Segala puji2 milik Allah. Rabb alam ini. Tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah.
Dalam seminggu ini ingatan saya pada keluarga, teman2, sahabat2, adik2 dan pelajar2 di Malaysia sangat kuat. Selalu termimpi2 dan terbayang2. Saya berulang2 memainkan video2 dalam simpanan. Senyum dan gelak sorang2 dalam bilik ni apabila menonton semula kenangan2 lalu [Oh, rindu]. Sakit apabila menyedari semua ini tak akan berulang lagi. Masa berjalan dan berlalu. Saya melihat ‘saya’ dalam video2 tersebut seperti pelakon. Saya cemburu dengan saat2 indah yang sedang dilalui ‘pelakon’ tersebut. Rasa teringin nak memegang wataknya dan berlingkar bersama2 orang yang dicintainya. Tapi sayang, masa yang telah berlalu adalah tempat yang paling jauh dan tak terkecapi.
Beberap hari kebelakangan ini, tanpa sedar, saya banyak melayan emosi dan kemahuan diri. Beberapa panggilan balik ke Malaysia – atuk, anak2 saudara, sepupu, sahabat dan pelajar. Berejam2 dan asyik2 berskype dengan keluarga. Berpuluh2 komen saya kirim di laman facebook dan entah berapa banyak laman kawan2 yang saya buka [biasanya sangat jarang menjenguk laman sesiapa]. Waktu study pun asyik2 menghadap laptop untuk menonton video2 dalam simpanan. [Aish, bahayanya memanjakan diri.]
Lebih2 lagi apabila mengetahui ramai adik2 IMU akan datang ke UK tahun hadapan insyaAllah. Lagi lah saya jadi angau sendiri. Sikit2 berangan. Tak sabar nak bertemu mereka. Haih2. [Sabar Nurjannah, sabar]
Tadi apabila saya bersms dengan pelajar saya, saya memberitahunya yang saya malas study 2-3hari ini. Katanya, ‘ckg mls nk stdy sbb msti bnyk lyn perkara2 lagha ni.hehe.mai la Malaysia kta men air banjir..hehe.relax otak xpyah nk igt peksa2 ni.hahahaha.’ Saya ketawa sendiri.
Pandainya. Anak murid siapa la ni.
(Buat yang tidak/belum tahu, Jitra termasuk beberapa kawasan di utara Malaysia yang sedang dilanda banjir selepas hujan tak henti2 beberapa hari.)
Saya pun tak tahu apa yang tak kena. Sebabnya, saya rasa saya ok je. Tapi apabila muhasabah sendiri, saya rasa signs and symptoms ini akan jadi bahaya kalau saya buat tak endah. Jadi, tentunya kena banyak baca alQuran dan khusyuk dalam solat sebagai prophylaxis agar jiwa tak terus2an lemah.
Saya termalu sendiri melihat perkembangan blog ini yang jadi entah apa2. Macam slot luahan rasa pula. Langsung tak mengena tujuan asal mengapa blog ini ditulis. Maaf buat semua kerana mengambil masa kalian yang berharga hanya untuk membaca penulisan saya yang entah ada entah tidak manfaatnya.
Jadi, ini bayaran baliknya.
Satu tajuk yang sangat memberi kesan kepada saya setelah membacanya. Seperti biasa, penulisan Amr Khalid. Bukunya ini bertajuk ‘Ibadah Sepenuh Hati’. Buku yang menjadi masukan ketika saya dahagakan pengisian ruhi ketika cuti yang lalu.
