sunshine

radhi tu billahi rabba wabil islami dina wabi muhammadin nabiyya warasula

2 More Articles May 29, 2012

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 4:56 am

Assalamualaikum wbt

As I looked through several SISTERS magazine that I have, I found three more interesting articles in Family section. But only two of them are shared on the net. Another one was written in April 2012 issue, so please expect it to be published online in a year to come insyaAllah. The one yet to be published is on A Child’s Stress by Jenna Evans.

Here are the two links to the good articles on interaction with children:

Pattern of Praise, Do You Praise Your Child Too Much?

Sons Today, Husbands Tomorrow (the writer of this article re-wrote and further explain on the topic on her personal blog)

🙂

 

Appreciating Your Individual Child

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 4:43 am

Assalamualaikum wbt

I have promised in my previous entry to write the original article by Juli Herman on interactions with children according to their temperament.

I google the article just now, and found out that SISTERS magazine did publish the article online about a year after the same article was written in their magazine.

So here is the link to the interesting article. Enjoy.

Mama, Mama, How Does Your Garden Grow?

 

Menghargai Setiap Kanak-kanak Sesuai Dengan Personaliti Mereka May 27, 2012

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 5:00 pm

Assalamualaikum wbt

Semoga semuanya sihat2 dan aman2 di mana sahaja kalian berada.

Masa berlalu sangat pantas mashaAllah. Tup2 akan bertemu Ramadhan lagi insyaAllah dalam kurang lagi 2 bulan. Semoga kita (doakan saya supaya turut bersama kalian) dalam lorong yang benar dalam perlumbaan meraih syurga Allah yang luasnya seluas langit dan bumi. Ramadhan, bulan ‘jualan murah’ pahala. Amal yang sama dibuat semasa bulan Ramadhan, ganjaran pahalanya berganda2. Allahuakbar. Tapi mestilah terlebih dahulu ada persiapan kan. Analoginya, kalau mahu turut serta dalam pertandingan lumba lari Olimpik mendatang, mana mungkin terus terjun ke stadium di hari perlawanan. Melainkan kalau suka kaki cramp dan lari tersemput2. 😉

Lama betul tak update di sini. Banyak sangat benda yang berlaku. Alhamdulillah atas segala kebaikan dan nikmat2 Allah. Juga pada masa yang sama menyedari ujian2 yang datang di sebalik semua itu. Ujian untuk bersyukur dan ujian untuk bersabar. Beberapa kali mimpi tsunami besar di Brighton. Rujuk eBook ‘Authentic Interpretation of Dreams According to Quran & Sunnah’ oleh Dr Ahmad Fareed yang kebetulan saya downlad dari web kalamullah.com, katanya, berdasarkan ayat 72:16-17, mimpi air (hujan) dalam beberapa kondisi ditafsirkan sebagai fitnah (ujian). Beberapa hadith tentang mimpikan air pula dikaitkan dengan kebaikan (al Barghawi Syarah asSunnah). Saya tak tahu kenapa rasa nak bagitau sangat tentang mimpi tsunami ni. Cumanya, kalau apa2 jadi di masa depan insyaAllah, tolong doakan agar saya sentiasa di dalam kebaikan.

Beberapa minggu lepas saya menghadiri program yang Wardina Safiyyah menjadi salah seorang speakernya. Beliau kini sedang mengambil kursus psikologi di salah sebuah university swasta di Malaysia. Mendengarnya berbicara mengenai isu2 melibatkan psikologi, saya berasa sangat tertarik dengan segala macam contoh yang dikongsi berdasarkan hasil kajian (evidence-based). Dahulu masa zaman2 sekolah rendah, abah pernah sebut beberapa jenis kerjaya untuk pendedahan kepada kami, dan salah satunya adalah psikologis. Saya masa kecil, apa saja kerjaya yang abah kata baik, itulah yang menjadi cita2 saya. Jadinya, saya pernah sangat meminati bidang ini yang melibatkan interaksi dan komunikasi dengan manusia. Subhanallah, kini saya sedari, ilmu ini secara sedar atau tidak banyak sekali dipraktikkan oleh para murabbi. 🙂

