri Rasulullah saw yang kemudian berkata kepadanya, ‘Kembalilah untuk mengerjakan solat, sebab engkau belum mengerjakannya’. Dia pun pergi menjauh dan melakukan solat lalu kembali lagi menghampiri Rasulullah saw. Namun Rasulullah saw tetap berkata, ‘Pergilah untuk mengerjakan solat, sebab engkau belum mengerjakannya!’. Lelaki itu akhirnya berkata, ‘Demi Allah yang mengutus engkau dengan kebenaran, saya tidak boleh mengerjakan yang lebih baik daripada ini. Ajarkanlah saya wahai Rasulullah!’

Rasulullah saw pun bersabda, ‘jika engkau mengerjakan solat, maka mulailah dengan bertakbir, lalu bacalah beberapa ayat alQuran yang mudah, kemudian lakukanlah rukuk sampai kamu betul2 rukuk dengan muthmainnah (tenang), lalu lakukan i’tidal sempai kamu betul2 telah berdiri, lalu lakukan sujud sampai kamu betul2 sujud dengan tenang, kemudian lakukan duduk sampai kamu betul2 duduk dengan tenang, selanjutnya kembali lakukan sujud sampai kamu betul2 sujud dengan tenang. Biasakan hal ini dalam setiap (rakaat) solatmu!’ (HR Bukhari)

Seseorang yang tidak mahu meneguhkan tulang punggungnya ketika dia rukuk dan sujud, solatnya kan dilipat seperti baju yang jelek, lalu dilemparkan ke wajahnya. Solatnya pun berkata, ‘semoga Allah menyia2kanmu, sebagaimana engkau menyia2kan aku’. Kalau dia menyempurnakan rukuk dan sujudnya, solatnya akan dilipat sebagaimana baju yang bagus. Solatnya berkata, ‘semoga Allah menjagamu, sebagaimana engkau menjagaku’. (HR Abu Dawud, atTirmidzi, anNasa’i dan Ibn Majah)

Hati adalah raja

Umar ibn Khattab pernah melihat seseorang yang sedang bertasyahud tetapi juga sedang bermain butiran biji. Maka Umar berkata: ‘Kalaulah hati orang ini khusyu’, maka anggota badannya pun akan khusyu’’.

[Ya Allah, kurniakanlah kami hati2 yang khusyu’!]

[Saat ini saya banyak sekali membayangkan ORANG LAIN yang tak khusyuk solatnya. ORANG LAIN yang solat tanpa thumakninah. ORANG LAIN yang tak sempurna rukuk sujud. Seolah2 saya aman2 dengan solat sendiri. Bukankah aneh begini? Walhal jika melihat mana2 foto bersama keluarga dan teman2, pastinya DIRI SENDIRI yang dilihat dulu. Cik Nurjannah, sila fokus diri sendiri! :anger: ]

Solat dan Rasulullah saw

Perhatikanlah saat baginda bersabda: ‘Marilah kita rehat dengan solat, wahai Bilal!’ (HR at Tabrani dan al Haitsami)

Solat adalah kebahagiaan dan keiinginannya. Demi Allah, yang mampu mengecap rasa ini adalah orang2 yang khusyu’.

(Bimbang di saat ini yang terjadi adalah: ‘Berhenti dari solat untuk berehat’.)

Anas bin Malik mengatakan: ‘Suatu malam saya masuk ke masjid dan saya lihat sebuah batang kurma di tengah2 masjid. Saya betul2 hairan kerana sebelumnya batang kurma ini tidak berada di tempat tersebut. Saya terus mendekatinya, sampai kemudian saya ketahui bahawa itu adalah Rasulullah saw yang sedang berdiri di dalam solat. Saya pun sangat gembira kerana saya dapat menegerjakan solat bersama baginda. Aku pun berdiri di samping baginda dan baginda mula membaca surah alBaqarah. Dalam hati saya mengira, ‘Baginda akan berhenti di ayat ke-100,’ ternyata baginda terus melanjutkan bacaan dan saya pun kembali mengira, ‘Baginda akan menyelesaikan surah ini dan kemudian mula rukuk’, tapi ternyata baginda meneruskan bacaan dengan mula membaca surah al Imran. Hati saya berkata, ‘Baginda pasti berhenti di ayat ke-100 dan segera bersujud.’ Ternyata baginda melanjutkan bacaan surah tersebut. Hati saya berkata, ‘Baginda akan menyelesaikannya dan mula rukuk’. Ternyata baginda mula membaca surah an Nisa’. Saya kembali berbisik, ‘Baginda akan berhenti di ayat ke-100’. Rasulullah saw pun menyelesaikan surah anNisa’. Sampai2 saya hampir mengerjakan perbuatan buruk (iaitu saya duduk dan membiarkan Rasulullah saw berdiri). Baginda membacanya dengan lancar dan perlahan. Jika baginda bertemu dangan ayat yang mengingatkan akan syurga, saya mendengar baginda mengucapkan doa, ‘Ya Allah, sungguh aku mohon syurga daripadaMu!’. Dan apabila baginda bertemu dengan ayat yang memperingatkan neraka, saya mendengar baginda mengucapkan doa, ‘Ya Allah, sungguh aku berlindung denganMu dari api neraka!’. Kemudian baginda rukuk dan ternyata rukuk ini hampir sama panjang dengan qiyam baginda. Baginda mengucapkan: ‘Subhana Rabbiyal ‘Azdhim’ (Maha Suci Rabbku yang Maha Agung) berkali2, lalu baginda berdiri dan ternyata baginda berdiri hampir sama panjang ketika rukuk. Saya mendengar baginda mengucapkan (doa). Kemudian baginda melakukan sujud hampir sama panjang dengan lamanya berdiri. Di dalam sujudnya itu, beliau banyak mengucapkan doa2 kepada Allah.’

Beberapa pengajaran:

  1. Dalam 1 rakaat, baginda membaca lebih dari 5 juzu’ alQuran! 😀 Kudrat muda di tubuh saya sendiri tak mampu berdiri tegak selama itu. Subhanallah! Pertemuan baginda dengan Allah penuh rasa cinta hingga baginda jadi asyik menikmatinya.
  2. Betapa bersopannya sahabat2 Rasulullah saw. Duduk (ketika sangat lenguh) pun padanya perbuatan buruk. Saya mengaku, jika berbuat sesuatu untuk memenuhi keperluan diri, selalu rasa ‘tidak apa’ kerana merasakan ‘patut’. Walhal menunjukkan betapa tak syafaqah (berjiwa halus) diri ini.
  3. Subhanallah. Pernahkah kita solat sebegini sabar. Bacaan alQuran yang sudahlah perlahan, diselangi doa2 pula. [hmm]

Rabi’ bin Kaab ra bercerita, ‘Saya pernah melayani Rasulullah saw di waktu siang dan saya pun bermalam dengan beliau pada malam harinya. Saya terus mendengar beliau sepanjang malam mengerjakan solat dan mengucapkan ‘Subhana Rabbi (Maha Suci Allah Tuhanku)… Subhana Rabbi…Subhana Rabbi…’. Sampai saya merasa jenuh dan mengantuk, sehingg saya pun tertidur, kemudian apabila bangun saya mendengar baginda masih mengucapkan ‘Subhana Rabbi…Subhana Rabbi…’

Bagaimana Rasulullah saw ketika mengucapkan 2 perkataan ini? Apa yang baginda rasakan? 2 perkataan yang tak mampu dihuraikan dengan jelas oleh berjilid2 buku, namun dengan membisikkannya, sang hati dapat menangkap kekuatan ‘Subhana Rabbi’.

Hati gementar khuatir

Solat Hatim al Isham: ‘Ketika waktu solat telah tiba, aku berwudhu dengan sempurna, dan menghampiri tempat di mana aku akan mengerjakan solat. Aku pun lantas duduk di sana sampai seluruh tubuhku terkonsentrasi. Kemudian aku pun mula solat dengan menjadikan Kaabah seolah2 di hadapanku, jambatan asShirat di bawah kakiku, Syurga di kanan ku, dan Neraka di kiri ku, serta malaikat maut berada tepat di belakangku. Aku pun menganggap solat ini sebagai solatku yang terakhir. Kemudian akupun mengerjakan dalam rasa raja’ (harap) dan khauf (cemas). Aku bertakbir sepenuh mungkin, dan membca ayat alQuran dengan tartil, kemudian aku rukuk dengan tawadhu dan bersujud penuh khusyuk. Selanjutnya aku duduk di atas kaki kiri dengan mnjulurkan tapaknya dan menegakkan tapak kaki kanan di atas patukan ibu jari. Aku pun mengakhiri solat tersebut dengan rasa ikhlas. Tetapi aku tidak tahu apakah solat aku itu dikabulkan atau tidak’.

Perhatikan Hassan bin Ali bin Abi Talib. Selepas berwudhu biasanya beliau gementar, ketakutan, menghiba dan air mukanya berubah. Ketika ditanya sebabnya, beliau menjawab: ‘Tahukah kalian di hadapan Siapa kah aku berdiri?’.

Kronologi solat seorang hamba

Wudhu

Wudhu memberi kesucian luar dan dalam.

‘Jika seseorang hamba berwudhu, maka ketika berkumur dosa2nya akan keluar dari mulut; ketika membasuh muka, dosa2nya akan keluar dari pelupuk mata; ketika membasuh tangannya, dosa2 akan keluar dari tangannya, bahkan sampai juga dari bahagian dalam kuku2nya. Ketika mengusap kepala, maka dosa2 akan keluar dari kepala bahkan dari bawah telinganya; dan ketika membasuh kakinya, maka dosa2 akan keluar dari kaki dan bahkan kuku2 kakinya.’ (HR an Nasa’I dan Ibn Majah)

Ayuh berwudhu dengan kefahaman baru! Ayuh berwudhu dengan perasaan2 dibersihkan dari dosa2. 😉

Menghadap kiblat

Ingatlah untuk mengarahkan dan meluruskan hati agar selari dengan wajah yang menghadap kiblat. Fokuslah. Janganlah tubuh yang menghadap kiblat mempunyai hati yang berpaling.

Niat dan takbir

Berniatlah untuk mendirikan solat – bukan semata2 melakukannya.

Bertakbirlah ‘Allahu Akbar (Allah Maha Besar)’, dan kenal pasti andai ada kebohongan dalam diri terhadap lafaz takbir tadi. Jangan sampai lidah mengatakan ‘Allahu Akbar’ tetapi hati lebih membesarkan suami/isteri/ibubapa/anak2 atau study/shopping/jalan2.

Allah Maha Besar berbanding dunia dan seisinya!

Ketika di hadapan Rabb

Rasakanlah betapa perlunya kita kepada Allah. Hadapkanlah wajah kita ke lantai. Tangan kanan di atas tangan kiri. Betapa bersantunnya posisi tersebut. 🙂

Wahai hati yang hina, apakah saat ini Allah sedang memerhatikan mu dan engkau memerhatikan yang lain? Apakah engkau menemukan sesembahan lain yang lebih baik dari Allah? Akapah fikiranmu memikirkan sesuatu yang lebih baik dari Allah?

Al-Fatihah

Allah berfirman dalam sebuah hadith qudsi:

‘Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk Aku dan hambaKu.

Ketika dia mengucapkan ‘Alhamdulillahi rabbil ’alameen’, maka Allah berfirman “Hamba Ku telah memuji Ku”. Lalu ketika dia mengucapkan ‘Arrahmanirraheem’, maka Allah berfirman, “HambaKu telah mengagungkan Ku”. Tatkala dia mengucapkan, ‘Maliki yaumiddeen’, Allah berfirman, “Hamba Ku memuja Ku”.

Ketika dia mengucapkan ‘Iyyaka na’ budu wa iyya ka nas ta ‘een’, Allah menjawab, “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba Ku”. Ketika hamba mengatakan ‘Ihdi nashirathal mustaqeem. Shirathal lazi na an ‘am ta ‘alaihim ghairil maghdhu bi ‘alaihim wa ladhaalleen’, Allah menjawab, “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba Ku. Akan Ku penuhi yang dia minta”.’ (HR Muslim dan at Tirmidzi)

Selanjutnya ucapkan ‘Ameen’ dengan hati yang tenang, sebab para malaikat sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

Rasulullah saw bersabda: ‘Barangsiapa yang ucapan ‘ameen’nya bersamaan dengan ucapan ‘ameen’nya para malaikat, maka Allah akan memberikan ampunan kepadanya.’ (HR al Bukhari)

Rukuk dan sujud

Rukuklah dan rasakan ketundukan di dalam hati. Bertasbihlah pada Allah dan rasakan keagungan dan kebesaran Allah. Kemudian berdirilah untuk I’tidal dan pujilah Allah kerana menjadikan kita jasad kita kuat untuk kembali berdiri tegak.

Selanjutnya, sujudlah dengan mengetahui kita tercipta dari tanah. Hal yang paling berharga pada kita adalah wajah dan hal yang paling rendah adalah tanah. Maka rasakanlah kehinaan dan kerendahan ketika kita berada di tempat yang paling rendah itu.

Pujilah Dzat yang Maha Tinggi dan perbanyakkanlah doa kerana kita berada sangat dekat dengan Allah.

Dan satu sujud tidaklah cukup dalam setiap rukaat. 😉

Tasyahud

Dalam tahiyat, syahadah (persaksian diucapkan). ‘Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah da Muhammad itu utusan Allah’.

Syahadah ini bukan lafaz ringan. Tapi lafaz penuh percaya dan yakin.

Seperti di mahkamah, seorang saksi bersumpah menyaksikan suatu jenayah. Maka kata2nya adalah sesuatu yang serius dan bermakna. Mana mungkin seseorang yang tidak tahu apa2 berkenaan jenayah tersebut menjadi saksi dan menytakan persaksiannya?