Khusyu’ Dalam Solat
Di dalam buku Wahyul Qalam, Ar-Rafi’I mengatakan, “Dengan melarikan diri dan memfokuskan niat ke arah solat, seorang muslim akan merasakan dirinya seakan melintasi sekat2 di bumi – baik waktu mahupun ruang – untuk kemudian keluar menuju alam rohani yang mana tidak ada yang terfikir olehnya selain Allah swt. Inilah saat2 istimewa setiap hari dari sisi kehidupan di mana dia lepas dari urusan2 dunia, tatkala dia menghimpunkan nafsu dan keinginannya, lalu menahannya dari waktu ke waktu dengan gerakan2 solat. Dia juga mengoyak kefanaan jiwa sebanyak 5 kali sehari, sehingga dia dapat melihat hakikat keabadian. Jiwanya terasa tumbuh dan mengembang. Itulah solat yang 5, solat yang juga merupakan saat di mana hati terbebas dari isi2 dunia. Tiada yang lebih indah dan tepat daripada sabda Rasulullah saw:
‘Pusat kebahagiaanku dijadikan terletak dalam solat.’ (HR Muslim)”
Beginilah pandangan dan kepekaan seorang muslim mengenai solat. Apakah kita juga mempunyai kepekaan sedemikan?
Kepentingan solat telah sangat jelas kepada kita (tiang agama, amal pertama yang bakal dihisab, menjauhi kemungkaran dsb). Namun begitu, kita belum juga merasakan makna2 mendalam ini, dan kita tetap menganggap solat sebagai sesuatu yang berat.
Sahabatku, sebenarnya, kita layak mengalami perkara tersebut, dan alasan kita dapat diterima.
‘Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu’.’ (al Baqarah 2:45)
Jadi, tidak aneh untuk merasa berat dan mahu cepat2 habiskan solat, bukan?
Kerana kita belum khusyu’.
Ayuh sahabat2ku, siapkan hati dan jiwa mu sungguh2 untuk membincangkan tema penting ini.
Trilogi Ibnul Qayyim
1. Penyakit dan ubatnya – Sesungguhnya dalam hati terdapat robekan yang tak dapat dijahit kecuali menghadap Allah swt. Juga terdapat keterasingan yang tak dapat ditemani kecuali menyendiri bersama Allah swt. Di dalam hati juga terdapat kesedihan yang tak dapat diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi denganNya. Di dalam hati terdapat sebuah kegelisahan yang tak dapat ditenangkan kecuali berhimpun kerana Allah dan pergi meninggalkan kegelisahan itu menuju Allah swt. Di dalam hati terdapat gelojak api yang tak dapat dipadamkan kecuali oleh keredhaan akan perintah, larangan dan keputusan Allah swt, yang diiringi dengan ketabahan dan kesabaran sampai tiba saat perjumpaan denganNya.’
(Pernahkah kita merasakan makna2 spiritual ini sebelumnya? –> di dalam hati ada robekan, keterasingan, kesedihan, kegelisahan dan gelojak api. Ada beragam penyakit yang ubatnya tidak lain adalah mengenal Allah swt)
2. Pancaran hati – Ketika orang lain bergantung kepada dunia, gantunglah dirimu hanya kepada Allah. Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadikanlah dirimu gembira kerana Allah. Ketika orang lain bahagia dengan kekasih2 mereka, jadikan dirimu merasa bahagia dengan Allah. Dan ketika orang lain pergi menghadap raja2 dan pembesar2 mereka untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadikan dirimu betul2 mencintai Allah.’
3. Perindu syurga – Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir, jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meski engkau tertolak. Jika gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu tak diundang. Kemudian tadahkan tangnmu di gerbang serayalah berkata, ‘Tolonglah! Saya orang miskin. Bersedekahlah untuk saya!’
(Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir. Kita ingin menangis ketika solat tetapi tidak berjaya, kita ingin meraih kekhusyukan tetapi tidak tahu bagaimana caranya. Jangan pernah berhenti dan berpatah harap!
Jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meski engkau tertolak. Kita berbuat maksiat lalu bertaubat dan memohon ampun, tetapi kemudian kita kembali melakukannya. Saat begitu, jangan pernah berhenti memohon ampun!
Jika gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu tak diundang. Hadirilah kuliah2 agama, duduklah di dalam Jemaah, teruslah bersama dengan orang2 yang rajin membaca dan merenungi alQuran.)