Untuk perkongsian kali ini saya cedok dari sebuah majalah SISTERS yang saya langgan (sekejap) tahun lepas. Saya sedikit terkial2 hendak ubah ke bahasa Malaysia (terima kasih google translate!), tapi gagahkan juga sebab sangat menarik perkongsiannya yang melibatkan psikologi kanak2. Biiznillah, moga2 ada manfaat. Walaupun tajuk ini menyebut ‘kanak-kanak’, sebenarnya ia sangat boleh diaplikasi ke atas individu di pelbagai lapisan umur insyaAllah. Para murabbi pun harus ada skil menilai dan merespon sesuai dengan personaliti mad’u.

Menghargai setiap kanak-kanak sesuai dengan personaliti mereka

Membesarkan anak-anak tidak ubah seperti berkebun bunga. Ada yang mudah dijaga seperti marigold, ada yang mencabar seperti daylily dan ada yang sensitif seperti mawar. Justeru, untuk memiliki dan menghidupkan taman bunga yang sentiasa cantik, seorang pekebun haruslah tahu keperluan dan cara penjagaan bagi setiap jenis pokok bunga yang ditanamnya. Berdasarkan buku Children Are From Heaven yang ditulis John Gray, Ph.D., jika dibahagikan secara kasar, ada 4 personaliti kanak2 yang tiap satunya memerlukan pendekatan yang berbeza.

Memahami dan empati kepada yang sensitif

Anak yang sensitif laksana orkid – pendiam dan serius. Dia menjadi lebih kenal akan dirinya dengan meluahkan dan berkongsi isi hatinya.

Image

Sebahagian dari peribadinya adalah mengadu perihalnya. Jika dia mengadu, “Tipah jahat sangat, dia curi pensel yang saya sangat sayang!… Waktu rehat tak ada siapa nak main dengan saya!… Budak laki suka buat bising, saya susah nak buat kerja!”, dia akan rasa dirinya dan aduannya diperkecilkan sekiranya kita merespon dengan “Takkan teruk sangat kot?… Lebih2 je ni, sebenarnya ok je kan?”. Dengan itu, dia akan menjadi lebih dramatik dalam ceritanya untuk meraih empati yang sangat dinanti2kan. Jika kita merespon dengan kata2 yang bertentangan dengan aduannya seperti “Tipah tak jahat lah”, dia akan menjadi defensif, dan terus2an mempertahankan pandangannya. Jika kita tidak mengendahkan aduannya, dia akan tenggelam dalam self-pity (kasihankan diri) dan akhirnya menyalahkan diri sendiri.

Sebaliknya, jika kita mendengar dengan baik (awww, apa jadi lepas tu?), mengesahkan aduannya (a’a lah, tak baik diorang buat macam tu) dan memahaminya (kalau ibu pun, pasti ibu tak suka),  keperluannya meraih empati terlaksana, dan masalahnya tadi terus langsung menjadi kecil. Dengan itu dia dapat kembali ke sisi peribadinya yang gembira. Melihat dia kembali ceria, jangan rosakkan empati yang telah kita berikan dengan mengatakan “Nampaknya ada yang dah normal balik ni”, seolah2 apa yang dikongsinya tadi menjadikannya tidak normal. Padahal emosi begitu sedikit pun tidak salah.

Jika dia membetulkan pandangan kita terhadap emosinya (saya bukannya marah, tapi geram je), akui dan teruskan mendengar. Jika ada masa2 yang dia tidak mahu menerima arahan, lakukan perkara yang sama: dengar – sahkan/akui (validate) – fahami. Apabila dia rasa difahami, dia akan berada di kondisi emosi yang baik untuk mendengar dan bekerjasama.