Salam

Akhirnya, ucapkanlah salam pada para malaikan kanan dan kiri dengan penuh tertib. 🙂

Akhir kalam

Kata2 berikut dipetik dari ucapan seorang rahib dalam cerita ‘Dua Yamamah’ karya ar-Rafi’I.

‘Ketika mereka berteriak “Allahu Akbar!” hati Maria bergetar, dan dia pun bertanya kepada rahib Shata, “Apakah gerangan yang mereka katakan?”.

Rahib itu menjawab, “Kalimat ini adalah pembukaan sembahyang mereka. Seolah2 dengan kalimat itu mereka berbicara kepada masa bahawa mereka saat ini berada dalam waktu yang tidak terdapat dalam masa dan tidak juga dalam dunia. Seakan mereka berada di hadapan Dzat yang Maha Agung…Seolah2 mereka sedang menghapus dunia dari jiwa mereka sesaat atau beberapa saat. Penghapusan dunia dari jiwa mereka adalah keunggulan mereka diatas dunia

Perhatikanlah Maria, bukankah kamu melihat kalimat ini telah benar2 menyihir mereka. Mereka tidak lagi menoleh kemana pun ketika mereka solat. Mereka telah diselimuti oleh ketenangan…Mereka penuh khusyuk seperti khusyuknya ahli falsafah ketika ia merenung.’

Ini merupakan pandangan seorang bukan muslim terhadap kita yang solat. Indah bukan? Habis tu selama ini, ketidak khusyukan kita, adakah kita sedang menipu di sebalik gerakan2 kita?

Mudah saja. Tiada siapa yang kita tipu melainkan diri sendiri. Dan tiada siapa yang rugi dengan penipuan kita melainkan diri kita sendiri. 😦

[Allahu rabbuna, jadikanlah kami insan2 yang mengecapi manisnya khusyu’ di dalam solat dan terimalah dari kami solat2 kami 😥 ]

 

Update Brighton October 6, 2010

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 1:40 pm

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillahirabbil’alameen. Atas kasih sayangNya dan kehendakNya, saya rasa sangat bertuah.

Seperti sudah terlalu lama rasanya berada di perantauan. Padahal sebulan pun belum sempurna.

Pada masa yang sama terasa perantauan ini tidak jauh mana. Terasa semua orang seperti dekat2 saja. Kalau apa2, boleh telefon dan sms. Macam belajar di KL saja. 😉

Pentingnya Skype

Semasa di Southampton menziarahi seorang teman, saya banyak bercerita dengannya. [Nasib kami lebih kurang sama. Satu2nya melayu dan bertudung dalam ‘year/batch’ kami. Kami masing2 menetap di student hall yang mahal sewanya. Tapi gagahkan juga sebab tiada teman untuk menyewa di luar.]

Anith: ‘Aku ada jadual online. Lepas balik kelas je aku online dengan mak aku. Lepas habis sembang semua, aku online dengan kawan aku pulak. Macam tu la hari2. Tu yang kalau diorang (kawan2 sama uni) lepas kelas nak gi town aku tak nak ikut.’

Nurjannah: ‘Wa, tak aci. Aku tak boleh online dari bilik! Tah kenapa. Kawan2 bilik lain flat aku semua boleh je online.’

Anith: ‘Ha? Kiranya kau tak pernah skype dengan family kau ke? Tak pernah tengok muka lepas datang sini?’ [terkejut]

Nurjannah: ‘Tak pernah la. (pause) Tapi ok je. Aku selalu call. Aku tak homesick kot. Aku pun tak sangka aku ok je.’ [sengih]

Anith: ‘Kau tak rindu, family kau yang rindu. Mestila diorang nak tengok kau.’

Nurjannah: (melihat Anith dan terdiam)

Sebab saya boleh lalui kehidupan saya dengan baik tanpa beremosi memikirkan mereka, saya terlupa memikirkan bagaimana mereka memikirkan saya.

Walaupun tak boleh ber-skype untuk melihat muka, sebelum ini, saya tak pernah terfikir pun untuk menghantar gambar saya di Brighton.

Bila saya cerita saya lawat macam2 tempat, mereka selalu suruh upload gambar di Facebook. Tapi saya tak terupload pun.

Bila Anith cakap begitu, baru saya sedar, saya belum2 juga syafaqah. Tak faham rindunya mabah, kak huda, muhammad dan hadi.

Jumaat yang lalu, Alhamdulillah. Pertama kali menggunakan kemudahan wireless yang hanya terdapat di common room. Selama ini, kelas 9am-5pm. Tamat saja kelas dan sampai je saya di hall, di Malaysia sudah lewat malam. Hari Jumaat yang lepas saya tiada kelas! Dapatlah saya ber-skype!

Seronoknya dapat melihat mabah. Melihat ruang tengah rumah. Melihat mama bertshirt muslimah oren. Melihat abah berbaju melayu. Mama memang jelas nampak menangis. Saya ikut sama, tapi tak ada yang mengalir. Cik Nurjannah kena kuat. Saya cerita perkara yang best2 supaya tak siapa tenggelam dalam mode rindu.

Balik semula di bilik, bila sendirian, sedih lagi. Tapi saya tahu apa ubatnya. 😉

Teringat zaman sekolah. Tingkatan 1 di Sek Men Asma. Air mata mengalir 24jam. Dalam kelas, dalam dorm, dalam bilik air, atas katil etc. Mana2 pergi pun ingat mabah. Haru2. :mrgreen:

Zaman Semester pertama di Intec tidaklah menangis memanjang. Tapi selalu la menangis. Lepas tu tak ada mood study. Tak ada mood pergi kelas. Rasa nak tidur je satu hari. Sebab tak nak jumpa sesiapa. Nak balik rumah saja. [kelakar… :D]

Ya Allah, aku mohon jiwa yang kuat.

Doa

Allah banyak memakbulkan doa2 dari bisikan hati saya. Banyak perkara2 kecil, tapi sentiasa buat saya terharu [kerana saya sangat sedar bagaimana tahap amal saya. Saya tak layak didengariNya. Tapi Subhanallah, Maha Penyayang nya Allah 😉 ].

Saya teringat ketika awal2 saya di sini, ketika salah satu solat Zuhr saya, yang diapit waktu kelas, saya rasa sebak kerana saya terfikir ‘Allah memudahkan urusan2 Jannah supaya Jannah dapat solat dengan tenang. Jadi harus malu kalau solat pun asyik memikirkan hal2 dunia’. 😦

Pada solat Zuhr hari yang berlainan, ketika membaca surah ad-Dhuha, saya sebak lagi apabila melantunkan ayat2nya. [Terlintas di fikiran saya kupasan ayat2 ini ketika menonton satu siri jejak Rasul ramadhan yang lalu…di rumah]

Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.’ (93: 6-8)

Allahu Rabbi. Saya tak pernah sendirian.

Saya selalu terfikir untuk berkongsi saat2 manis dimudahkan urusan dengan menulis disini. Tetapi kemudiannya saya rasa malu sendiri. Berjuta2 orang lain juga didengari doa2 mereka oleh Allah. Tapi, saya tak tahu menahu pun doa2 mereka. Doa2 mereka menjadi rahsia mereka dengan Allah. Sweetnya! 😀 Jadi, saya pun nak punya sweet moments dengan Allah. 😉

Yang perlu kalian tahu, Alhamdulillah saya dapat lalui hari2 dengan baik insyaAllah.

Kawan2 baru

Kak Izzah

Sejak bulan 4 atau 5, saya sudah berbalas2 emel dan berhubung melalui facebook dengan kak izzah. Ibu kepada 2 puteri yang merupakan seorang pelajar pHD di Sussex Uni.

Dari awal, saya sangat menyenanginya. Dan selalu tak sabar bertemu dengannya.

Tapi sejak saya ke Brighton, ada saja halangan nak bertamu ke rumahnya.

Sampailah setelah berbelas2 hari, akhirnya (sekali lagi) dia menjemput saya ke rumahnya untuk makan malam (memandangkan suaminya tiada di rumah sehingga jam 9 malam). Saya mengambil bas dan tiba di rumahnya jam 5.30 petang. Kami bersembang panjang.

Saya sangat seronok bertemunya. Orangnya baik, kelakar dan pemikir.

Untuk makan malam, kami makan air tangannya yang mendail makanan segera. Pizza, kebab dan ayam goreng. [saya di sini sangat berselera makan makanan segera]

Bila sudah jam 8.30, saya ditawarkan untuk bermalam di rumahnya. Dia risau saya balik sendirian. Saya tak risau. Tapi tidak mahu ambil risiko. Sebab pernah sekali tu, semasa selesai membeli barang2 dapur, saya jalan balik sendirian. Waktu tu baru jam7.30 malam [tapi dah gelap]. Pada waktu2 begitu, saya berpeluang melihat macam2 orang yang ada di jalanan. Kalau jam 9.30 malam, entah bagaimana pula.

Lela

Saya pertama kali bertemunya di satu rumah terbuka di London, hujung minggu yang lepas. Saya ke London kerana mahu berjalan2 di sekitar London, di samping memenuhi undangan teman2 yang saya kenali ketika mula2 sampai di UK.

Lela ikut saya pulang ke Brighton Ahad yang lepas. Kasihan dia. Kepenatan. Saya ke Oxford sepanjang hari itu dan hanya tiba semula di London malamnya. Kami mengambil tren jam 10.30 balik ke Brighton. Tiba di Brighton jam 12 malam. Kasihan Lela. Hu.

Lela belum dapat tempat tinggal di Brighton. Belum ada berita dari accommodation office. Jadi dia tinggal dulu bersama saya.

Lela aktif orangnya. Saya percaya dia dapat lalui hari2 dengan baik sendirian menjadi warga Malaysia di dalam kelasnya.

Azri

Azri pun tinggal di student hall. Blok kami bersebelahan. Dia pelajar persendirian dalam bidang farmasi. Kami bertemu usai perjumpaan semua pelajar yang tinggal di student halls dengan pihak pengurusan. Saya sangat terkejut apabila ditegur dengan bahasa melayu. Tak sangka ada lagi melayu lain yang duduk di halls. Hee.

Saya teringat bahawa esoknya semasa menelefon mama, saya banyak bercerita tentang Lela dan Azri. Lela belum dapat tempat tinggal. Azri telah survive sorang2 sejak datang ke mari. Tak bertemu nasi beberapa hari. Kesian mereka berdua. Saya cerita musykilah mereka pada mama dengan detail. Berulangkali saya mengucapkan hamdalah kerana saya ke mari ketika saya dah besar, bukan lepasan A-level. Lepas tu, saya siap andaikan kalau muhammad dan hadi kena survive sendirian, pasti saya tak sanggup dengar mereka dalam kesusahan.

Saya bercerita dan mama merespon, sampai satu tahap kami dua2 terdiam menahan sendu. [Kini saya tak pasti apa pucuk pangkal sendu kami. Hehe.] Saya mahu meng’cover’ sendu saya dengan ketawa, tapi semakin pula jelas bunyi seraknya. Tapi mama tak malu bercakap dalam sendunya. Aish, mendengar mama menangis di hujung sana, saya merasa siksa menahan emosi. Saya merespon dengan mengucapkan hamdalah kerana Allah memberi kemudahan kepada saya. Mama membalas, kini saya harus mengorbankan sedikit kesenangan untuk membantu adik2 yang datang ke Brighton. Tak lama lepas tu, kami tamatkan perbualan.

[Saya dah makin sensitif. Nurjannah, kuatlah!!!]

                Adah, Mira dan Fatin

Isnin yang lepas, saya dikejutkan dengan berita kehadiran 3 lagi pelajar perempuan melayu tahun pertama bidang Kimia di Sussex Uni. Bagaimana boleh saya tak tahu?

Mereka rupanya berulang dari London ke Brighton hampir setiap hari pada minggu lepas untuk pergi ke agen2 perumahan. Mencari rumah untuk disewa. Namun, masih tiada jawapan positif. Minggu ini, apabila kelas sudah bermula, mereka berulang alik dari London ke Brighton bagi menghadiri kuliah. Saya tak dapat nak menawarkan tempat bermalam. Bilik saya sempit. Seperti dengan pasti tak mampu memuatkan mereka bertiga bertiga beg2 besar mereka.

Moga Allah mudahkan pemburuan rumah sewa mereka! 🙂

                Kimah, kak Sayba, Ilham Aina, Tumi, Najwa, Raz, kak Wani, Wani, Sakinah, Kira, Ili, Murni, Farah, Aten, kak Maniha dll.

Kawan2 London saya! Sudah 5 buah rumah di London yang saya lawati. Lepas ni, banyaklah pilihan tempat untuk saya melepak. Hehe. Open house mereka sangat superb. Sangat banyak makanan yang sedap2. Saya sangat menikmati setiap pencuci mulut yang manis2 [masih dalam usaha membina badan 😛 ]. Sangat sedap ooh.

Mereka SANGAT2 baik. Selama ini, dengan sahabat2 yang dicintai, saya selalu kagum dengan tindakan2 sahabat2 yang selalu mengutamakan orang lain. Saya selalu tak pandai bab2 begini. [Tak syafaqah katakan..] Tapi apabila berada di sini, saya rasa sangat terkesan dengan kawan2 baru saya yang juga selalu mengutamakan orang lain.

Kerana memandangkan kami masing2 berjauhan dengan keluarga, yang kami ada buat peneman adalah satu sama lain. Jadi memang akan sentiasa mengharapkan bantuan dan ihsan kawan2.

Merekalah golongan ansar. Tak berkira.

Terlalu banyak yang perlu saya pelajari dan koreksi.

Moga Allah berikan kemudahan buat saya dan teman2 yang sedang meniti jambatan ilmu.