Sahabat2ku, persiapkanlah diri2 kita untuk meraih nilai2 ini. Tempatkanlah kekhusyukan sebagaimana mestinya. Kita pasti boleh! Sebab hal ini tidak mustahil bagi seorang Perindu Syurga.
Mengenali Allah
Nilai dan jiwa sebuah solat terletak dalam kekhusyukan.
Solat adalah menghadap Allah swt. Setiap kali kita melafazkan “Allahu akbar”, Allah akan menyambut dan memperhatikan kita. Pernahkah kita melaksanakan solat dengan perasaan dan kepekaan ini?
Nilai solat terletak pada peranannya sebagai jalan utama untuk mengenal Allah swt. Solat diwajibkan agar kita mengenal Yang Menciptakan secara benar. Ketahuilah, mengenal Allah adalah inti seluruh kehidupan ini.
‘Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepadaKu.’ (ad Dzariyaat 51:56)
Sungguh kasihan orang yang mengira kehidupan dunia adalah mainan, kesenangan dan pemuasan nafsu semata2.
Sungguh kasihan orang yang meninggal dunia tanpa sempat mengenal Tuhannya!
Gerbang utama memasuki ruang kekhusyukan solat adalah memahami dengan benar: ‘Mengapa kita diciptakan’.
Hakikat dunia
Rasulullah saw bersabda: ‘Sesungguhnya perumpamaan dunia dan diriku adalah seperti seseorang yang beristirehat sejenak di bawah sebuah pohon pada siang yang amat panas, kemudian pergi dan meninggalkannya.’ (HR Ahmad)
Baginda juga bersabda: ‘Dunia itu terlaknat, dan terlaknat pula segala yang ada di dalamnya, kecuali zikrullah (menyebut dan mengingati Allah) serta hal2 yang mendokongnya, seorang yang ‘alim (tahu dan berilmu), atau seorang yang belajar (menuntut ilmu)’ (HR iBn Majah dan At-Tirmidzi).
Dalam hadith lain: ‘Apakah ertinya dunia bagiku? Apakah ertinya dunia dan harta ku?’ (HR Ad-Darimi).
Subhanallah! Beginikah hakikat dunia di hati kita?
Apabila mengetahui dan ‘melihat’ hakikat dunia yang pecahannya sangat2 halus berbanding seluruh kehidupan abadi kelak, banyak perkara yang memberi kesenangan terhad di dunia menjadi perkara sampingan semata2.
Dalam menggambarkan hakikat dunia, seorang ulama soleh berkata: ‘Dunia itu ibarat sandal’. Orang ramai kehairanan, tapi sang ulama tetap bertegas mengatakan: ‘Ya, dunia ibarat sandal. Meskipun kita tidak begitu memerlukan sandal, kita tentu tidak dapat berjalan tanpa alas kaki [bayangkan gurun panas dan salji sejuk]. Begitu juga dunia, kita tidak begitu memerlukannya. Namun, pernahkah anda mendengar rasa cinta yang terjalin antara seseorang dengan sandalnya?’
Subhanallah. Matlamat mahu bertemu Allah membuatkan dunia yang dilalui seperti tiada pentingnya. Dalam fikiran saya, saya membayangkan suasana di dalam pasaraya (maafkan contoh tak matang ini. Hu
). Tarikan2 lain di dalam sebuah pasaraya tak penting dan tak menarik bila mana saya tahu arah yang saya tuju untuk mendapatkan apa yang saya mahu. Seperti berjalan terus tanpa mahu peduli untuk menoleh2.
Bagaimana untuk khusyu’? – Analogi sebagai contoh
Seorang pelajar sedang mengulangkaji pelajaran di kamarnya. Kamar tersebut memiliki tingkap yang terbuka menghadap satu pokok. Di atas pokok tersebut, beberapa ekor burung sedang berkicau2 hingga mengganggu konsentrasinya.
