sunshine

radhi tu billahi rabba wabil islami dina wabi muhammadin nabiyya warasula

Updates December 6, 2009

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~, ~short sunshine notes~ — nurjannahsunshine @ 6:44 pm

Assalamualaikum wbt. Salam ceria, salam sayang. ;)

Setelah sekian lama tak bersua melalui blog kecil ini.

Alhamdulillahirrabil’alameen. Segala puji hanya bagi Allah Rabb sekalian alam.

Sejak Jumaat, penghulu hari yang lalu, saya sangaaaat bahagia. :D

Telah keluar keputusan EOS 5 (final exam yang lalu).

Keputusan peperiksaan itu keluar lewat jam 4. Tapi saya dan Yasmin (nama sebenar) keluar membeli sedikit barang2 di Jalan Masjid India dan Jalan TAR buat bekalan cuti kami nanti. Kami keluar dari tengahari. Sebaik sahaja jam menunjukkan waktu telah mencecah jam 4 petang, saya dan Yasmin dua2 tiba2 jadi sepi. Sepi. Hilang senda gurau. Saya sendiri penuh debar di dada. Rasa kering pada buccal mucosal layer. Ah, sympathetic response terlalu dasyat kali ni. Dah lama tak secuak ini. Kali ni bukan gred apa yang mencemaskan saya, tapi sama ada lulus atau gagal. Saya tak kisah apa sahaja gred saya. Saya mengaku segala kemalasan dan ketidak fokusan saya di saat2 akhir menghadapi peperiksaan. Jadi pinta saya saat itu, ’moga semua muslim terutamanya dapat pass exam ni, dan batch kami umunya pass exam ni’.

Ketentuan tiap sesuatu itu milik Allah jua. Saya dan yasmin serta berpuluh2 lagi teman yang lain pass dengan jayanya. Alhamdulillahirabbil’alameen. :)

Maka rasa terlalu syukur lah yang hinggap di hati. Bantuan Allah pada hamba yang selalu lalai ini. Yang ratapnya dan tunduknya ketika berasa susah dan gundah gulana. Malunya pada Allah atas kelalaian sepanjang cuti seminggu selepas exam yang lalu. :(

Kali ini saya tekad membuktikan syukur. Jika saya kembali lupa dan lalai, jangan sesiapa pun ikut serta. Kalian nasihatilah saya. Tolonglah.

BRIGHTon-Sussex University for Miss SUNSHINE

Alhamdulillahirabbil ’alameen. Tuhan ku yang Maha Esa adalah sebaik2 perancang.

Kami yang akan dihantar ke Partner Medical School hendaklah mengisi borang dalam meletakkan rank untk universiti2 yang merupakan partner school untuk IMU. Pilihan pertama saya merupakan Aberdeen University. Banyak perkara yang saya ambil kira. Antaranya, intake ke Aberdeen adalah semasa bulan April (bukannya September seperti kebanyakan uni2 lain di UK). Program pengajian hanya 2.25 tahun (bukannya 3tahun seperti uni2 lain di UK). Kak Nawwal, Aleen dan Kak Nurul Shahida belajar di Aberdeen (muslimah2 yang sentiasa menjadi kerinduan). Aberdeen merupakan town kecik (my favourite kindof place to live in).

Tapi Allah lebih tahu.

Saya mendapat offer ke Brighton-Sussex Uni. Antara universiti yang menjadi pilihan akhir. Malah pada malam saya dan liyana mengisi borang ranking, kami ketawa2 semasa menomborkan Brighton-Sussex. ’tak pernah dengar pun!’

Asalnya saya dan liyana, dua2 mendapat offer ke BSU. Kemudian kami menghantar surat rayuan. Akhirnya liyana dapat ke Edinburgh Uni, saya pula masih tetap ke BSU. Alhamdulillah, saya sikit pun tak terkilan.

Mabah, sahabat2 dan kawan2 semuanya menjadi penguat saya. Membisik kata: itu yang terbaik!

Terima kasih buat semua. Saya juga yakin begitu. Saya harus berdiri atas kaki sendiri dan bergantung HANYA pada Allah.

Tugas sepanjang cuti 9 bulan ini: membina jati diri seorang muslimah. [nurjannah, berusahalah]

Walimah kakak ku sayang kian hampir saatnya.

Saya balik ke Kedah selama seminggu sejak selepas exam yang lalu. Balik je ke rumah, bersusun doorgifts yang perlu digubah. Kak huda balik semula ke KL selepas aidiladha, jadi saya yang patutnya tolong habiskan kerja2 tu. Akibat tergoda dek pelbagai perkara larangan lain, tak terhabis jugak. Jadi saya kembali ke KL dengan sedih hati. Kesian mama dan kak huda. Tapi mama cool je, tak kisah. Kak huda kisah. [Ah, gagal lagi menjadi adik yang baik. :( ]

Akhir2 ni kak huda bersusah payah, tak lena tidur memikirkan majlisnya nanti. Patutkah seserabut itu, kakakku? Maafkan jannah sebab selalu saja menyokong pendapat kak huda walhal dalam hati nak saja jannah katakan, nikah ini bukan menjadikan kita serabut, malah seharusnya bahagia. Islam tak pernah memberatkan. Kita yang selalu mencari susah. Oh, kenapakah?