Selangit tinggi doa harapan buat adik2 dan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Salam sayang dari Brighton.

 

Brighton and I October 1, 2010

Filed under: ~short sunshine notes~ — nurjannahsunshine @ 4:42 pm

Assalamualaikum wbt 🙂

Setelah sekian lamanya tak menjengah blog sendiri.

Saya tidak dapat online di bilik. Jadi selama ni hanya online di perpustakaan. Blog tidak dapat diakses dari PC perpustakaan.

Hari ini saya tak ada kelas. Jadi sementara menunggu baju kering di dryer, saya membawa turun laptop ke common room. Cuba mengakses internet menggunakan wireless connection yang hanya terdapat di sini. Alhamdulillah blog dapat di akses. 😀

Berikut adalah coretan saya ketika baru seminngu di Brighton. Saya menulis kerana menyangka dapat mengeposnya dari perpustakaan. Tapi tak apa, cerita belum basi 🙂

***

In the name of Allah The Most Gracious The Most Merciful.

Alhamdulillahirabbil’alameen.

It has been more than a week since I entered UK.

I had a tremendous excitement once I arrived in Brighton.

The day I came to Brighton, it was obviously a beautiful day. It was sunny with fluffy clouds blown quite furiously by wind. The wind was chilly, and always is. I could not stop smiling. Honestly. 😀

I was accompanied by kak wani, najwa and raziana all the way from London to Brighton.

We took a cab from Brighton Station to the student hall, where I would stay for at least a year. My room is fantastic. Small and convenient. I love it because it is away from the kitchen – so I do not have to bear any noise from the kitchen, be it every day cooking activities or birthday celebration. And also, right in front of my room, there is an exit door in case of fire – so no worries of opening door room no matter how wide I want to. 😀

After performing zuhr prayer and having lunch, we went for groceries shopping! 🙂 We bought lots and lots of things. Especially food. I enjoyed having raziana with me as she shared lots of tips on how to save time cooking on busy days. She is now entering her 4th year in medicine.

When they left that evening, though I was left alone, I was more excited than feeling gloomy. I was quite overwhelmed with the fact that I am now on my own. Big girl. 😀

I unpacked my stuffs and arranged them in my wardrobe. I kept all the food and utensils bought that day in the kitchen cabinet and fridge. Later in the evening, I went to Ms Montgomery’s house for dinner. She is the deputy of Phase 2 Leader. There, I met Dr David, Dr Wright, Dr Haq and Gajan (my flat mate).

So, yeah. I am in a flat with mixed genders. The flat I lived in has 6 rooms. Currently, only 3 are occupied. Gajan, Tarunan and I. They are nice friendly chaps. I have no problem getting along with them.

On Monday 13th Sept, our induction week began. Since we are the first group of student coming from IMU to join BSMS curriculum, they were actually quite clueless of how far we had learnt during Phase 1. Though I did quite badly during neurological history taking and neurological physical exam, they still seemed impressed. We concluded that they actually thought we were far worse than how we performed. Hee. 😀

On Thursday afternoon, we met 7 BSMS students from Medical Society (MedSoc). 3 of them would be our batch mates. They took us for a walk along the Brighton coast. It was very windy. In fact, in Brighton, I would say that there is wind blowing all the time. We went to Brighton Pier. Then we walked to the city. I left them for zuhr and asar prayers, and met them at Brighton Marina after that. We had bowling. I was a terrible bowler. Always am. 😀

We went back when it was getting dark. Since there is limited bus service after 7pm, Gajan, Tarunan, Buket and I had to walk back several hundred meters. When Buket took a turn to her place, the three of us had a good chat. I remembered Gajan was the first to blurt out how he ‘finally found a place tailored for him’. I seconded him saying that ‘I really love this place! I can’t believe I am not feeling homesick’. And Tarunan came out with statements, we already had agreed few times before, on how convenient our place are and how kind the people we had met.

I was extremely happy. And I was not alone. Alhamdulillah. Though all of us did not have Brighton in our top list, now we can’t think anywhere better to go. 😉

On Friday, I was thinking ‘where should I go this weekends?’. Since I have yet things to study – I mean, class has not yet started – I know I should pack my bag and visit my friends. I started to send my handphone number to some friends via facebook and hoping they would text me (I do not have all of my friends’ contact numbers).

When I was on my way back to my flat, I received a call from Anith! 😀 She told me that she would be going to Portsmouth the next day with 7 others. All from IMU. I was glad. I used a PC in student hall office (I could not go online from my room) and checked the most possible train I should catch the next day.

So, on Saturday, I met Anith and the others at Southampton central. Then we catch a train to Portsmouth Harbour. We shopped a lot. I wish I can forget the amount of money I spent there. Haih2. After asar prayer, we left back to Southampton.

Anith and I had pizza that night. I loved it!! 😀 I missed eating fast food.

On Sunday morning, we cooked nasi lemak. Both of us were known to be quite handicapped in the kitchen. But eventually, we really cooked delicious nasi lemak ever found in Southampton and Brighton.  😛 We were very proud of it. We served our fellow IMU friends and they loved it.

After a small picnic in the Southampton University park, Anith and I catched a bus to the city. Our next activity was shopping. Again. Haih2.

After I jama’zuhr and asar prayers, I left for Brighton. What a great weekend! 😉

Performing prayers

To be honest, it is very hard for me to perform prayers on time. Really hard. It has been a week, and I have not settle this matter up. Haih2.

When we were in Portsmouth, we bluntly took ablution in washbasins. We raised our legs to wash our feet. How funny to have people around to look quizzically at us. But nobody asked anything. We performed our solah in baby changing room. 😀

On Sunday, I performed my jama’ prayers in M&S fitting room. Carpeted and spacious. Good choice.

In Brighton-Sussex Medical School, we have a muslim prayer room located in the hospital that we go for clinical teaching and learning activities. Alone, I was uneasy to take ablution with people around. Hm.

Meeting muslims

During induction week, on our 3rd day in school, we were taken to Sussex Campus. While waiting for our bus to come, there is an Arab lady walk pass by us. She looked at me and smiled and said ‘assalamualaikum’. I replied her, feeling amazed. I blinked my eyes several times trying to stop my tears flowing. I missed receiving salam from people. The last time I received salam was on my first day in Brighton, when kak wani, najwa and raziana left. Other times, it was me giving salam to my room when I entered her.

Next day, I met a Pakistani man in his 60th. He offered me plastic bags he had. Very kind of him. I did not know that Aldi does not provide free plastic bag. Then we had a short informative and meaningful chat. I then knew that I  can also get halal meat in al-Amin. Taj store is more expensive.

During our day out with Medical Society friends, one of them is a muslim. The first muslim BSMS student that I knew. But he was from year 5. I held myself back not to talk to him when actually I really want to ask him are there any muslim girls doing medicine as well. But nevermind, I am sure I will know soon. 😉

When I arrived in Brighton from Southampton, I took a taxi back to student hall. The taxi driver was from Afghanistan. He was a nice person. I did not feel right to ask his religion once he said he is from Afghanistan. But after a while, he said, ‘I am muslim like you’. I said, ’Alhamdulillah’. Then I knew there are 3 mosques in Brighton. Alhamdulillah.

In my class, when I run through the names in the register, I found several muslim names. No girls except me. One thing I like when meeting male muslims is they don’t offer their hand for handshake. I feel honoured and dignified. Subhanallah.

Class has started

We will start with 6 weeks of clinical foundation. It will be quite a light start before a ‘real’ clinical life begins.

Honestly, I am feeling very rusty. And thus, feeling quite worried about what will happen to my study performance.

Ya Rabb, ease any difficulties.

I may need prayers from all of you as well. Please pray for me. Jazakumullahu khair.

 

Salam Perantauan September 12, 2010

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 2:27 pm
Tags: ,

Assalamualaikum wbt

Salam kembara.

Kembara yang meninggalkan semua keselesaan.

Kembara yang membuatkan kita berasa asing dan menjadi asing.

Kembara yang mengubah seluruh sistem kehidupan kita. Keserasian jadual makan, tidur dan beraktiviti. Kemudahan makan, tidur dan beraktiviti. Kemesraan berinteraksi dengan orang2 di sekeliling. Keselesaan di ‘zon selamat’ sendiri.

Subhanallah.

Saya kini sedang menulis dengan aman2 di London. Pertama kali menjejakkan kaki di bumi UK. Sejak kecil teringin sangat mahu ke mari. Allah tangguh dan tangguhkan kedatangan saya agar saya cukup matang untuk berdikari [insyaAllah].

 Alhamdulillahirabbil’alameen. Saya sangat2 rasa bertuah. Suasana kota London ini sangat…aman di hati saya [setakat ini]. Sekarang baru di awal musim luruh. Jadi suhunya dalam 17ᴼC. Seperti suhu pendingin hawa. Bezanya, pendingin hawa semulajadi ini di mana2, tak terhad dalam bilik dan supermarket 🙂 Cuma, anginnya sejuk. Sejuk2 damai. Kalau bentang toto di jalanan pun sangat sedap untuk beradu. Hee.

 

Siapa sangka

#1 Tak menangis 😀

Sebelum saya ke mari, saya memang tekad tak mahu menangis semasa berlepas. Saya berulang kali mengingatkan ahli keluarga saya: ‘nanti (masa babai jannah), jangan menangis tau’. Kalau semasa salam peluk mama lepas solat dan mama feeling2, saya sengih je. Tak mahu ikut feeling sama. Saya selalu mengulang2 doa: ‘ya Allah, berikan aku kestabilan emosi, kerasionalan akal fikiran dan kekuatan jiwa’.

Dalam perjalan ke KLIA, kami hanya bertujuh: mama, abah, kak huda, abang ajib, muhammad, hadi dan saya. Pukul 8 malam 10 September 2010, kami keluar dari rumah. Kami tiba di KLIA setengah jam kemudian.

Jam 10.30 malam, saya perlu turun. Saya berkata: ‘Inilah masanya! Saya akan melangkah pergi sendiri. Ingat jannah, apa yang telah jannah janji pada diri. Kena kuat.’

Kami bersalam dan berpeluk cium. Saya terus berbisik pada diri, ‘jannah, jangan menangis!’. Sepanjang proses itu, saya sengih saja dan hanya menjawab ‘ya’ bila perlu. Tak mahu membuat sebarang ekspresi lain dan enggan mengulas panjang apa2 pesanan mereka. Tak mahu turut beremosi. Jadi, mereka pun senyum2 saja. Kecuali mama. Itu, saya tak boleh tolong. Mata saya sendiri berair semasa berpelukan dengan mama. Tapi saya tak mahu lanjut2kan emosi tu. Air mata, sila berhenti setakat itu sahaja. [Semasa saya bersembang dengan Hadi, apabila mama telefon saya di London, Hadi kata, kak Huda dan Muhammad menangis sama. Kak Huda menangis, saya biasa sangat. Muhammad? :D]

Semasa naik aerotrain untuk ke terminal, mata saya berair lagi. Hampi saja mahu mengalir apabila berasa asing di tengah ramai2 manusia yang tak saya kenali. Tapi saya kebil2kan mata. Menelan semula air mata.

Saya telah berdoa. Allah memakbulkan apabila kita buktikan kita benar2 mahu Allah makbulkan doa kita. Anehlah, kalau saya berdoa untuk tak menangis, tapi pada masa yang sama saya melayan perasaan. Akhirnya bila menangis, boleh pula rasa tak bersalah. Padahal, saya selalu merasakan, apabila kita berdoa, kita ada perjanjian dengan Allah. Buktikan yang kita betul2 mahu Allah makbulkan. Kerana banyak perkara, kita hajatkan sesuatu yang kita perlu usahakan. Jadi kalau tak dapat, saya selalu salahkan kurangnya keazaman dan usaha saya.

Apa2pun, sebenarnya saya masih tak sangka saya tak menangis tempoh hari!:D

#2 Pegawai JPA

Apabila saya melangkah keluar saja dari kapal terbang, saya yang sedang bersembang2 dengan seorang pak cik, terdengar nama saya dipanggil. ‘Jannah?’. Saya menoleh. ‘Are you nurjannah?’. ‘Yes, I am’. ‘I am nazlinda. Jpa officer’.

Saya macam… wah?!

Kami beriringan keluar menuju ke kaunter imigresen. Bertanya itu ini dan bersembang panjang. Dia berjalan dengan sangat laju. Saya yang selama ini terasa yang saya jalan macam ribut pun, kalah hebat dengannya. Mungkin juga kerana susah payahnya saya yang sedang menggalas sebuah beg seberat 6kg dan menjinjit sebuah lagi beg seberat 7kg. Hu.

Dia datang kerana menyangka tiada siapa yang akan menjemput saya. Jadi kehadirannya adalah untuk menunjukkan saya di mana harus saya tuju untuk membeli tiket bas ke Brighton.

Saya memang pernah meng’email’nya untuk bertanya samada JPA ada menghantar sesiapa menjemput saya di lapangan terbang. Tapi saya eng’email’nya salam bulan April yang lalu. Tapi kerana dia memberitahu bahawa JPA tidak menguruskan transportasi pelajar ke universiti, saya tidak lagi meng’email’nya. Sebaliknya saya mencari sendiri teman2 yang dapat menjemput saya.

Bagus sekali kerana kehadirannya banyak memudahkan urusan saya. Terutamanya ketika saya harus menunggu dan mengambil check-in luggage saya di conveyor belt. Jadi, waktu saya menunggu datangnya beg saya, dialah yang menjaga troli bersama hand luggages saya. Mudah. Tak perlu saya bersesak2 bersama2 troli n beg2 yang berisi barang2 penting.

Setelah itu, ketika dia hampir saja mahu pulang, saya diilhamkan untuk bertanya, ‘can you just tell me again on what should I do during my 1st month here? Submit the biodata form..’