Dia pun mengambil sebuah tongkat panjang dan memukul pokok tersebut agar burung2 itu pergi. Burung2 pun berterbangan pergi, tapi kemudian kembali lagi mengganggu perhatiannya. Pelajar tersebut melakukan hal yang sama untuk mengusir burung2 tersebut berkali2.
Ibunya datang dan berkata: ‘Anakku, kamu tidak akan dapat belajar kecuali kamu pangkas pokok tersebut.’
Pokok itu kemudian dipangkas dan tiada lagi burung2 bertenggek yang mengganggu.
Sahabat2 sekalian, analogi ini sangat saya suka kerana kejelasannya menyatakan cara khusyu’ semasa solat.
Jangan beri tempat pada dunia dalam hati kita.
Hati yang menyediakan tempat untuk dunia menjadi tempat bertenggeknya syaitan untuk mengganggu.
Saya sendiri selalu berperang dengan diri agar tiada perkara lain yang menjadi keutamaan dalam fikiran dan hati ketika solat. Tapi, biasalah. Susah nak berjaya. Apa2 pun, ‘jangan pernah putus asa andai terusir!’.
Thumakninah
Salah satu hal yang menghalangi seseorang daripada kekhusyukan adalah gerakan2 badan yang menunjukkannya lalai dalam solat. Contohnya orang yang melakukan solat dengan cepat mengalahkan senamrobik, atau solat di samping TV yang sedang menyala, atau matanya berputar mengamati rumah dari depan ke belakang, atau mata mengintai2 jam. Apakah kita mengira Allah akan memakbulkan solat2 seperti ini?! [gulp]
Ketika Rasulullah saw duduk di masjid, tiba2 seorang lelaki masuk ke masjid. Dia pun mengucapkan salam kepada Rasulullah saw kemudian berdiri dan melakukan solat. Ketika dia selesai melakukannya, dia pun menghampiri Rasulullah saw yang kemudian berkata kepadanya, ‘Kembalilah untuk mengerjakan solat, sebab engkau belum mengerjakannya’. Dia pun pergi menjauh dan melakukan solat lalu kembali lagi menghampiri Rasulullah saw. Namun Rasulullah saw tetap berkata, ‘Pergilah untuk mengerjakan solat, sebab engkau belum mengerjakannya!’. Lelaki itu akhirnya berkata, ‘Demi Allah yang mengutus engkau dengan kebenaran, saya tidak boleh mengerjakan yang lebih baik daripada ini. Ajarkanlah saya wahai Rasulullah!’
Rasulullah saw pun bersabda, ‘jika engkau mengerjakan solat, maka mulailah dengan bertakbir, lalu bacalah beberapa ayat alQuran yang mudah, kemudian lakukanlah rukuk sampai kamu betul2 rukuk dengan muthmainnah (tenang), lalu lakukan i’tidal sempai kamu betul2 telah berdiri, lalu lakukan sujud sampai kamu betul2 sujud dengan tenang, kemudian lakukan duduk sampai kamu betul2 duduk dengan tenang, selanjutnya kembali lakukan sujud sampai kamu betul2 sujud dengan tenang. Biasakan hal ini dalam setiap (rakaat) solatmu!’ (HR Bukhari)
‘Seseorang yang tidak mahu meneguhkan tulang punggungnya ketika dia rukuk dan sujud, solatnya kan dilipat seperti baju yang jelek, lalu dilemparkan ke wajahnya. Solatnya pun berkata, ‘semoga Allah menyia2kanmu, sebagaimana engkau menyia2kan aku’. Kalau dia menyempurnakan rukuk dan sujudnya, solatnya akan dilipat sebagaimana baju yang bagus. Solatnya berkata, ‘semoga Allah menjagamu, sebagaimana engkau menjagaku’. (HR Abu Dawud, atTirmidzi, anNasa’i dan Ibn Majah)
Hati adalah raja
Umar ibn Khattab pernah melihat seseorang yang sedang bertasyahud tetapi juga sedang bermain butiran biji. Maka Umar berkata: ‘Kalaulah hati orang ini khusyu’, maka anggota badannya pun akan khusyu’’.
