sunshine

radhi tu billahi rabba wabil islami dina wabi muhammadin nabiyya warasula

Update Brighton October 6, 2010

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 1:40 pm

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillahirabbil’alameen. Atas kasih sayangNya dan kehendakNya, saya rasa sangat bertuah.

Seperti sudah terlalu lama rasanya berada di perantauan. Padahal sebulan pun belum sempurna.

Pada masa yang sama terasa perantauan ini tidak jauh mana. Terasa semua orang seperti dekat2 saja. Kalau apa2, boleh telefon dan sms. Macam belajar di KL saja. 😉

Pentingnya Skype

Semasa di Southampton menziarahi seorang teman, saya banyak bercerita dengannya. [Nasib kami lebih kurang sama. Satu2nya melayu dan bertudung dalam ‘year/batch’ kami. Kami masing2 menetap di student hall yang mahal sewanya. Tapi gagahkan juga sebab tiada teman untuk menyewa di luar.]

Anith: ‘Aku ada jadual online. Lepas balik kelas je aku online dengan mak aku. Lepas habis sembang semua, aku online dengan kawan aku pulak. Macam tu la hari2. Tu yang kalau diorang (kawan2 sama uni) lepas kelas nak gi town aku tak nak ikut.’

Nurjannah: ‘Wa, tak aci. Aku tak boleh online dari bilik! Tah kenapa. Kawan2 bilik lain flat aku semua boleh je online.’

Anith: ‘Ha? Kiranya kau tak pernah skype dengan family kau ke? Tak pernah tengok muka lepas datang sini?’ [terkejut]

Nurjannah: ‘Tak pernah la. (pause) Tapi ok je. Aku selalu call. Aku tak homesick kot. Aku pun tak sangka aku ok je.’ [sengih]

Anith: ‘Kau tak rindu, family kau yang rindu. Mestila diorang nak tengok kau.’

Nurjannah: (melihat Anith dan terdiam)

Sebab saya boleh lalui kehidupan saya dengan baik tanpa beremosi memikirkan mereka, saya terlupa memikirkan bagaimana mereka memikirkan saya.

Walaupun tak boleh ber-skype untuk melihat muka, sebelum ini, saya tak pernah terfikir pun untuk menghantar gambar saya di Brighton.

Bila saya cerita saya lawat macam2 tempat, mereka selalu suruh upload gambar di Facebook. Tapi saya tak terupload pun.

Bila Anith cakap begitu, baru saya sedar, saya belum2 juga syafaqah. Tak faham rindunya mabah, kak huda, muhammad dan hadi.

Jumaat yang lalu, Alhamdulillah. Pertama kali menggunakan kemudahan wireless yang hanya terdapat di common room. Selama ini, kelas 9am-5pm. Tamat saja kelas dan sampai je saya di hall, di Malaysia sudah lewat malam. Hari Jumaat yang lepas saya tiada kelas! Dapatlah saya ber-skype!

Seronoknya dapat melihat mabah. Melihat ruang tengah rumah. Melihat mama bertshirt muslimah oren. Melihat abah berbaju melayu. Mama memang jelas nampak menangis. Saya ikut sama, tapi tak ada yang mengalir. Cik Nurjannah kena kuat. Saya cerita perkara yang best2 supaya tak siapa tenggelam dalam mode rindu.

Balik semula di bilik, bila sendirian, sedih lagi. Tapi saya tahu apa ubatnya. 😉

Teringat zaman sekolah. Tingkatan 1 di Sek Men Asma. Air mata mengalir 24jam. Dalam kelas, dalam dorm, dalam bilik air, atas katil etc. Mana2 pergi pun ingat mabah. Haru2. :mrgreen:

Zaman Semester pertama di Intec tidaklah menangis memanjang. Tapi selalu la menangis. Lepas tu tak ada mood study. Tak ada mood pergi kelas. Rasa nak tidur je satu hari. Sebab tak nak jumpa sesiapa. Nak balik rumah saja. [kelakar… :D]

Ya Allah, aku mohon jiwa yang kuat.

Doa

Allah banyak memakbulkan doa2 dari bisikan hati saya. Banyak perkara2 kecil, tapi sentiasa buat saya terharu [kerana saya sangat sedar bagaimana tahap amal saya. Saya tak layak didengariNya. Tapi Subhanallah, Maha Penyayang nya Allah 😉 ].