Anak ini biasanya tidak mudah untuk mesra dengan orang lain. Jadi jangan paksa dia untuk menjadi apa yang bukan dirinya, sebaliknya cuba wujudkan pelbagai medan untuknya memiliki banyak peluang membuat kenalan dan membentuk persahabatan. Biasanya akan sangat membantu untuk meletakkannya berada bersama kanak2 lain yang mempunyai personaliti sepertinya. Mereka ini perlukan suasana yang selamat dan harmoni, dan tidak terlalu serabut dengan stimulasi yang banyak.

Kerana dia tidak mudah membina hubungan, setelah dia bersahabat, dia adalah seorang yang sangat setia. Justeru jika dia dikhianati, sakit yang dia rasa adalah sangat perit. Binatang peliharaan dan anak patung (soft toys) selalunya dapat memberikannya ketenteraman kerana apabila manusia boleh menyakitinya, binatang dan permainannya tidak akan melukakan hatinya.

Dengan empati dan sifat yang memahami, orkid yang sensitif ini akan membesar menjadi seorang yang bertimbang rasa (thoughtful), kreatif, lemah lembut, mampu memupuk, punya belas kasihan (compassionate), seronok berbakti pada orang lain, dan seorang yang pandai berkomunikasi.

Memiliki struktur dan perancangan untuk yang aktif

Anak yang aktif umpama morning glory; ada saja kerenahnya dan mudah terlibat dengan masalah.

Image

Dia menjadi kenal dengan dirinya melalui tindakannya dan kesan daripada tindakannya.

Dengannya, kita harus lebih mendahuluinya dalam merancang dan menentukan kegiatannya. Dalam pelbagai keadaan, berikan sesuatu tugas kepadanya. Contohnya jika mahu ke pusat membeli belah, katakan padanya, “Nanti bila kita sampai, tolong ibu tolak troli (shopping cart), boleh? Siti kena jaga2 supaya tak langgar siapa2”. Arahan untuknya harus diberikan dengan tegas (firm) kerana anak begini sangat menghormati kempimpinan yang baik dan perlu tahu siapa bos. Dan yang lebih penting dia mahu rasa diperlukan dan dipercayai. Jika dia menolak cadangan kita dengan berkata, “Saya tak mahu tolak troli, letak barang dalam troli lagi best”, sahkan/akui pandangannya (wah, itu cadangan yang baik. Ok, Siti tolong ibu masukkan barang dalam troli ya). Anak ini suka jika dia dimenangkan.

Jika dia memberontak, “Saya tak mahu pergi supermarket! Saya nak pergi taman mainan!”, sebelum kita memarahinya, ingatlah sifatnya yang sentiasa berorientasikan dengan tindakan/aktiviti, jadi fokus kepada sifatnya itu. Kita boleh katakan, “Ibu tahu Siti tak nak berhenti main untuk temankan ibu. Tapi nanti siapa nak tolong ibu? Ibu perlukan Siti untuk tolak troli dan masukkan barang dalam kereta”.

Jika kita akan ke suatu tempat yang lama tempoh menunggu, sediakan aktiviti untuknya. Atau, jika situasi mengizinkan, cabar dia dengan aktiviti yang akan menghabiskan tenaganya, contohnya lompat setempat dengan satu kaki. Anak begini sangat suka memecahkan sesuatu rekod, termasuk rekod dirinya. Jadi sahkan/akui pencapaiannya bilamana dia berusaha ke arah itu.

Dengan perancangan dan kebijaksanaan, morning glory ini akan membesar dengan memiliki kesabaran, sensitif terhadap perasaan orang lain, bertanggungjawab, bertimbang rasa dan mampu menjadi pemimpin.

Alih perhatian dan pengarahan buat yang responsif

Seorang pansy yang ceria, adalah menarik, suka bercakap dan suka berkawan dengan semua orang. Dia biasanya tidak membentuk hubungan yang intim dengan sesiapa, jadi dia bukannya jenis pendendam dan penyimpan rasa.