[Ya Allah, kurniakanlah kami hati2 yang khusyu’!]
[Saat ini saya banyak sekali membayangkan ORANG LAIN yang tak khusyuk solatnya. ORANG LAIN yang solat tanpa thumakninah. ORANG LAIN yang tak sempurna rukuk sujud. Seolah2 saya aman2 dengan solat sendiri. Bukankah aneh begini? Walhal jika melihat mana2 foto bersama keluarga dan teman2, pastinya DIRI SENDIRI yang dilihat dulu. Cik Nurjannah, sila fokus diri sendiri! :anger: ]
Solat dan Rasulullah saw
Perhatikanlah saat baginda bersabda: ‘Marilah kita rehat dengan solat, wahai Bilal!’ (HR at Tabrani dan al Haitsami)
Solat adalah kebahagiaan dan keiinginannya. Demi Allah, yang mampu mengecap rasa ini adalah orang2 yang khusyu’.
(Bimbang di saat ini yang terjadi adalah: ‘Berhenti dari solat untuk berehat’.)
Anas bin Malik mengatakan: ‘Suatu malam saya masuk ke masjid dan saya lihat sebuah batang kurma di tengah2 masjid. Saya betul2 hairan kerana sebelumnya batang kurma ini tidak berada di tempat tersebut. Saya terus mendekatinya, sampai kemudian saya ketahui bahawa itu adalah Rasulullah saw yang sedang berdiri di dalam solat. Saya pun sangat gembira kerana saya dapat menegerjakan solat bersama baginda. Aku pun berdiri di samping baginda dan baginda mula membaca surah alBaqarah. Dalam hati saya mengira, ‘Baginda akan berhenti di ayat ke-100,’ ternyata baginda terus melanjutkan bacaan dan saya pun kembali mengira, ‘Baginda akan menyelesaikan surah ini dan kemudian mula rukuk’, tapi ternyata baginda meneruskan bacaan dengan mula membaca surah al Imran. Hati saya berkata, ‘Baginda pasti berhenti di ayat ke-100 dan segera bersujud.’ Ternyata baginda melanjutkan bacaan surah tersebut. Hati saya berkata, ‘Baginda akan menyelesaikannya dan mula rukuk’. Ternyata baginda mula membaca surah an Nisa’. Saya kembali berbisik, ‘Baginda akan berhenti di ayat ke-100’. Rasulullah saw pun menyelesaikan surah anNisa’. Sampai2 saya hampir mengerjakan perbuatan buruk (iaitu saya duduk dan membiarkan Rasulullah saw berdiri). Baginda membacanya dengan lancar dan perlahan. Jika baginda bertemu dangan ayat yang mengingatkan akan syurga, saya mendengar baginda mengucapkan doa, ‘Ya Allah, sungguh aku mohon syurga daripadaMu!’. Dan apabila baginda bertemu dengan ayat yang memperingatkan neraka, saya mendengar baginda mengucapkan doa, ‘Ya Allah, sungguh aku berlindung denganMu dari api neraka!’. Kemudian baginda rukuk dan ternyata rukuk ini hampir sama panjang dengan qiyam baginda. Baginda mengucapkan: ‘Subhana Rabbiyal ‘Azdhim’ (Maha Suci Rabbku yang Maha Agung) berkali2, lalu baginda berdiri dan ternyata baginda berdiri hampir sama panjang ketika rukuk. Saya mendengar baginda mengucapkan (doa). Kemudian baginda melakukan sujud hampir sama panjang dengan lamanya berdiri. Di dalam sujudnya itu, beliau banyak mengucapkan doa2 kepada Allah.’