‘Ah, yes. About that. Do you wanna have a drink? We can talk about that for a while.’

Saya serba salah. Kesiannya dia. Dari pukul 5.30am berada di airport. Sudah satu jam lebih bersama saya. Bila dia mahu pulang, saya pula yang buka topik baru. Melihat ekspresi saya yang serba salah, dia berkata, ‘I have time. Don’t worry’.

Yay! Jadi saya ada teman lagi sementara menunggu najwa dan kak wani datang menjemput saya. Pula tu, dia belanja sarapan pagi. Memang saya sedang lapar kerana waktu itu, di Malaysia sudah masa untuk makan tengahari.

Kami bersembang panjang. Sampai saya lupa nak sms mama. Hoho.

Setelah habis makan2, kami bersalaman kerana dia mahu pulang. Apabila saya kembali duduk dan bercadang untuk membaca alQuran, saya dengar nama dipanggil lagi.

‘You didn’t tell me who are your friends who will come to pick you. These girls are my students too.’ Kata cik nazlinda dengan sangat ceria. Najwa dan kak wani ada bersama2nya. Rupa2nya mereka berselisih di hadapan cafe. Saya mendapatkan mereka. Akhirnya cik nazlinda menghantar kami ke flat sewa najwa dan kak wani.

Saya bertahlil panjang. Alhamdulillah3.

Siapa sangka, cik nazlinda akan datang ke lapangan terbang, menemani saya hingga akhir. Sudah itu pula, saya dapat sarapan pagi percuma dan perjalanan balik yang sangat2 mudah dan percuma. 😀

#3 Ibu bapa Aishah

Flat sewa mereka dihuni 3 orang: najwa, kak wani dan aishah. Aishah kini berada di Malaysia kerana belum habis cuti musim panas. Tapi, ibu bapa dan adiknya (adibah) berada di flat sewa mereka ini kerana, seperti saya, harus mendaftar di hostel universiti pada 12 september. Adibah akan mendaftar sebagai pelajar tahun satu perubatan di Cork. Jadi mereka bersantai2 di flat aishah beberapa hari sebelum ke Cork. Banyak barang2 yang dibeli untuk persediaan masuk hostel.

Bagusnya apabila saya tiba, ibunya sedang masak2 di dapur. Ibunya sangat peramah dan aktif di dapur. Macam mama. [Oh, rindu] Saya rasa sangat bersyukur waktu itu. Boleh makan nasi lauk sedap2 lagi tanpa susahkan najwa dan kak wani yang pastinya letih untuk bangun awal2 pagi mendapatkan tren dan bas ke lapangan terbang.

Bapa aishah juga sangat baik. Sangat rendah hati, padahal saya dapat mengagak statusnya apabila dapat tahu anak2nya belajar di uk tanpa biasiswa. Dan dia kerap membawa datang seluruh ahli keluarga ke mari untuk melawat anak2nya yang belajar di sini. Bapa aishah dengan sangat cool semasa membaiki periuk nasi mereka yang rosak [walaupun tak berjaya, kerana periuk itu rosak di sudut elektrikalnya yang bahan ganti tak dijual]. Juga memanjat kabinet dapur untuk membaiki lampu2 [ini berjaya!].

Siapa sangka, sampai2 di uk dapat beramah mesra dengan insan2 yang persis mabah.

#4 Sahabat2 baru

Yang paling saya suka: buat kawan baru.

Selepas zohor, kami bersiap2 mahu ke rumah terbuka. Seorang senior postgrad yang telah berkeluarga yang menganjurkannya.

Pertama kali saya menaiki tube. Sangat kerap dan sangat laju. Agak memeningkan kerana sedikit berselirat. Atau, mungkin saya yang tak dapat ‘the whole mental picture of it’. Keluar tube di satu2 stesen, masuk terowong lain pula untuk naik tube ke arah lain. Kalau di Malaysia, kan ada macam tren2 yang tak sama jenis (ktm, lrt dan monorail). Jadi, untuk bertukar2 tren memerlukan tiket2 yang berasingan. Juga, perlu berjalan jauh (turun naik tangga). Tapi di sini, keluar dari tube di satu stesen, hanya perlu berjalan sedikit untuk masuk pula terowong lain yang membawa ke tube lain untuk ke arah yang lain. Hoho.

Disebabkan masih ada muslimin di rumah yang sedang kami tuju, kami lengah2kan perjalanan kami dengan singgah di Oxford Street. Membeli belah!!!:D

Setelah masuk keluar beberapa kedai, saya akhirnya mendapatkan sehelai autumn coat yang sangat cantik dengan harga 50gbp dan sekaki payung berharga 7gbp. 😉

Akhirnya kami tiba di rumah yang dituju. Baiknya sahabat2 di sini. Macam satu keluarga dengan pelbagai perbezaan. Jujur saja, seperti di Malaysia, saya lihat mereka yang secara umumnya terbahagi 3. Muslim (sedikit) liberal (dengan cara fikir yang saya buat saya penat), muslim yang baik (tinggi kecenderungan untuk ikut sesiapa saja yang menjadi kawannya) dan muslim dakwah (dengan sesiapa pun sangat mesra, optimis dan penuh nasihat).

Terlintas di fikiran saya: ‘kalau di Malaysia, mesrakah kumpulan pertama dan ketiga ini?’. Tapi subhanallah, di sini, semua aman2. Keluarga. Sesiapa yang keluarkan pendapatnya, yang mendengar akan turut berkongsi, atau diam (dan berfikir barangkali). Kalau ada apa2 yang saya tak setuju, saya sengih dengan ekspresi muka ‘saya tak tahu apa2. Saya baru sampai pagi tadi.’ Hehe.

Saya memang sangat terharu dengan ukhuwah yang Allah jadikan dalam hati2 kami yang bertemu. 🙂

Ingatkan saya akan seorang diri ke Brighton. Juga, walaupun orang kata di London ramai orang melayu, ingatkan saya akan ambil masa yang lama sebelum dapat bertemu mereka ramai2.

Siapa sangka, hari ini 3 orang akan bersama saya ke Brighton. Kami mahu berkelah!:D

Siapa sangka, semalam, hari pertama saya tiba, saya sudah buat ramai kawan baru 😉

 

Jom berdoa!

Kembara ini akan jadi sesuatu yang saya cinta insyaAllah.

Selama ini, saya penat dengan homesickness saya yang kerap menyerang. Memang tak pernah dipinta.

Kali ini, saya mahu kuat dan benar2 menghayati kembara ini.

Kembara iman yang mahu dibugarkan. Kembara amal yang mahu dilipatgandakan dan dihayati. Kembara ukhuwah yang mahu mengukuhkan ummah.

Ini untuk Allah, insyaAllah.

Teringat kisah Abu Bakar asSiddiq yang homesick sampai demam2 apabila tiba di Madinah. Dia sangat tahu hijrahnya adalah untuk Islam. Tapi meninggalkan seluruh kehidupan yang kita telah nikmati dengan penuh selesa bukanlah sesuatu yang mudah.

Apabila Rasulullah saw mengetahui tentang Abu Bakar, Rasulullah berdoa: ‘Ya Allah, jadikanlah kami semua agar tetap mencintai Kota Madinah, sebagaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada Kota Mekah, atau bahkan lebih dari itu’. (HR Muslim)

Jadi, ayuh berdoa: Ya Allah, jadikan aku tetap mencintai bumi UK sebaimana yang Engkau anugerahkan perasaan cinta kepada bumi Malaysia, atau bahkan lebih dari itu.

Salam perantauan dari nurjannah di London 😉

 

Sambungan Cerita TM August 11, 2010

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 12:35 am

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan Kareem! 😀

Seharian cuaca mendung2 dan hujan2. Penuh rahmat insyaAllah. Esok Ramadhan bakal menjelma. Alhamdulillah diberi izin untuk bertemu Ramadhan tahun ini. Alhamdulillah2.

[Melunaskan janji. Saya tak sempat habiskan penulisan ini sebelum masuknya Ramadhan. Hu~ Jadi terpaksa ambil masa juga untuk menulis. Huhu.]

5 Brilliant

Saya lebih banyak bertemu dengan pelajar2 5 Brilliant berbanding pelajar2 5 Elite. Sudahlah mengajar lebih satu masa di kelas 5 Brilliant, saya masuk ke kelas mereka 4 hari seminggu pula (berbanding 5 Elite yang dipadatkan ke 2 hari seminggu).

Sangat seronok mengajar kelas 5 Brilliant. Meriah. Bersemangat. Proaktif. Cepat faham.

Sekalipun ada yang tak berminat untuk belajar, langsung tidak mengganggu fokus saya semasa mengajar. Saya pun dapat mengajar senang hati.

Nama2 di bawah saya susun mengikut kedudukan di dalam kelas seperti mana yang saya masih ingat.

Hazwani : berlesung pipit yang sangat manis orangnya. Sangat baik. Bendahari kelas. Wani, saya sangat hargai semangat Wani semasa kita sama2 berhempas pulas untuk rumah Jebat. Tak sangka saya, Wani pun kuat masa main tarik tali! Yeah. 😉 Moga Wani sukses selalu 😉

Rosmadiyana : sangat peramah dan kelakar. Saya selalu terhibur dengan kehadirannya. 😀 Ros yang rajin, saya doakan Ros mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun ini dan dapat sambung belajar tinggi. xoxo

Amirah : ibu pada Alia yang comel! 🙂 Mira, saya sangat kagum dengan semangat Mira untuk belajar. Terutamanya bila tahu yang Mira bekerja hingga lewat malam untuk bayar yuran sekolah dan membesarkan Alia. Kadang2 sampai keletihan semasa di dalam kelas. Tapi masih saja, cool2. 😉 Moga Allah memelihara Mira dan Alia dengan kasih sayangNya yang melimpah ruah. Moga Alia membesar menjadi muslimah solehah. 😉

Mukhlis : saya sangat tertarik dengan semangat yang Mukhlis tunjukkan dalam belajar. Proaktif. Rajin. As you said, LUCK is for Learn Under Correct Knowledge. Well, good LUCK to you! Moga Allah berikan kemudahan.

Alif : seingat saya, saya tak pernah bersembang dengan Alif dan beberapa pelajar pendiam 5 Brilliant lain. Hm. Apa2 pun, saya pasti Alif memang pelajar yang baik. Moga dapat keputusan yang baik dalam SPM tahun ini!

Syukri : baik dan pemalu orangnya. Saya teringat masa Syukri nak minta tukar kelas dari 5 Elite ke 5 Brilliant. Waktu tu, jujur saja, saya rasa kesian pada Syukri. Saya diberi arahan agar tak bagi muka pada sesiapa yang minta tukar kelas. Tapi lepas permohonan dan penjelasan Syukri, saya dengan lapang dada saja mahu benarkan. Syukri, saya doakan Syukri mendapat kebaikan2 di dunia dan akhirat.

Alif Ramli : inilah pesaing saya. Satu2nya pelajar 5 Brilliant yang sebaya saya. Dia ‘kepala’ 5 Brilliant. Saya ‘kepala’ 5 Elite. Semua benda nak lawan. Mesti la saya ‘backing’ kelas 5 Elite. Futsal, badminton, bola sepak, kuiz, keputusan ujian, hias kelas… 5 Elite menang futsal dan kuiz sejarah. Hiasan kelas, kami jugak kot. 😛 kenapa menang sikit je? Memang. Kalau Alif semangat, memang dia buat betul2. Contohnya, dia buat saya ternganga melihat sepanduk rumah sukan Kasturi. 😀 Alif, moga dapat keputusan yang cemerlang dalam SPM tahun ni dan dapat mencapai cita2!

Syed Saifullah : Syed antara 3 orang pelajar di TM yang ambil matapelajaran Matematik Tambahan untuk SPM. Syed, Alif Ramli dan Farrith. Saya tertanya2 kenapa susah2 nak ambil Matematik Tambahan. Adakah bidang yang kalian harapkan kelak, perlukan kredit dalam subjek ini? Semua tak pernah nak cakap dengan jelas kenapa. Saspen saya. Syed sangat baik. Mudah nak minta tolong. Saya teringat masa saya pinjam buku latihan Matematik Tambahan Syed dan terkoyakkan kulit belakangnya. Saya sangat2 rasa bersalah. Tapi Syed cool je. Tak nak diganti atau dibayar. Cukup disalotep. Malunya saya. Syed, moga Allah permudahkan urusan Syed.

Hafiz : sangat gentleman yang tak dibuat2. Suka pakai long sleeves. Satu2nya student yang panggil saya ustazah (yang lain2 hanya panggil saya ustazah semasa minggu2 awal saja. Itupun sebab tersasul). Tak datang sekolah beberapa minggu sebab pembedahan lengan yang pernah patah (tahun lepas) semasa main bola sepak. Lepasan sekolah agama yang dekat dengan SAINA. Hafiz, saya kagum dengan keputusan peperiksaan Hafiz yang lalu. Selamat belajar sungguh2 lagi! 😉 Moga Hafiz sentiasa di dalam kebaikan.