Saya teringat ketika awal2 saya di sini, ketika salah satu solat Zuhr saya, yang diapit waktu kelas, saya rasa sebak kerana saya terfikir ‘Allah memudahkan urusan2 Jannah supaya Jannah dapat solat dengan tenang. Jadi harus malu kalau solat pun asyik memikirkan hal2 dunia’. 😦

Pada solat Zuhr hari yang berlainan, ketika membaca surah ad-Dhuha, saya sebak lagi apabila melantunkan ayat2nya. [Terlintas di fikiran saya kupasan ayat2 ini ketika menonton satu siri jejak Rasul ramadhan yang lalu…di rumah]

Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk. Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.’ (93: 6-8)

Allahu Rabbi. Saya tak pernah sendirian.

Saya selalu terfikir untuk berkongsi saat2 manis dimudahkan urusan dengan menulis disini. Tetapi kemudiannya saya rasa malu sendiri. Berjuta2 orang lain juga didengari doa2 mereka oleh Allah. Tapi, saya tak tahu menahu pun doa2 mereka. Doa2 mereka menjadi rahsia mereka dengan Allah. Sweetnya! 😀 Jadi, saya pun nak punya sweet moments dengan Allah. 😉

Yang perlu kalian tahu, Alhamdulillah saya dapat lalui hari2 dengan baik insyaAllah.

Kawan2 baru

Kak Izzah

Sejak bulan 4 atau 5, saya sudah berbalas2 emel dan berhubung melalui facebook dengan kak izzah. Ibu kepada 2 puteri yang merupakan seorang pelajar pHD di Sussex Uni.

Dari awal, saya sangat menyenanginya. Dan selalu tak sabar bertemu dengannya.

Tapi sejak saya ke Brighton, ada saja halangan nak bertamu ke rumahnya.

Sampailah setelah berbelas2 hari, akhirnya (sekali lagi) dia menjemput saya ke rumahnya untuk makan malam (memandangkan suaminya tiada di rumah sehingga jam 9 malam). Saya mengambil bas dan tiba di rumahnya jam 5.30 petang. Kami bersembang panjang.

Saya sangat seronok bertemunya. Orangnya baik, kelakar dan pemikir.

Untuk makan malam, kami makan air tangannya yang mendail makanan segera. Pizza, kebab dan ayam goreng. [saya di sini sangat berselera makan makanan segera]

Bila sudah jam 8.30, saya ditawarkan untuk bermalam di rumahnya. Dia risau saya balik sendirian. Saya tak risau. Tapi tidak mahu ambil risiko. Sebab pernah sekali tu, semasa selesai membeli barang2 dapur, saya jalan balik sendirian. Waktu tu baru jam7.30 malam [tapi dah gelap]. Pada waktu2 begitu, saya berpeluang melihat macam2 orang yang ada di jalanan. Kalau jam 9.30 malam, entah bagaimana pula.

Lela

Saya pertama kali bertemunya di satu rumah terbuka di London, hujung minggu yang lepas. Saya ke London kerana mahu berjalan2 di sekitar London, di samping memenuhi undangan teman2 yang saya kenali ketika mula2 sampai di UK.

Lela ikut saya pulang ke Brighton Ahad yang lepas. Kasihan dia. Kepenatan. Saya ke Oxford sepanjang hari itu dan hanya tiba semula di London malamnya. Kami mengambil tren jam 10.30 balik ke Brighton. Tiba di Brighton jam 12 malam. Kasihan Lela. Hu.

Lela belum dapat tempat tinggal di Brighton. Belum ada berita dari accommodation office. Jadi dia tinggal dulu bersama saya.

Lela aktif orangnya. Saya percaya dia dapat lalui hari2 dengan baik sendirian menjadi warga Malaysia di dalam kelasnya.

Azri

Azri pun tinggal di student hall. Blok kami bersebelahan. Dia pelajar persendirian dalam bidang farmasi. Kami bertemu usai perjumpaan semua pelajar yang tinggal di student halls dengan pihak pengurusan. Saya sangat terkejut apabila ditegur dengan bahasa melayu. Tak sangka ada lagi melayu lain yang duduk di halls. Hee.

Saya teringat bahawa esoknya semasa menelefon mama, saya banyak bercerita tentang Lela dan Azri. Lela belum dapat tempat tinggal. Azri telah survive sorang2 sejak datang ke mari. Tak bertemu nasi beberapa hari. Kesian mereka berdua. Saya cerita musykilah mereka pada mama dengan detail. Berulangkali saya mengucapkan hamdalah kerana saya ke mari ketika saya dah besar, bukan lepasan A-level. Lepas tu, saya siap andaikan kalau muhammad dan hadi kena survive sendirian, pasti saya tak sanggup dengar mereka dalam kesusahan.