Beberapa pengajaran:
- Dalam 1 rakaat, baginda membaca lebih dari 5 juzu’ alQuran!
Kudrat muda di tubuh saya sendiri tak mampu berdiri tegak selama itu. Subhanallah! Pertemuan baginda dengan Allah penuh rasa cinta hingga baginda jadi asyik menikmatinya. - Betapa bersopannya sahabat2 Rasulullah saw. Duduk (ketika sangat lenguh) pun padanya perbuatan buruk. Saya mengaku, jika berbuat sesuatu untuk memenuhi keperluan diri, selalu rasa ‘tidak apa’ kerana merasakan ‘patut’. Walhal menunjukkan betapa tak syafaqah (berjiwa halus) diri ini.
- Subhanallah. Pernahkah kita solat sebegini sabar. Bacaan alQuran yang sudahlah perlahan, diselangi doa2 pula. [hmm]
Rabi’ bin Kaab ra bercerita, ‘Saya pernah melayani Rasulullah saw di waktu siang dan saya pun bermalam dengan beliau pada malam harinya. Saya terus mendengar beliau sepanjang malam mengerjakan solat dan mengucapkan ‘Subhana Rabbi (Maha Suci Allah Tuhanku)… Subhana Rabbi…Subhana Rabbi…’. Sampai saya merasa jenuh dan mengantuk, sehingg saya pun tertidur, kemudian apabila bangun saya mendengar baginda masih mengucapkan ‘Subhana Rabbi…Subhana Rabbi…’
Bagaimana Rasulullah saw ketika mengucapkan 2 perkataan ini? Apa yang baginda rasakan? 2 perkataan yang tak mampu dihuraikan dengan jelas oleh berjilid2 buku, namun dengan membisikkannya, sang hati dapat menangkap kekuatan ‘Subhana Rabbi’.
Hati gementar khuatir
Solat Hatim al Isham: ‘Ketika waktu solat telah tiba, aku berwudhu dengan sempurna, dan menghampiri tempat di mana aku akan mengerjakan solat. Aku pun lantas duduk di sana sampai seluruh tubuhku terkonsentrasi. Kemudian aku pun mula solat dengan menjadikan Kaabah seolah2 di hadapanku, jambatan asShirat di bawah kakiku, Syurga di kanan ku, dan Neraka di kiri ku, serta malaikat maut berada tepat di belakangku. Aku pun menganggap solat ini sebagai solatku yang terakhir. Kemudian akupun mengerjakan dalam rasa raja’ (harap) dan khauf (cemas). Aku bertakbir sepenuh mungkin, dan membca ayat alQuran dengan tartil, kemudian aku rukuk dengan tawadhu dan bersujud penuh khusyuk. Selanjutnya aku duduk di atas kaki kiri dengan mnjulurkan tapaknya dan menegakkan tapak kaki kanan di atas patukan ibu jari. Aku pun mengakhiri solat tersebut dengan rasa ikhlas. Tetapi aku tidak tahu apakah solat aku itu dikabulkan atau tidak’.
Perhatikan Hassan bin Ali bin Abi Talib. Selepas berwudhu biasanya beliau gementar, ketakutan, menghiba dan air mukanya berubah. Ketika ditanya sebabnya, beliau menjawab: ‘Tahukah kalian di hadapan Siapa kah aku berdiri?’.
Kronologi solat seorang hamba
Wudhu
Wudhu memberi kesucian luar dan dalam.
‘Jika seseorang hamba berwudhu, maka ketika berkumur dosa2nya akan keluar dari mulut; ketika membasuh muka, dosa2nya akan keluar dari pelupuk mata; ketika membasuh tangannya, dosa2 akan keluar dari tangannya, bahkan sampai juga dari bahagian dalam kuku2nya. Ketika mengusap kepala, maka dosa2 akan keluar dari kepala bahkan dari bawah telinganya; dan ketika membasuh kakinya, maka dosa2 akan keluar dari kaki dan bahkan kuku2 kakinya.’ (HR an Nasa’I dan Ibn Majah)
Ayuh berwudhu dengan kefahaman baru! Ayuh berwudhu dengan perasaan2 dibersihkan dari dosa2.