Haniff : gentleman dan baik hati. Bersemangat untuk belajar sampai mengikuti kelas tuisyen luar di hujung minggu. Beberapa kali terserempak dengannya semasa saya sedang memandu di pekan. Kelakar. Haniff, moga sukses dalam SPM ini dan dapat belajar tinggi 😉

Bahrul : orang bukit tangga. Hari2 ke sekolah dengan kemeja putih lengan panjang (padahal bebas untuk pakai t-shirt berkolar berwarna). Baik. Cuma, selalu termenung. Haih2. Bahrul, fokus ya. Saya doakan dibukakan pintu hati Bahrul agar mudah menerima ilmu. 😉

Soleh : saya baru tahu yang Soleh adik kepada Toha, kawan SAINA saya. Muka jepun. Semasa persembahan hari guru, di make up dan nampak macam ‘L’ cerita Deathnote. 😉 Pelajar baru. Masa Soleh hari pertama di sekolah, rambutnya perang2 dengan stail yang stylo. Bila saya tanya namanya, kawan2 jerit ‘siam’ dan ‘leh’. Saya buat tak dengar, dan fokus pada dia saja. ‘nama apa?’ saya tanya semula. ‘solehudin’. ‘Panggil soleh ya? Waah, soleh yang soleh’. 🙂 Baik sangat. Dengar cakap. Fokus. Kelakar. Soleh, saya harap Soleh bakal cemerlang! 😉

Yusni : ketua kelas 5 Brilliant. Sangat kelakar dengan loyar buruk yang boleh tahan jugak. Elok sangat berkawan dengan Soleh. 😉 Tapi, tak banyak yang saya tahu berkenaan Yus. Tak pernah bersembang dengannya. Apa2pun, moga Yus bertemu dan jelas dengan matlamat hidup ini 😉

Hafizuddin : kerana aktifnya dan pintarnya dia, saya dulunya tertanya2 bagaimana dia boleh berada di TM? Kemudiannya, setelah membaca kisahnya yang ditulis sendiri, saya sangat2 tak sangka. Saya sangat bangga dengan hafizuddin yang bersemangat untuk belajar sungguh2 dan ‘membayar’ semula apa yang telah berlalu. Saya benar2 doakan Hafizuddin dapat menggenggam ijazah seperti yang dicita2kan. Moga Allah mudahkan.

Farrith : loyar buruk. Saya selalu teringat lawak ‘eksperimen dalam kelas’, ‘pengantin baru’ dan ‘jawab telefon’. 😀 Senior yang baik. Tinggal dengan atuk nenek, dan jika tak ke sekolah, biasanya kerana menjaga atuknya. Farrith, moga sukses! 😀

Fazli : sangat baik dan sungguh2 nak belajar. Saya terharu dengan semangat Fazli. Moga Fazli mendapat keputusan cemerlang dalam SPM kali ini. Moga sukses menanti. 😉

Solehin : pendiam. Tak banyak yang saya tahu tentangnya melainkan nampak padanya kemahuan untuk belejar. Moga Allah beri kejayaan pada Soleh! 😉

Aswad : kelakar dan murah dengan senyuman. Tapi saya tak pernah bersembang dengannya. Cuma saya lihat Aswad tak banyak hal. Mudah dibuat kawan. Aswad, kena lebih rajin study ya! 😀

Syuhaizi : sangat baik dan bagus dalam kelas. Tak tahu kenapa, tapi kawan2 suka memanggilnya ‘Adam’. Hu~ Saya doakan Syuhaizi beroleh kecemerlangan dalam SPM ini.

Iza : saya suka Iza kerana kespontanannya. Saya ingat lagi dia pernah tunjuk gambar2 dalam handphone nya yang telah mengajar saya sesuatu tentang mereka. Iza merupakan salah seorang dari ‘study group’ saya. Fatin (adek), Ayu dan Farah. Datang ke rumah saya untuk study. Hanya sempat 2 kali. Kami mula dengan alQuran, tadabbur, study dan makan2. Sangat best! Saya selalu nampak Iza sebagai seseorang yang pandai buat kawan. Tapi entah di mana silapnya, ada salah faham (?) antara mereka. terus bubar study group ni. Iza pun jarang ke sekolah. Lepas tu, langsung tak ke sekolah. Saya tak ingat kali terakhir bertemunya. Iza, moga Allah pelihara Iza dengan kasih sayangNya.

Rahim : scorer subjek sains! 😀 Rahim dapat no 1 bagi kelas Brilliant semasa peperiksaan pertengahan tahun yang lalu. Tahniah2. Banyak bertanya jika ada yang tak faham. Bercita2 menjadi seorang guru subjek agama. Moga Allah permudahkan dan perkenankan! 😀

Nasuha : pendiam dan penyenyum. Tapi kalau ada yang tak faham, memang dia akan bertanya. Kalau tak faham juga, dia senyum je 🙂 Baik2… Tahniah Nasuha, kerana mendapat no 2 dalam peperiksaan yang lalu. Moga SPM mendatang, Nasuha lebih cemerlang! 😀

Fatin (adek) : pencabar kesabaran saya pada minggu2 pertama saya di sekolah. Kisah ‘kalkulator’ dan lesap semasa kelas contohnya. 😛 Student pertama yang saya rasa sangat tertarik untuk didekati. Saya pun menempek2 semasa mereka makan waktu rehat. Hehe. Semasa pertama kali kami bertemu untuk futsal, penampilannya benar2 buat saya terkejut. 2 minggu sebelum hari guru, saya sangat gembira bila Adek bagitahu yang dia kembali ke pondok (tempat belajar) lamanya. Saya lihat gambar2nya berjubah dari handphone Farah. Tapi bila Adek kembali, ada konflik dengan 5 Brilliant. salah faham yang sangat kebudak-budakan. Lepas hari guru, Adek tak ke sekolah. Pada hari terakhir saya mengajar, Adek datang melawat masa rehat sahaja. Hm. Adek, moga Allah pelihara Adek dan bimbing ke jalan Nya.

Farah : mula2 memang susah nak baik dengan Farah. Saya pun tak tahu nak ‘tackle’ dia macam mana. Tapi, bila saya dah baik2 dengan Adek, Farah pun tiba2 jadi ok dengan saya. Farah sangat best dibuat kawan. 😉 Farah, moga Allah bukakan pintu hati Farah agar menjadi muslimah solehah. Saya rindu melihat Farah Solehah. 😉

Ayu : mula2 kenal Ayu, selalu melihat dirinya sebagai seorang yang pendiam. Tak friendly. Tapi lepas banyak ber’sms2’ dengannya, barulah banyak mengenalinya. Dia sangat tabah orangnya. Banyak masalah peribadi, tetapi masih boleh kelihatan biasa. Dia selalu ingatkan untuk selalu tersenyum. Ayu, senyuman dan ketawa itu harus. Tetapi bukan ubat sebenar kepada sebarang gulana. Ayu kerap juga tak hadir ke sekolah. Saya risau. Selalu kelihatan seperti tak-peduli, tetapi sebenarnya hatinya sangat lembut dan sentimental. Ayu, saya doakan agar Ayu diberi kekuatan yang benar dan iman yang haq. Moga dalam kasih sayang Allah selalu. 😉

Zuriati (Along) : sepupu Farah. Sangat baik dan lemah lembut. Kontra dengan Farah 😛 Sangat boleh diharap. Terima kasih atas komitmen yang sangat baik semasa persiapan untuk perarakan rumah Jebat. 🙂 Saya kagum dengan cara pandang Zuriati terhadap banyak perkara. Moga mendapat keputusan yang baik dalam SPM ini dan moga Allah lorongkan jalan untuk sambung belajar. 🙂

Dayah : lemah lembut, manja dan innocent. Tak kisah dengan padanan warna baju dan tudung. Contoh: tudung warna merah, baju warna hijau. Dayah comel tak dibuat2. :mrgreen: Saya sangat kagum dengan keseriusan Dayah dalam study. Study sampai lewat malam. Menumpang di rumah Pak Long supaya dekat ke sekolah. Keluar rumah awal pagi. Belajar tuisyen luar. Moga Allah buka pintu hati dan beri kefahaman yang baik terhadap ilmu2 yang dipelajari.

Nishantini : tak banyak yang saya tahu mengenainya melainkan dia sangat baik dan bersopan. Nishantini, selamat study! 😀

Naim : pencabar kesabaran saya di awal2 saya mengajar. Masih teringat masa awal2 saya mengajar, dia tak pernah bawa keluar buku. Kalau saya tegur apa2, dia akan kembali menjegilkan matanya pada saya. Kalau dia dah bosan dalam kelas, dia minta izin keluar. Janji keluar sekejap, tapi memang sampai habis waktu saya la gamaknya. Lama2, entah macam mana boleh baik pula dengan saya. mungkin lepas saya tak garang2 sangat dan layan perangainya, dia boleh terima saya. Selalu tak terima saya sebagai orang Kedah sebab saya tak guna dialek Kedah. Suka karaoke. Tak matang. Bila saya pencen mengajar, saya terima beberapa panggilan daripadanya – tak sangka dia ingat saya. Naim masih muda, jangan sia2kan masa depan sendiri. Jangan banyak seronok je. Moga Allah memberi rasa indah mencari iman.

Geng badminton

Saya yang selalu kena tempah gelanggang. Tapi saya selalu nak mengelak. Bukan sebab malas sangat, tapi kalau saya yang tempah, mesti ada yang sambil lewa je tak bayar (kena bayar penuh semasa tempah). Huhu.

Selalunya ramai jugak yang datang main badminton. Berbelas2 orang. Tapi tak konsisten. Yang biasanya datang adalah chekgu Nurjannah, Haniff, Adib, Alif Ramli, Solahuddin, Rahim, Hafiz dan Fahiz. Yang kadang2 datang adalah Farrith, Zaidi, Nawawi, Luqman, Fariddzul, Bukhari dan Bob.

Saya sangat suka gu dengan Adib, Solah, Hafiz dan Alif Ramli. Sangat menghormati batas2 yang perlu dijaga. Tak pernah marah kalau saya tak dapat pukul bulu tangkis sebab malas lari. Tak conquer gelanggang – masing2 ada kawasan untuk dijaga.

Masa badminton ni la saya suka bagi ceramah percuma. Berkenaan kehadiran ke sekolah, cara study dan merokok. Saya selalunya memang pasang target siapa yang saya nak slow talk masa rehat2 tepi gelanggang. Kuat2 saya berleter ni, mujur masih ada nak dengar. 😛 –makcik oh makcik.

6 Intellect

Saya cuma ajar Geografi pada 6 Intellect. Itupun cuma 10 orang pelajar yang ambil subjek ini. Semingu cuma 3 waktu. Jadi, tak banyak waktu kami bersama. Kalau ada baki 5-10minit masa kelas, saya selalu ajak main games sebab mereka sedikit, mudah dikawal. Contoh games, teka siapa saya, baca berita dan kucing-tikus. 😉

Sekadar senarai nama: Hazwani, Syeera, Imah, Ainin, Nadzirah, Sarah, Atikah, Syaqila, Suhana dan Syafiq. Yang tak ambil subjek Geografi: Romizah, Asyraf, Hamdan dan Badri.

Cikgu2 TM

Oh, nak catat juga di sini nama2 guru. Puan Fatkhyah, Kak Hidayah, Kak Husna, Kak Shaffras, Kak Maryaton, Cikgu Idzwan, Cikgu Syah dan Ustaz Zaini. Terima kasih semua atas tunjuk ajar dan perkongsian. Saya sangat senang bekerjasama dengan kalian semua. Moga Allah memberi kebaikan2 yang tak terhitung banyaknya pada kalian.

 

Kerani2

Dua2 sangat baik. Masa saya mula2 mengajar, memang banyak tahu pasal sekolah melalui mereka. Buat Syikin dan Ira, terima kasih banyak2!!! xoxo

Alhamdulillah2. Tutup cerita pasal TM. :mrgreen:

 

Banyak Cerita August 8, 2010

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 2:50 pm

Assalamualaikum wbt

Senyum panjang…

Malu sebab dah lama tak menulis di blog ini. Sungguh tak istiqamah. Ish3.

Saya kembali menulis dek kerana Nurul Amirah. Adik tuisyen. Tingkatan 4, Sek Men Jitra. 😉 [Kalau bukan sebab Mira bertanyakan tentang blog ini, entah bila kak jannah akan teringat nak buka semula. 🙂 ]

Kurangnya menulis bukan sangat kerana ketiadaan masa dan kekeringan idea. Tapi dalam ketidak mantapan iman, saya tak berminat untuk menulis apa2. Bimbang hanya menjadi satu penulisan yang hambar. Hu.

Baru pagi tadi tiba dari KL. Sebelumnya, saya dan mabah pulang ke Segamat untuk menziarahi atuk dan saudara-mara, insyaAllah ziarah terakhir sebelum berangkat ke Brighton. [hu]

Saya gagahkan juga untuk menulis pada hari ini kerana lagi 2 hari, Ramadhan akan menjelang. Saya tak fikir saya akan punya waktu untuk menulis di Bulan Ramadhan ini insyaAllah.

Buat sahabat2 dan teman2 sekalian, saya mohon ampun dan maaf atas segala salah silap saya, dalam sedar atau tidak. Selamat menyucikan diri sebelum tibanya Ramadhan agar Nur Allah mudah sampai kepada jiwa2 kita. Ramadhan Kareem!

Cerita Brighton

6 orang pelajar dari IMU akan sama2 menuntut di BSMS. 3 perempuan. 3 lelaki. Kami sepatutnya ditempatkan di sebuah flat yang sama. En-suite. Jadi, cuma berkongsi dapur dan ruang tamu. Namun, kini, hanya tinggal saya seorang perempuan kerana 2 lagi akan menetap bersama rakan mereka yang sedia ada di sana. Rakan mereka sedikit keberatan untuk menerima saya, seorang bukan cina. Hehe.

Harapnya pihak pengurusan menggantikan mereka dengan 2 orang perempuan lain.

Saya sudah mengumpul banyak kenalan di sekitar London dan Brighton. Seronok oh seronok buat kawan baru dan hubungi semula kawan2 lama. 😉 [kak syazwani, najwa baharudin, kak norkhairolizah, amirah mohammad, ilham aina, fatin]

Barang-barang hampir semua sudah dibeli. Yang tinggal, makanan2 segera dan rempah ratus. Buku-buku kebanyakannya telah di pos. Baju-baju insyaAllah akan di pos sebahagiannya dalam masa terdekat ini.