Image

Dia menjadi kenal akan dirinya melalui respon dirinya sendiri terhadap suasana dan hubungan dengan manusia.

Oleh kerana dia sangat suka kan stimulasi dan mudah hilang tumpuan, dia meminati banyak perkara. Namun walaupun sedang melakukan sesuatu yang dia minati, dia masih juga tidak mampu fokus 100% dan mudah meninggalkan sesuatu separuh siap. Dia dikenal dengan bilik tidur yang bersepah, kerana sebenarnya keserabutan merupakan sebahagian dari caranya belajar. Jangan malukan dia kerana dia tidak letakkan sesuatu di tempat yang betul atau lupa akan arahan yang telah diberikan, kerana itu memang sebahagian dari sifatnya.

Anak ini boleh mengamuk (tantrum) sekiranya tidak dapat apa yang dia mahukan. Jadi, alihkan perhatiannya, sebagaimana kita biasa melayan anak2 kecil. Dapatkan perhatian dan kerjasamanya melalui aktiviti bersama; menyanyi, bercerita dsb. “Nanti lepas solat, sambung main balik, ok.”

Sekiranya dia diberi kebebasan untuk meneroka pelbagai benda, anak pansy ini akhirnya akan mampu memberi tumpuan dalam sesuatu tugas dan menjadi seorang yang bertanggungjawab, memiliki pencapaian dan punya motivasi yang tinggi.

Rutin bagi yang mudah menerima (receptive)

Anak ini bagai bunga matahari yang tidak pernah gagal mengikut condong matahari. Dia sukakan rutin dan benci kepada perubahan.

Image

Dia mengenal diri dengan mengetahui apa yang dapat dijangka.

Dia dikenal sebagai anak yang baik, pendiam dan jarang sekali mengamuk kerana tidak mahu merunsingkan ibubapa. Jadi, tidak hairanlah jika dia selalu dilupakan

Rutin bersama seperti bercerita sebelum tidur, makan pagi/malam bersama atau ciuman sebelum setiap kali pergi sekolah akan menjadikan dia rasa disayangi.

Dia tidak senang dengan terlalu banyak stimulasi. Dia sudah cukup gembira jika dibiarkan duduk berangan dari melibatkan diri dengan aktiviti bersama orang lain. Jangan paksa dia untuk turut serta beraktiviti. Sebaliknya, beri dia motivasi dengan lembut, dan jika dia masih enggan, katakan, “Kalau nak join, bagitau ok”. Kerana semakin kita memaksa dia turut serta, semakin dalam dia masuk ke dalam sangkarnya. Apa yang boleh diusahakan, adalah dengan mendedahkannya kepada persekitaran yang memberinya banyak peluang untuk turut serta apabila dia bersedia.

Jika keperluannya terhadap jadual yang rutin dihormati, anak bunga matahari yang sangat mementingkan masa ini akan menjadi lebih berani mengambil banyak risiko dan memiliki cita2 yang tinggi. Dengan rasa selamat, dia akan menjadi seorang yang praktikal, tenang dan cemerlang dalam mengadapi kemelut.

Kesimpulan

Kesimpulannya  saya rasa macam budak darjah satu yang baru belajar menulis karangan. Serius sangat gagal untuk mengubah bahasa artikel ini menjadi penulisan yang baik. Hu. Jadi insyaAllah saya akan tuliskan artikel asal dalam entri berikutnya.

Apa2 pun penulis mengingatkan bahawa setiap anak itu sifatnya bukan jelas hitam putih. Dalam seorang, biasanya terjalin 2 atau lebih sifat. Jadi kita harus ada kebijaksanaan dalam membaca peribadinya dan merespon seperti mana yang dia harapkan.

Rujukan:Juli Herman. Mama, Mama, how does your garden grow? Sisters Magazine. 2011 April.