Menghadap kiblat
Ingatlah untuk mengarahkan dan meluruskan hati agar selari dengan wajah yang menghadap kiblat. Fokuslah. Janganlah tubuh yang menghadap kiblat mempunyai hati yang berpaling.
Niat dan takbir
Berniatlah untuk mendirikan solat – bukan semata2 melakukannya.
Bertakbirlah ‘Allahu Akbar (Allah Maha Besar)’, dan kenal pasti andai ada kebohongan dalam diri terhadap lafaz takbir tadi. Jangan sampai lidah mengatakan ‘Allahu Akbar’ tetapi hati lebih membesarkan suami/isteri/ibubapa/anak2 atau study/shopping/jalan2.
Allah Maha Besar berbanding dunia dan seisinya!
Ketika di hadapan Rabb
Rasakanlah betapa perlunya kita kepada Allah. Hadapkanlah wajah kita ke lantai. Tangan kanan di atas tangan kiri. Betapa bersantunnya posisi tersebut.
Wahai hati yang hina, apakah saat ini Allah sedang memerhatikan mu dan engkau memerhatikan yang lain? Apakah engkau menemukan sesembahan lain yang lebih baik dari Allah? Akapah fikiranmu memikirkan sesuatu yang lebih baik dari Allah?
Al-Fatihah
Allah berfirman dalam sebuah hadith qudsi:
‘Aku membahagi solat menjadi dua bahagian untuk Aku dan hambaKu.
Ketika dia mengucapkan ‘Alhamdulillahi rabbil ’alameen’, maka Allah berfirman “Hamba Ku telah memuji Ku”. Lalu ketika dia mengucapkan ‘Arrahmanirraheem’, maka Allah berfirman, “HambaKu telah mengagungkan Ku”. Tatkala dia mengucapkan, ‘Maliki yaumiddeen’, Allah berfirman, “Hamba Ku memuja Ku”.
Ketika dia mengucapkan ‘Iyyaka na’ budu wa iyya ka nas ta ‘een’, Allah menjawab, “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba Ku”. Ketika hamba mengatakan ‘Ihdi nashirathal mustaqeem. Shirathal lazi na an ‘am ta ‘alaihim ghairil maghdhu bi ‘alaihim wa ladhaalleen’, Allah menjawab, “Inilah perjanjian antara Aku dan hamba Ku. Akan Ku penuhi yang dia minta”.’ (HR Muslim dan at Tirmidzi)
Selanjutnya ucapkan ‘Ameen’ dengan hati yang tenang, sebab para malaikat sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.
Rasulullah saw bersabda: ‘Barangsiapa yang ucapan ‘ameen’nya bersamaan dengan ucapan ‘ameen’nya para malaikat, maka Allah akan memberikan ampunan kepadanya.’ (HR al Bukhari)
Rukuk dan sujud
Rukuklah dan rasakan ketundukan di dalam hati. Bertasbihlah pada Allah dan rasakan keagungan dan kebesaran Allah. Kemudian berdirilah untuk I’tidal dan pujilah Allah kerana menjadikan kita jasad kita kuat untuk kembali berdiri tegak.
Selanjutnya, sujudlah dengan mengetahui kita tercipta dari tanah. Hal yang paling berharga pada kita adalah wajah dan hal yang paling rendah adalah tanah. Maka rasakanlah kehinaan dan kerendahan ketika kita berada di tempat yang paling rendah itu.
Pujilah Dzat yang Maha Tinggi dan perbanyakkanlah doa kerana kita berada sangat dekat dengan Allah.
Dan satu sujud tidaklah cukup dalam setiap rukaat.
Tasyahud
Dalam tahiyat, syahadah (persaksian diucapkan). ‘Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah da Muhammad itu utusan Allah’.