Perasaan saya bercampur baur. Nervous+excited+worried. Minggu lepas, kerap juga bermimpi2 peristiwa2 sebelum berangkat ni. Haih2.

Saya sangat nampak kerisauan pada karakter abah. Kadang2, saya pula yang naik stres. Hehe. Abah sangat risau dengan cara pakai nanti di sana. Dia kata, kalau boleh, jangan pakai baju warna hitam dan gelap2 kerana nampak macam orang Iran. Pakai tudung masuk baju supaya kemas dan tak nampak konservatif. Kalau sesiapa pun hulur tangan, salam je. Jangan tolak.

Saya cuak.

Setakat ini, saya seorang saja yang merupakan pelajar muslim dari Malaysia di BSMS. Cuak. Cuak. Cuak.

Bagaimana nanti nak solat semasa kelas? Nak ambil wudu di tandas awam?

Moga Allah memberi jalan keluar dan kemudahan bagi setiap masalah yang dihadapi.

Cerita Cinta IMU

Saya rindu sangat pada IMU dan segala dunia halaqah di sana. Teringat semasa semester pertama di sana. Saya sedikit lost kerana saya rindu sahabat2 di INTEC. Mereka semua berterbangan. Saya seorang ketinggalan. Saya rasa tak best bila saya seorang je dalam batch saya yang join halaqah di INTEC, masuk IMU. Saya rasa saya tak ada tempat nak bercerita dan berkongsi dan belajar. Saya selalu salahkan ketiadaan biah solehah lah yang menyebabkan saya buat suka2 hati saya. Saya tak puas berhalaqah di INTEC, tup2 kena tinggal. Mana saya tak sedih.

Tapi alhamdulillah2. Alhamdulillahirabbil’alamin.

Dalam proses Allah memberi kepuasan kepada saya berhalaqah, Allah uji dengan sejauh mana saya dapat bertahan dalam jalan tarbiyah. Saya menangis2 diuji. Tapi untuk keluar dan menjauh dari tarbiyah, tidak sekali.

Kemudian, Allah kirimkan saya sahabat2 dan adik2 yang sangat saya cinta.

Saya banyaaaaakkk belajar daripada mereka. Cinta pengorbanan, ilmu, ukhuwah, suasana islami. 😉

Cinta2 inilah yang takkan saya lupa sampai bila2, insyaAllah. [Menulis semula sedikit ini pun, buat saya rasa asyik sendiri. Rindunya~ ]

Saya harap cerita cinta ini berulang semula di Brighton. Saya sudah matang insyaAllah. [Cuak memikirkan ujian Allah datang sesuai dengan tahap seseorang. Ya Rabb, berilah ku kekuatan]

Cerita Sepanjang Tahun

Pernikahan Kak Huda & abang Ajib. Moga dilimpahi barakah hingga akhir hayat.

Di rumah bersama Hadi. Saya sangat2 sayang Muhammad Nurhadi, adik bongsu saya. [Saya yang cadangkan nama untuknya. Hehe.] Hadi bukan jenis banyak cakap. 3 perkara yang saya sangat suka tentangnya adalah dia kelakar, patuh dan suka kepada kebaikan. Sangat senang untuk diminta tolong. 5 bulan saya berada di rumah bersamanya sebelum dia masuk ke Pusat Matrikulasi Kedah. Kami sama2 tak cerewet makan apa pun, janji kenyang. Kami sama2 suka bancuh air manis. Kami sama2 suka fotografi. Kami sama2 suka main2 dengan budak2 kecik. Tapi, saya tak suka gitar. Hadi pulak, tak suka membaca. Jadi, kebanyakan masa kami di rumah, kami di bilik masing2. Rindu3 Hadi.

Mengajar. Saya langsung tak sangka saya boleh merasa mengajar di sekolah, pusat tuisyen dan mengadakan home tuition. Indahkan aturan Allah. Mengambil sesuatu dan menggantikan dengan yang lebih baik. Kerana ini, saya punya ramai kenalan di Jitra. Walaupun berbelas2 tahun membesar di Jitra, berapa kerat sangat lah kawan dan kenalan saya di sini. Selama ini, keluar ke pekan pun, tak ada maknanya untuk meninjau sekeliling. Kebarangkalian untuk bertemu dengan orang yang saya kenal, sangat lah kecil. Tapi kini, saya seronok sekali! 😀 Saya buat kawan dengan student2, jiran2, orang2 kedai, kawan2 mama. 😉

Bakal berpuasa secara rasminya di rumah. Setelah sekian lamanya tidak berpuasa secara rasminya di rumah. Sejak masuk SAINA barangkali. 5 tahun di SAINA. 2 tahun di INTEC. 2.5 tahun di IMU. Kini saya kembali ke rumah. Apa sangat yang istimewanya berpuasa di rumah? Saya belum nampak istimewanya apa, selain bersahur dan berbuka dengan mabah dengan air tangan mama. Selebihnya, saya lihat ujian yang bertimpa2 untuk mengukur tahap iman dan cinta kepada Allah. Ujian untuk kekal istiqamah dan melipat gandakan amal dalam kesenangan dan kelonggaran jadual waktu. :worried:

Mabah. Saya masih tidak syafaqah apabila berurusan dengan mabah. Dah berbulan2 di rumah. Dan hanya sebulan saja lagi tinggal. Saya dapat rasa, perkara yang akan saya paling kesalkan nanti apabila saya harus pergi adalah ketidak syafaqahan terhadap mabah. 😥 😥 😥

Bersukan untuk membina stamina! Hehe. Inilah tahun pertama, setelah saya meninggalkan SAINA, yang paling banyak saya bersukan. Mujurlah selama ini, tak pernah gemuk2. :mrgreen: Sebab tu tak pernah fikirkan sangat untuk bersukan. Cumanya, di awal2 cuti hari tu, mabah beberapa kali menekankan supaya saya tingkatkan stamina diri. Sebabnya, saya cepat sangat letih. Puasa kat rumah pun, pernah pitam. Dua kali pulak tu. Jadi, saya pun memandang serius cadangan mabah. Sebelum saya mula mengajar, saya hanya bersukan dengan melakukan skipping. Seronok jugak lah sebab skipping sorang2 di beranda rumah. Tak siapa nampak. Bila hari2 skipping memang improve bilangan lompatan yang dapat saya lakukan, sebelum berhenti kepenatan. Kemudian, bila dah mula mengajar, student2 ajak main futsal. Pertama kali diajak, saya terpaksa tolek kerana mereka main campur lelaki perempuan. Sangat tak sesuai dengan iman. :mrgreen: Minggu depannya mereka ajak lagi, dengan berita baik, bahawa mereka sewa 2 gelanggang, pisahkan lelaki perempuan. Saya yang tak pandai main pun, setuju aja sebab mereka sanggup menyusun begitu atas permintaan saya. 3 kali berfutsal, selepas itu, dah tak banyak sambutan sebab susah nak ke tempat permainan tu. Lagipun, saya sendiri tak enjoy sebab tak reti main. Terkial2. Hu. Lepas tu, bila nampak Hadi selalu pergi main badminton dengan kawan2nya, saya mula mengajak student2 saya main badminton. Sangat ramai yang datang main. Sangat best! Hampir setiap minggu, itulah aktiviti kami bersama. Sebelum hari sukan (hari terakhir secara rasminya saya bergelar guru), kami mengadakan pertandingan badminton. Saya bergu dengan Aini Zakirah untuk bergu wanita, dan dengan Adib untuk bergu campur. 5 Elite menang untuk kedua2 kategori! Yay!!! Selepas tamat minggu tu, kami tetap saja bermain badminton setiap minggu. Sayangnya, selalu saja tak ada student/cikgu perempuan lain yang datang. Memang kekoklah bila saya seorang saja perempuan dalam seluruh dewan yang menempatkan 6 gelanggan badminton di situ. Tapi, pada student2 saya, saya kan cikgu. Tak ada yang perlu saya, atau mereka risaukan. Saya selalu saja dengan gaya makcik2. 😛 Minggu lepas, minggu terakhir kami bermain badminton bersama insyaAllah. Saya tak mahu badminton2 ini mengganggu fokus menghadapi Ramadhan.

Cerita Chekgu Pencen

Saya pernah risau untuk membina keterikatan hati dengan student2 saya. Kini saya merasai sakitnya.

Buat Sajidah, Suraya, Nurul Amirah, Alang dan Acik: kak Jannah sangat sayang kalian semua!!! Sungguh2! Kak jannah sangat suka bila kalian datang rumah kak jannah dengan senyuman2 dan cerita2 untuk dikongsi. Buat kerja sekolah sama2. Study sama2. Sajidah, fokus dalam study ya. Moga Jidah dijauhkan dari mainan hati di awal usia ini. 😉 Suraya yang pandai, moga kuat dan bersemangat menempuh hari2 di sekolah berasrama. Moga dihilangkan kekeliruan dalam memilih. Su masih muda. 😉 Amirah, kak Jannah sangat suka akan sifat Amirah yang sentiasa terbuka untuk belajar perkara baru. Matang. Positif. Moga terus sukses dalam pelajaran dan moga kelak Allah lorongkan jalan untuk Amirah bertemu sahabat2 solehah. 😉 Alang yang baik, kena rajin2 study. Pandai susun jadual waktu sendiri agar seimbang semua urusan. 😉 Acik yang kelakar dan cepat faham, kena rajin2 study. Kak Jannah doakan Acik pun dapat masuk sekolah asrama nanti. 😉

Buat student2 Sek Men TM (Jitra) : Saya mahu menyenaraikan nama2 mereka. Harap obsesi ini tidak keterlaluan lagi. 😛 (nama2 diambil mengikut susunan nama di dalam buku register 5 Elite)

Adzha : moga telah berjaya buat yang terbaik dalam SPM bulan Jun yang lepas. Maaf saya tidak komit dengan permintaan awak untuk belajar matematik semasa kelas bahasa arab/quran sunnah/tasawwur. Saya terharu dengan kesungguhan adzha untuk belajar. Saya harap adzha menjadi lebih matang dan dewasa. 😉

Hassanuddin : Din antara pelajar yang sangat baik. Tak pernah ada dan buat masalah. 🙂 Belajar rajin2. Jangan segan2 untuk pakai kaca mata di luar kelas. Saya malu bila tempoh hari saya tegur Din, tapi Din macam tak kenal saya. Saya ingat saya dah dilupakan. Hehe. Rupa2nya dapat tahu dari Fariddzul yang Din rabun jauh tapi segan pakai kaca mata.

Aini : saya sangat sayang Aini! Saya sangat menghargai kerajinan Aini dalam menghias kelas, komit dalam latihan untuk hari guru, memberi sepenuh hati dalam menjadi ahli Rumah Jebat. Saya sangat terharu dengan kesungguhan Aini untuk belajar. Saya rasa sangat best bila kita menang badminton. Seronoknya berlatih bersama2 sebelumnya. Aini, moga Aini tak salah memilih kawan dan tak terikut2 rentak kawan2. 😀

Albukhari : saya melihat trio bukhari/solah/fariddzul sebagai padanan yang sangat baik. Saya sangat hormati kalian bila saja saya tahu kalian lulusan sekolah agama. Saya pun tahu kalian masih baru melepasi alam persekolahan. Apa yang saya ajar, masih segar di ingatan kalian. Jadi, bila saja saya mengajar, saya seolah2 mencari ‘approval look’ pada wajah2 kalian. Bukhari yang paling saya takut sebab diamnya dia di awal2 saya mengenalinya. Rupa2nya, bukhari ni, boleh tahan jugak main2 nya. Apa2 pun, moga bukhari tetap di jalan Islam yang indah ini. Jangan hanyut. Jangan hanyut. Jangan hanyut. Juga, tahniah kerana mendapat no 2 dalam kelas Elite untuk peperiksaan yang lepas! 😀

Fatin : saya selalu terhibur melihat Fatin yang serius. Fatin pandai memilih baik buruk. Tahu saja apa yang patut dan tak patut dilakukan. Cuma, moga matang dalam mengurus perasaan. Saya sayang fatin! 😉

Haslam : sekian lama tidak bertanya khabar. Penunggang motosikal dengan kacamata hitam dan jaket. 😛 Moga Haslam juga telah buat yang terbaik dalam SPM kertas Jun yang lalu. Dan untuk SPM yang mendatang ini, moga dapat buat dengan lebih baik. Selamat study rajin2.

Faiz : diva 5 Elite 😛 Faiz pelajar yang baik. Moga sabar dengan usikan kawan2. Moga Faiz lebih matang dalam menilai dan bertindak. 🙂

Rijal : Rijal yang pendiam. Saya bimbang dengan kehadiran Rijal yang selalu lompong. Rupanya dapat tahu yang Rijal bekerja di Penang. Bila saya meneroka dan meneroka, rupanya tahulah saya yang Rijal sangat cekap dengan komputer dan perisian2nya. Moga itu semua tak melalaikan Rijal daripada sesi persekolahan yang tinggal beberapa bulan saja lagi. Selamat study 🙂

Azmeer : tak banyak yang saya tahu berkenaan Azmeer selain orangnya baik dan kehadiran ke sekolahnya baik. 🙂

Badrul : oho, Badrul yang selalu lesap. 😛 Saya tak pasti adakah Badrul tunaikan janji setiap kali saya minta Badrul datang penuh setiap mingu dulu. Saya juga menjadi risau bila tempoh hari Badrul sendiri mengaku ‘dah lamaa tak pi sekolah’. Badrul, saya risau dan tertanya2 apa yang Badrul buat di luar sekolah?