Saya bercerita dan mama merespon, sampai satu tahap kami dua2 terdiam menahan sendu. [Kini saya tak pasti apa pucuk pangkal sendu kami. Hehe.] Saya mahu meng’cover’ sendu saya dengan ketawa, tapi semakin pula jelas bunyi seraknya. Tapi mama tak malu bercakap dalam sendunya. Aish, mendengar mama menangis di hujung sana, saya merasa siksa menahan emosi. Saya merespon dengan mengucapkan hamdalah kerana Allah memberi kemudahan kepada saya. Mama membalas, kini saya harus mengorbankan sedikit kesenangan untuk membantu adik2 yang datang ke Brighton. Tak lama lepas tu, kami tamatkan perbualan.

[Saya dah makin sensitif. Nurjannah, kuatlah!!!]

                Adah, Mira dan Fatin

Isnin yang lepas, saya dikejutkan dengan berita kehadiran 3 lagi pelajar perempuan melayu tahun pertama bidang Kimia di Sussex Uni. Bagaimana boleh saya tak tahu?

Mereka rupanya berulang dari London ke Brighton hampir setiap hari pada minggu lepas untuk pergi ke agen2 perumahan. Mencari rumah untuk disewa. Namun, masih tiada jawapan positif. Minggu ini, apabila kelas sudah bermula, mereka berulang alik dari London ke Brighton bagi menghadiri kuliah. Saya tak dapat nak menawarkan tempat bermalam. Bilik saya sempit. Seperti dengan pasti tak mampu memuatkan mereka bertiga bertiga beg2 besar mereka.

Moga Allah mudahkan pemburuan rumah sewa mereka! 🙂

                Kimah, kak Sayba, Ilham Aina, Tumi, Najwa, Raz, kak Wani, Wani, Sakinah, Kira, Ili, Murni, Farah, Aten, kak Maniha dll.

Kawan2 London saya! Sudah 5 buah rumah di London yang saya lawati. Lepas ni, banyaklah pilihan tempat untuk saya melepak. Hehe. Open house mereka sangat superb. Sangat banyak makanan yang sedap2. Saya sangat menikmati setiap pencuci mulut yang manis2 [masih dalam usaha membina badan 😛 ]. Sangat sedap ooh.

Mereka SANGAT2 baik. Selama ini, dengan sahabat2 yang dicintai, saya selalu kagum dengan tindakan2 sahabat2 yang selalu mengutamakan orang lain. Saya selalu tak pandai bab2 begini. [Tak syafaqah katakan..] Tapi apabila berada di sini, saya rasa sangat terkesan dengan kawan2 baru saya yang juga selalu mengutamakan orang lain.

Kerana memandangkan kami masing2 berjauhan dengan keluarga, yang kami ada buat peneman adalah satu sama lain. Jadi memang akan sentiasa mengharapkan bantuan dan ihsan kawan2.

Merekalah golongan ansar. Tak berkira.

Terlalu banyak yang perlu saya pelajari dan koreksi.

Moga Allah berikan kemudahan buat saya dan teman2 yang sedang meniti jambatan ilmu.

Selangit tinggi doa harapan buat adik2 dan para pelajar yang bakal menduduki peperiksaan.

Salam sayang dari Brighton.

Advertisements
 

4 Responses to “Update Brighton”

  1. kak nurul'adni Says:

    seronok dgr cerita cik jannah 😀 [seronok kerana DIA adalah teman cintaku di jalan ALLAH..ameen..].

    banyak pengajaran, mudah2an adik jannah termasuk dlm golongan hamba2NYA yang sentiasa berfikir dan merasai kebesaran dan kasih sayang ALLAH dalam permusafiran..ameen.

  2. eme Says:

    salam jannah,masih di brighton kah?kalau boleh saya ingin mintak tlg jannah utk fwdkan email mana2 pg students yg boleh tlg arrange kan ketibaan pelajar baru di brighton.saya akan memulakan pengajian di sana april 2012 nanti.jika ada sesiapa yg boleh menolong,boleh email saya ke eme.akashah@gmail.com .TQ 🙂

  3. Ummi Says:

    Assalamualaikum nurjannah, dayang masih belajar di brighton uk?


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s