Syahadah ini bukan lafaz ringan. Tapi lafaz penuh percaya dan yakin.
Seperti di mahkamah, seorang saksi bersumpah menyaksikan suatu jenayah. Maka kata2nya adalah sesuatu yang serius dan bermakna. Mana mungkin seseorang yang tidak tahu apa2 berkenaan jenayah tersebut menjadi saksi dan menytakan persaksiannya?
Salam
Akhirnya, ucapkanlah salam pada para malaikan kanan dan kiri dengan penuh tertib.
Akhir kalam
Kata2 berikut dipetik dari ucapan seorang rahib dalam cerita ‘Dua Yamamah’ karya ar-Rafi’I.
‘Ketika mereka berteriak “Allahu Akbar!” hati Maria bergetar, dan dia pun bertanya kepada rahib Shata, “Apakah gerangan yang mereka katakan?”.
Rahib itu menjawab, “Kalimat ini adalah pembukaan sembahyang mereka. Seolah2 dengan kalimat itu mereka berbicara kepada masa bahawa mereka saat ini berada dalam waktu yang tidak terdapat dalam masa dan tidak juga dalam dunia. Seakan mereka berada di hadapan Dzat yang Maha Agung…Seolah2 mereka sedang menghapus dunia dari jiwa mereka sesaat atau beberapa saat. Penghapusan dunia dari jiwa mereka adalah keunggulan mereka diatas dunia…
Perhatikanlah Maria, bukankah kamu melihat kalimat ini telah benar2 menyihir mereka. Mereka tidak lagi menoleh kemana pun ketika mereka solat. Mereka telah diselimuti oleh ketenangan…Mereka penuh khusyuk seperti khusyuknya ahli falsafah ketika ia merenung.’
Ini merupakan pandangan seorang bukan muslim terhadap kita yang solat. Indah bukan? Habis tu selama ini, ketidak khusyukan kita, adakah kita sedang menipu di sebalik gerakan2 kita?
Mudah saja. Tiada siapa yang kita tipu melainkan diri sendiri. Dan tiada siapa yang rugi dengan penipuan kita melainkan diri kita sendiri.
[Allahu rabbuna, jadikanlah kami insan2 yang mengecapi manisnya khusyu’ di dalam solat dan terimalah dari kami solat2 kami
]
ukhti jannah solehah..teruskan menulis..
abdullah ngan mama dia suka baca perkongsian dan tazkirah cik jannah..
sedihnya..:( setelah segala yang ALLAH bagi, kak masih tak kusyuk dalam solat..
jazakillah mama abdullah n baby abdullah

itulah, bab2 khusyu ni mmg pjuangan x habis2.
sehari 5x solat,5x la kena fight
klu sekali solat khusyu,x ada jaminan next solat blh khusyu’.. hmm
jzkk k.jannah atas peringatan membina ni~
sama2 mengingatkan ya ukh
selamat study ya
Subhanallah…Pengisian yang dirindui :’)
Jazakillah jannah!
…
“Jangan pernah putus asa untuk teguh menunggu gerbang meski engkau terusir, jangan pernah berhenti untuk memohon ampunan meski engkau tertolak. Jika gerbang telah terbuka, segeralah masuk selayaknya seorang tamu tak diundang. Kemudian tadahkan tangnmu di gerbang serayalah berkata, ‘Tolonglah! Saya orang miskin. Bersedekahlah untuk saya!”
afwan.bila jnh baca semula,huraian xcukup.kesuntukan masa.
ukh,jnh pun selalu terkesan dengan pengisian ukh.penuh muhasabah
Terima kasih kak jannah atas perkongsian yg amat diperlukan ini… Rasa nak carik pula buku amr khalid ni mcm menarik penulisannya..
kjnh personally rasa penulisan2 amr khalid best2..:) klu jumpa,jgn lepaskan peluang utk beli!