Fariddzul : student saya yang ‘alim’. 😛 Saya sangat kagum bila fariddzul masih cuba mengekalkan gaya sekolah agama tu. Mungkinlah ada yang sesekali mahu tergelincir, tapi saya pasti, Allah sangat menjaga hati dan pemikiran Fariddzul. Tahniah kerana mendapat no1 dalam kelas Elite untuk peperiksaan pertengahan tahun yang lepas! 😀

Anas : senior yang sangat saya segani kerana selalu saja menundukkan pandangan hingga buat saya rasa betul2 halimunan sekalipun sedang mengajar di depan. Terima kasih kerana memberi komitmen yang baik untuk sketsa hari guru yang lepas. Itulah titik tolak yang membuatkan saya benar2 tak sangka – Anas pun sporting! 😛 Walaupun sangat jauh perjalanan Anas untuk sampai ke tahap ini, saya harap moga Anas berjaya mencapai cita2.

Azainudin (bob) : satu2nya pelajar yang berkongsi meja dengan guru di meja guru! 😀 Patutnya, lebih banyak yang Bob dapat telan semasa guru2 sedang mengajar. Terharu saya dengar bila Bob tak cukup tidur untuk jaga ayah saudara yang sakit. Bob juga harus jaga pemakanan dan kesihatan. 😀

Nawawi : ketua kelas 5 Elite yang sangat kooperatif. Bacaan al Quran Awi sangat mengasyikkan. Moga konsisten dengan bacaan alQuran dan alMathurat. Moga dijauhkan dari belenggu masalah2 dunia yang melalaikan.

Subhi : ‘subuh!subuh!’ 😀 Entah apa yang kelakarnya, kan?  😉 Jujur saja, saya merasa sedikit aneh bila Subhi selalu datang kelas sekarang. Asal saja saya melawat sekolah, mesti akan berjumpa dengan Subhi. Doa saya, Subhi benar2 telah berubah dan serius ke sekolah untuk belajar. Moga tak salah pilih kawan.

Zafrul : di akhir2 bulan 4, saya rasa Zafrul kurang bersemangat seperti di bulan 3. Zafrul langsung tak datang sekolah sepanjang bulan 5. Saya harap, sejarah lama Zafrul tidak berulang kembali. Moga Zafrul menjadi insan yang jauh2 lebih baik.

Farhi : saya terharu dengan Farhi yang komit dengan dengan study dan semasa menjadi ahli Rumah Jebat. Saya harap agar Farhi banyak2 berdoa agar dibukakan pintu hati, agar mudah faham apa yang dipelajari. 😉

Hafiz zaini : ramai yang keliru antara hafiz dan farhi. Sama2 tinggi, sama2 putih. Tapi, hafiz lebih tinggi. 🙂 Selamat study 😉

Solahudin : saya selalu merasakan Solah sedikit istimewa. Sebabnya, banyak first impression saya mengenai Solah selalu tak betul. Mata coklat, anak bongsu. Sekali tengok, sangat innocent, macam Hadi. Hehe. Mudah faham. Cekap matematik. Tangkas bermain badminton (mula2, saya tak sangka Solah pandai main. Sebab Solah tak daftar masuk pertandingan. Namun akhirnya, saya betul2 sangat kagum). Saya selalu merasakan bahasa2 yang Solah gunakan agak kelakar, tanpa sedar. Contoh : ‘ckg, ckg mesti menang main badminton hari ini.’ (arahan kah?hehe). ‘ok. Berhati-hati.’  (sepatutnya: ok.hati2). ‘x bqani nak komplin’. (sepatutnya: komen). Hehe. Saya harap Solah jumpa kekuatan untuk memilih jalan yang terbaik untuk dilalui sepanjang hidup ini. Juga, tahniah sebab dapat no 3 dalam kelas 5 Elite! 😀

Luqman : ini anak bongsu pak cik Ramli. 😉 Luqman sangat baik di mata saya. Kelakar. Dengar cakap. Saya sangat harap semoga Luqman lebih kerap datang ke sekolah dan belajar sungguh2. Luqman masih sangat muda (termuda dalam 5 Elite). Jangan sia2kan masa depan sendiri. Fastabiqun khairat! (ditulis pada t-shirt yang Luqman hadiahkan pada saya) 🙂

Adib : inilah star pemain badminton di Sek Men TM! Bangga nya saya dapat gu dengan Adib! 😀 Tapi, dah lama tak bertemu di gelanggang. Apa cerita? Sudah tahu keputusan temuduga TUDM? Adib, sangat kemas penampilannya. Agak selalu juga lompong2 di sekolah. Hm. Adib, moga sukses2 selalu ya 😉

Hassan : sangat baiiikkk orangnya. Suka tersenyum. Dan senyum . Dan senyum. Juga lepasan sekolah agama. Tapi disebabkan Hassan suka duduk di belakang, tak banyak yang dapat saya sembang2 dengannya. Saya sangat lega bila Habib masuk ke kelas 5 Elite. Hassan pun kemudiannya dah punya best friend! Akhirnya saya dapat tahu, mereka pernah kenal waktu kecil dulu. Dan akhirnya berjumpa semula sebagai classmates di TM. Apa2 pun, moga Hassan mantop2 selalu 😉

Habib : baru balik dari Yaman. Telah hafal 10 juz alQuran. Tapi saya tak pasti apa yang membawa Habib balik semula ke Malaysia. Terima kasih atas jam tangan yang sangat cantik tu! Segan pula saya nak terima, sebab saya hanya sempat mengajar Habib seminggu dua sahaja. Itupun, asyik sibuk dengan hari guru dan hari sukan. Haih2. Habib sangat matang, dan saya harap Habib dapat mengharungi apa saja yang mendatang dengan baik dan saksama.

Nishanti : sangat ceria orangnya. Rajin. Semangat nak belajar. 🙂 Semoga Nisha mendapat keputusan yang baik dalam SPM tahun ini! 😀

Noriamaliza : berasal dari Kelantan. Maka, jelas2lah dialek nya sangat berbeza dengan kami semua. Hehe. Sebarang konflik di dalam kelas, selalu kelihatan seperti tak menganggu Nori, walhal, banyak yang Nori tahu dan simpan. Saya sangat kagum dengan kesungguhan Nori untuk belajar dan buat yang tebaik dalam peperiksaan. Moga Allah mudahkan. 😉

Kak Noris : senior yang sangat saya kagumi kerana kesungguhan untuk belajar! 😉 Anak keduanya juga bernama Jannah. Anak yang ketiga is on the way! Hehe. Semoga Allah membalas kebaikan pada akak atas kesungguhan akak untuk belajar, menguruskan keluarga dan bekerja.

Pavani : pemalu orangnya. Sangat ketara semasa dia membuat persembahan tarian pada hari guru. 😉 Rajin2 belajar! 🙂

Putera : Putera Abid Uqbah. Nama sangat sedap ok. Saya mula2 tengok nama, tak tahu nak panggil pecahan yang mana satu. Bila panggil2 Uqbah, tak ada siapa yang sahut. Rupa2nya panggil Putera. 😉 dengan lesung pipitnya, kelihatan sangat innocent. Tapi, selalu buat saya musykil. Selalu lesap. Putera, selamat menjaga diri supaya innocent seperti sepatutnya. 🙂

Ruby : saya sangat sayang Ruby!!! Ruby lah satu2nya pelajar 5 Elite yang sebaya dengan saya. Cuma muda beberapa bulan dari saya. dah pernah mengajar tetapi di bidang teknikal. Bercita2 nak sambung belajar menjadi ahli farmasi. Kenangan lama semasa sekolah membuatkan dia tak mahu main2 lagi semasa belajar ni 😉 Terharu saya bila dapat tahu yang Ruby tak datang sekolah sebab mahu menjaga emak dan atuk. Saya tak pernah langsung skip sekolah sebab mahu menjaga mama. Huhu~ Moga Allah memberkati setiap usaha yang Ruby lakukan. Juga, moga cepat2 sikit nikahnya. 😀

Kak Rahil : seorang lagi senior yang sangat hormati. Tahun ini bakal menduduki SPM serentak dengan anak sulungnya! 😀 tahniah atas kesungguhan untuk belajar lagi. Moga Allah mudahkan! 😉

Syafiqah : pelajar dengan mata besar dan berbulu mata lentik 😉 Saya teringat pada hari kedua saya datang mengajar. Iqa: ustazah, cantik tak saya pakai tudung macam ustazah?  Saya: cantiiiikkkk 😉 kalau tak, Iqa pakai tudung macam mana? (malu sebab tak prihatin sejak hari pertama) Iqa: pakai macam depa la. (pin hujung tudung ke bahu) Saya tengok ustazah pakai cantik macam ni, saya pun nak pakai jugak. 😀 Dalam hati, Allah je tahu, saya sangat terharu dan tersenyum lebar. Tapi sayang, saya sangat tak sangka bila Iqa tak berpakaian sepatutnya di luar waktu sekolah. Iqa, Iqa pelajar yang sangat saya sayang kerana kelembutan Iqa. Saya sangat berharap agar Iqa serius untuk study dan berakhlak islami. Sayang Iqa! 😉

Wani : saya selalu selesa bersama Wani yang sempoi. 🙂 Saya harap wani betul2 study untuk SPM yang mendatang. Kurangkanlah hiburan2 . Moga Allah memelihara Wani dengan kasih sayang Nya.

Hanim : Hanim anak saudara cikgu Tyny. Saya pelajar taski cikgu Tyny. Saya sangat sayang cikgu Tyny. Sampai sekarang saya selalu menziarahi ckgu Tyny yang masih mengajar di Taski. Awal saya mengenali Hanim, saya rasa sangat susah nak dekati. Tapi, sebaik sahaja saya tahu Hanim anak saudara cikgu Tyny, saya memberinya sebuah alQuran terjemahan. Semenjak itu, saya lebih mudah bercerita dengan Hanim. Tapi sayang, rupa2nya, cerita2 Hanim lebih banyak yang tak benar dari benarnya. Lepas hari sukan, saya dah tak pernah jumpa Hanim lagi. Di mana Hanim sekarang? Sms tak berbalas. Telefon masuk voice mailbox. Hanim, jaga diri dan iman. Hanim masih sangat muda. Saya sangat sayang Hanim.

Durgasini : nama manjanya Ashvini 😉 Ahli baru kelas 5 Elite. Saya hanya sempat mengajar beberapa minggu sahaja. Tapi, Ashvini yang saya kenal memang2 sangat baik dan bersemangat untuk belajar. Semalat study!

Mala : dikenali sebagai ustazah warak. 😉 Juga ahli baru kelas 5 Elite. Satu2nya pelajar yang berjubah dan bertudung bulat ke sekolah. Saya sangat berbesar hati bila Mala masuk ke Sekolah TM. Bersemangat nak belajar. Penuh konflik diri untuk belajar di TM kerana suasana yang sangat bertentangan dengan nilai2 dimilikinya. Moga kuat bermujahadah untuk belajar sungguh2 di mana sahaja. Walau apa jua bidang yang Mala ceburi kelak, moga Allah mudahkan. 😀

Fahiz : saya tak pernah cam mana satu Fahiz sampailah saya mula berkirim2 salam kepada Fahiz supaya Fahiz datang ke sekolah, dan Fahiz pun mula muncul. Fahiz selalu keliru untuk mengeja namanya. Fahiz ke, Fahis. Hehe. Satu pengalaman yang baru bagi saya bila mana saya bersembang2 dengan ibu bapa Fahiz. Pertama kali saya bersembang dengan waris student2 saya. Dari situ, banyak yang saya tahu. Saya sangat kagum bila Fahiz kerap datang ke sekolah di minggu2 akhir saya mengajar. Baut kerja sekolah in advanced. Sangat bagus. Fahiz dah punya momentum yang sangat baik untuk hadapi SPM. Sepatutnya tak disia2kan dan diruntuhkan. Sedih saya bila tahu Fahiz tak lagi ke sekolah. Jangan salah pilih kawan. Jangan ikut perasaan.

Fazlie : student paling susah untuk dikenali kerana sangat susah nak dilihat di sekolah. Saya berminggu2 mengajar di TM tapi tak pernah kenal dia. Sampai suatu hari, kerani2 kata, dia ada datang pagi tu. Tapi lepas rehat, lesap. Saya menggunakan kuasa veto seorang guru untuk menelefonnya. Dia pun datang semula. Saya pun slow talk dengan dia. Lepas2 tu, baru kerap sikit dia datang sekolah setelah di follow up. Terima kasih sebab komit dengan latihan untuk hari guru. 🙂 Fazlie sangat baik. Namun sebenarnya, susah nak baca siapa sebenarnya dia. Hari guru adalah hari terakhir saya melihatnya. Dan kali terakhir saya mendengar tentangnya apabila Solah bagitahu yang Fazlie kirim salam pada saya. Mereka sekampung. Fazlie, moga Allah lintaskan jalan kembali.

Zaidi : Zaidi peramah, kooperatif dan loyar buruk sikit. Saya senang dengan kemahuannya untuk belajar. Saya teringat satu kes yang mengheretnya ke mahkamah, padahal dia tiada salahnya dalam peristiwa itu, dia memang nampak stres. Saya sangat kasihan dengannya. Saya dah lama tak follow up berkenaan ini. Tak pasti apa cerita sekarang. Harap2 Allah mudahkan. Lead singer untuk persembahan nyanyian kelas 5 Elite pada hari guru. 🙂 Bila saya dah tamat mengajar, saya dapat tahu, Zaidi kerap tak ke sekolah. 😦 Zaidi, selamat belajar sungguh2. Zaidi punya potensi besar untuk sukses. 😉

Khairul azhar : Dia ni memang sangat misteri. Minggu2 pertama saya mengajar, dia selalu ada. Dan kehadirannya akan buat saya sangat gembira kerana kesungguhannya nak belajar buat saya rasa dihargai sebagai guru. Tapi lepas2 tu, lompong2 pada buku kehadiran sangat dasyat. Tup2 datang kembali. Itupun sehari dua. Saya hanya mengajarnya beberapa minggu. Lepas tu, dah tak tahu apa cerita. Khairul hilang ke mana?

Panjangnya cerita chekgu pencen ni. Ni baru cover 5 Elite. Belum 5 Brilliant dan 6 Intellect. Penulisan ini sangat penting bagi saya kerana saya ada potensi besar untuk melupakan perkara2 yang telah berlaku. Saya dah lama tinggalkan penulisan diari. Sejak sem 2 IMU. Jadi, rekod tentang pelajar2 saya ini, kelak hanya perlu diselak disini insyaAllah 😉

Tak sabar nak menulis berkenaan 5 Brilliant dan 6 Intellect dan geng badminton. 😀

 

Ikhlas June 7, 2010

Filed under: ~tazkeerah~ — nurjannahsunshine @ 4:54 pm
Tags: , , ,

Assalamualaikum wbt. Salam berkelana buat semua. Saya kini di KL lagi. Meninggalkan Jitra tersayang kerana hari Sabtu yang lepas telah berlangsung majlis konvokesyen di IMU. Juga saya memilih untuk bermusafir di sini untuk beberapa hari memandangkan hari Khamis ini, kami sekeluarga akan pulang ke Segamat.

Beberapa perkara yang berlaku dan bermain2 di fikiran saya.

Sek Men TM (Jitra)

Cik Nurjannah tak habis2 nak cerita pasal SMTM ni kan. 😉 Sebabnya, saya di Jitra dah tak ada kawan lain. Tak ada kawan yang cuti. Bila nak main badminton, lepak kat tasik darulaman, study kat library dll mesti cari pelajar2 SMTM. Pelajar2 ku, kawan2 ku. 😀

Semakin lama saya mengenal mereka, semakin banyak yang saya tahu pasal mereka. Subhanallah, selalu saja saya merasakan tabir Allah yang selama ini menghalang saya melihat sebelah lagi bahagian hidup di Jitra semakin tersingkap.

Selama ini saya mengenal Jitra sebagai pekan kecil yang lengkap serba serbi. Tempat yang sangat bagus untuk membesar. Tempat yang terjaga anak2 muda nya dari budaya2 yang sakit. Pekan Jitra yang terpelihara moral dan batas2 agama penduduk2nya.

Namun, kini saya berada di tengah2 anak2 muda yang bercerita tentang perkara2 yang buat saya lelah dan takut. Ada saja alasan mereka untuk merelevan kan tindakan mereka.

Saya tahu saya perlu berbuat sesuatu. Membuatkan saya tidak aman sekarang apabila terpaksa ke KL dan jauh dari mereka.

Selalu saja saya merasakan yang saya perlukan sahabat yang menguatkan, yang memberikan cadangan bila saya tak keruan dan yang merasionalkan apa2 yang berlaku dalam saya menghadapi pelajar2 saya sendiri.

3 malam pertama di KL, tidur2 malam saya sarat bermimpikan pelajar2 saya sendiri. Malam pertama sampai, langsung mimpi ngeri. Pagi tersebutnya rasa nak 😥 . Namun Alhamdulillah pagi tersebut ada pertemuan dengan adik2 solehah. Tak lah saya serabut melayan perasaan sendiri. Malam2 berikutnya taklah ngeri. Cuma, mimpi2 yang tak juga buat gembira. Haih.

Kisah Flotilla

Anehlah jika ada di antara kita yang tidak tahu berkenaan flotilla yang diserang dan dirampas Israel. Kerana kita adalah insan2 yang membaca.

Namun ramai lagi di luar kalangan kita yang tidak tahu berkenaan ini. Sebab di kaca tv, untuk tahu berkenaan ini, hanya terhad sewaktu berita disiarkan. Kalau yang asyik melayan cerita2 Astro (bukan saluran berita), pasti akan terlepas berita yang heboh diperkatakan seluruh dunia ini. Haih.

[Dalam keghairahan perkara ini diperkatakan di seluruh dunia, dalam beribu2 manusia kebuluran, dalam jutaan manusia sakit dan perlukan bantuan, media kalut dengan World Cup yang hanya tinggal beberapa hari saja lagi. Sedihnye. 😦 ]

Bantuan kemanusiaan ke Gaza dicemari pelbagai dakwaan yang dibuat Israel. 1) flotilla2 tersebut mengandungi senjata. 2) serangan mereka ke atas flotilla2 tersebut sebagai langkah mempertahankan diri. 3) anak2 kapal mempunyai hubungan dengan alQaeda.

Semuanya fitnah. Banyak artikel di internet yang menyebarkan fitnah2 ini. Sakit kepala dan sakit hati membacanya. GERAMMM.

Apa yang boleh kita buat untuk memberi kesan kepada Israel?

Kalau mahu melakukan demonstrasi di jalanan, media mereka akan mempublisitikannya, mengatakan Islam adalah pengganas.

Memboikot produk mereka adalah salah satu cara yang baik. Namun, jujurnya, saya akui tak mudah.

Juga, mungkin kena banyak menulis atau menyebarkan fahaman2 yang benar pada masyarakat. Fahaman tentang Islam dan krisis Palestin-Israel.

Sebenarnya, kalau nak diikutkan, apalah sangat kesan kita pada mereka, kan? Tapi, ketahuilah, Allah melihat pada amal, bukan pada hasil. 😉

Namun, cara yang terbaik menghadapi sebarang permasalahan adalah dengan tarbiyah. Satu pendidikan yang mengubahkan jahil kepada tahu, takut kepada berani, jahat kepada baik, melulu kepada matang dll.

Balik2 kena tarbiyah. Banyak yang kita kena belajar. Bukan mudah nak membina kekuatan jiwa. Bukan dengan sehari. Bukan dengan satu berita yang kita sebarkan pada masyarakat, akan membuatkan mereka bangun menentang musuh2 Islam. Malah, ramai sekali yang senang untuk hidup dalam sistem yang dicipta oleh musuh2 Islam. Boleh jadi, tanpa sedar, kita juga.

IKHLAS

Maka sampailah kita pada apa yang sebenarnya saya nak kongsi. Setelah panjang lebar pengenalannya. Hehe. Saya jarang punya masa untuk menulis. Jadi, sekali tulis, sumbat semua. 😛

Saya selalu tercari2 berkenaan ikhlas. Jika mencari buku2, akan kita dapati, panjang dan lebar sekali perbincangan berkenaan ini.

Selalu sekali kita mendengar di kaca2 tv (cth drama) atau dalam pembacaan (cth novel) ayat2 berikut:

Saya ikhlas mencintai awak

Atau ‘Aih, bunyi macam tak ikhlas je’ – ‘ye la,ye la. Ikhlas la ni

Apakah sebenarnya ikhlas?

Ikhlas adalah menjadikan segala perbuatan, kata2 dan rahsia kita untuk Allah dalam mengharapkan redha Nya. Ulang suara, dalam mencari redha Allah.

‘Katakanlah: “sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagiNya; dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah).”’ (al-An’am: 162-163)

Sayangnya, kini, ramai yang salah guna (atau salah faham) perkataan ikhlas. Kebanyakannya menganggap perkataan ikhlas adalah untuk perbuatan yang kita buat sungguh2 kerana kita betul2 suka. Contohnya seperti ayat2 di atas. Kadang2 bila tengok drama yang ada babak cinta2 ni, mesti rasa aneh. Tak tahu kat mana watak tu nak cinta pasangan dia kerana Allah, tapi dengan penuh perasaan (perasan?) mengaku ikhlas. Haih.

Dalam berlaku ikhlas, kita tidak mempertimbangkan selain Allah. Ada manusia lain atau tidak, kita tetap solat penuh khusyuk, memperhatikan kesempurnaan puasa, memperalunkan bacaan alQuran dll. Tidak menambah atau meninggalkan amal kerana manusia.

Ketika sedang jalan2 di KL, nampak peminta2 sedekah saling menghulurkan tangan. Rasa kasihan dan kita mula menyeluk saku untuk mengeluarkan wang. Dek kerana ratusan orang lain di sekeliling kita yang langsung tak peduli kan peminta2 sedekah ini, janganlah pula kita:

–          Berkata pada diri: ‘Saksikanlah kalian! Aku menyedekahkan wang pada mereka. Benar, aku suka membelanjakan hartaku di jalan Allah’.

–          Atau menyimpan semula wang tersebut kerana ‘Jangan bagi depan2 orang. Bimbang timbul riya’.

Pembaca sekalian, berterus teranglah dengan diri kita: Apa yang kita mahu buat kerana Allah? Kalau sudah tahu, maka laksanakanlah. Ada amal2 kita yang menjadi rahsia kita dengan Allah. Namun, jika amal kita dilihat, itu langsung tak membatalkan amal kita. Boleh jadi, itu juga lebih baik. Kerana kita mahu mendidik masyarakat beramal dengan cara yang benar.

Pentingnya ikhlas ini adalah ia menjadi kekuatan dan pelindung dari godaan syaitan.

Iblis berkata: “Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan.” Allah berfirman: “Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya (hari Kiamat).” Iblis menjawab: “Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang ikhlas di antara mereka”’ (shad: 79-83)

Niat

Tingkat pertama untuk ikhlas adalah niat.

‘Sesungguhnya segala amal tergantung pada niatnya’ (HR Bukhari dan Muslim)

Dalam satu kisah yang berlaku pada seorang tabiin, tabiin tersebut di ajak menghantarkan jenazah ke kubur. Dia pun berkata, “Tunggu aku sebentar”. Dia pun diam sekejap, kemudian berkata, “Mari kita berangkat”. Temannya pun bertanya, “Apa yang membuatkan kamu berhenti dan diam sejenak tadi?”. Dia menjawab, “Aku fokus sebentar untuk mempersiapkan niat”.

Berapa kalikah kita tetap mempersiapkan niat? Selalu sahaja kita buat sesuatu hingga perkara tersebut menjadi rutin. Benar, amal2 yang kita selalu usahakan buat, adalah amal2 yang baik. Tapi jika kerap kali kita lakukan perkara yang sama, tanpa bertanya kepada diri : ‘mengapakah aku lakukan ini?’, bimbang2 kita hilang keikhlasan kita.

Tanda2 ikhlas

Perbincangan tentang tanda2 ikhlas di dalam buku Menggapai Syurga dengan Hati, karya Amr Khalid, sangat menarik hati saya. Banyak kali membuatkan saya telan air liur sendiri. Di sini, saya ringkas kan saja ya. Asalkan mesej nya sampai insyaAllah.

#1: Ketika beramal, kita jadi cemas dan menganggap diri penuh kekurangan.

Apabila kita dapati, kita mengatakan, ‘Alhamdulillah, hari ini saya adalah orang yang soleh dan akan selalu menjadi lebih baik. Siapakah yang dapat menjadi seperti saya? Pelbagai kebaikan telah saya buat. Teman2 saya hidup sia2, saya hidup penuh mulia’. Ketahuilah, kita berada dalam bahaya besar. Saat itu, harus segera berasa cemas terhadap diri.

Umar al Khattab yang telah dikhabarkan bahawa dirinya adalah ahli syurga pernah berkata, ‘Duhai, seandainya aku sehelai rambut saja di dada Abu Bakar. Duhai, seandainya ibunya Umar tidak melahirkan Umar’. 😥

Beramal dengan rasa cemas dan menuduh diri bermasalah kerana takut menjauh dari ikhlas.

Jika kita beramal dengan rasa aman, ketahuilah, boleh jadi kita jauh dari ikhlas itu. Inilah titik mula untuk kita kembali bertanya diri: ‘Adakah ini untuk Allah?’

#2: Tidak mengharap pujian dari orang lain.

Kita mungkin senang kalau mendapat pujian, tapi janganlah mencari2 pujian. Harusnya, perasaan kita sama saja jika dipuji atau dicela.

Parahnya apabila orang2 tidak memuji, kita mula rasa tak seronok beramal.

#3: Merahsiakan amal kebaikan, kecuali untuk memberi contoh teladan.

Amal2 kebaikan adalah rahsia kita dengan Allah. Khas untuk diketahui Allah saja. Namun, kerana kita berada dalam kehidupan bermasyarakat, kita memang mahukan masyarakat meneladani perkara2 kebaikan.

Kisah Khalid al Walid

Beliau adalah panglima perang yang agung dan mulia yang selalu menang di seluruh peperangan yang dipimpinnya, dengan kekuatan dari Allah swt.

Pada akhir peperangan melawan Romawi, beliau dipecat dan diganti oleh Abu Ubaidah Ibnu Al Jarrah atas perintah Khalifah Umar al-Khattab. Beliau kemudian menjadi prajurit biasa dibawah pimpinan Abu Ubaidah. Padahal siapakah yang lebih tangkas dan lebih hebat berbanding beliau?

Beliau tetap saja bekerja tidak kurang semangatnya berbanding ketika menjadi panglima. Para sahabat lalu bertanya kepada beliau, ‘bagaimana engkau dapat lakukan sedemikan?’. Beliau menjawab, ‘aku dapat menakluk Syam itu kerana Allah, bukan kerana Umar bin Khattab’.

Tahukah kita bagaimana ikhlas itu?

Kesimpulan

Pembaca sekalian, tentunya tidak mudah untuk bertemu dan tetap dalam keikhlasan. Hati2 kita selalu saja dicemari titik2 hitam dek banyaknya maksiat dan kemungkaran. Tapi tetaplah mencari rasa cemas ini.

p/s: Bila kali terakhir kita solat penuh cemas?~