Jannah doakan kak huda bahagia di dunia dan akhirat. Meniti jalan ke syurga bersama abang Ajib. Jannah dah berusaha ke kedai belikan buku untuk panduan kalian. Jannah beli warna pink dan nipis [kak huda suka warna pink dan kurang meminati buku2 ilmiah..(no offense)]. ’Membina Syurga di Mahligai Cinta’. Tajuk kepada bab2 nya sangat catchy. Tapi sayang, selepas jannah baca beberapa chapter, jannah rasa kurang sesuai sebab bahasa indonesianya agak pekat. Boleh jadi bosan. Nanti jannah carikan yang lain ye, insyaAllah.

Disebabkan kenduri kak huda ni, jiran2 kami yang sangat sporting, baik dan ramah banyak lah guraunya. Antaranya:

’Jannah, balik (cuti ni) sorang ke?’ usik pakcik jo. [Depan abah pulak tu! Aish, berani betul.] Saya blur pada awalnya. Dia ulang semula soalannya. Makcik dan pakcik lain yang sedang merewang utk bbq daging korban ketawa2. Lepas tu mama yang jawabkan, ’katalah, jannah balik dengan kak huda’. Dengan jawapan mama tahulah saya apa maksud soalan pakcik jo. Saya tersengih dalam ketidak selesaan.

’Jannah bila pulak?’ tanya pakcik jo di petang yang lain. ’apa? Fly?’. Saya yang baru datang ke arahnya yang sedang bersembang kak huda menyangka dia sedang bertanyakan program master dan phd kak huda. Jiran2 kami tahu yang saya akan ke luar negara. Boleh jadi pakcik jo tak tahu bila. ’apa pulak fly..’ jawabnya. Ok, fahamlah saya. Jangan sambung lagi ayat pakcik, pinta saya dalam hati. Tapi dia menyambung juga. Nah, macam mana nak jawab? Saya jawab ’tak tahu’ dalam sengih dan meminta izin berlalu pergi.

’Jannah ni tak lama dah. Bukan boleh main2. Benda ni berjangkit.’ Usik makcik ton. Uish, bahaya ni. Berjangkit ya. Saya tersengih juga lagi.

Respon muka kering dan sengihan tandanya apa? Ye, malu. Harap maklum.

Perkongsian ilmu

Semasa membuat persiapan untul peperiksaan EOS yang lalu, selalu wujud kegeraman di dalam hati saya. Geram ingin menaip ilmu2 perubatan yang saya pelajari ke dalam bahasa malaysia/melayu. Sebabnya, bila menggunakan search engine untuk membuat pembacaan mengenai ilmu2 tentang kesihatan dan perubatan dalam bahasa melayu, sumber bacaan amatlah terhad. Kebanyakannya pula artikel yang diterbitkan oleh syarikat2 yang ingin mempromosikan bahan kesihatan keluaran syarikat mereka. Dalam kata lain, info kesihatannya bukan sahaja tak lengkap, malah hanya menyebut simptom2 yang boleh dirawat dengan produk kesihatan mereka. Tapi semangat yang membuak2 untuk berkongsi pada waktu itu terpaksa dipendam hebat kerana bimbang terlalu leka menaip hingga mengabaikan study.

Jadi, insyaAllah, saya akan mula menulis berkenaan ilmu2 yang saya rasa bermanfaat ataupun common berlaku ataupun salah faham masyarakat awam terhadap beberapa perkara.

Moga cuti yang panjang ini dapat dimanfaatkan dengan baik.

Pesan buat junior2 yang bakal dirindu

Banyak kegembiraan kak jannah di IMU adalah disebabkan oleh kalian. Kalianlah pemberi ingatan, teman berborak, sahabat yang mengambil berat, pendengar yang baik, penyampai yang berkesan dan segala macam deskripsi2 lain yang baik2. ;)

Adik2, rajin2 study ye. Sekali pun bosan dan penat, jangan putus asa ya. Dalam hidup ni, tak apa untuk kalah, sakit, sedih dsb. Tapi JANGAN PUTUS HARAP pada Allah.

Sedikitkanlah atau lebih baik, jadikan tiada langsung masa kalian untuk perkara yang sia2. Kerana setiap amal kita dilihat dan dikira. Jika penat study, hairan kak jannah bila wayang yang menjadi tempat hilang stress. Jika selalu tak lapang untuk menghadiri ta’lim, musykil kak janna bila boleh pula susun jadual agar dapat ke mall, konsert atau yang sewaktu dengannya.

Allah sangat dekat.

Jagalah hak adik2 terhadap Allah pasti Allah menjaga adik2. Carilah teman2 yang membawa kebaikan dan memimpin ke pintu syurga, bukan teman2 yang menyokong tindakan2 kita yang berlandaskan hawa nafsu semata.

Tuai padi antara masak, esok jangan layu-layuan. Intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan.. ;)

Moga bertemu lagi.  Jaga iman dan diri ya. Kak jannah sayang kalian selalu~

 

Cerdik dan Solehah October 11, 2009

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 4:05 pm

Meniti hari2 untuk menduduki exam. Alhamdulillah semalam dan hari ni tak ngantuk masa study. Jazakillah buat Zu atas kemanisan Khaula yang dicadangkan. ;)

Sekarang ini, masih banyak yang perlu dibaca dan difaham dan dihafal [rasa seperti sahaja mahu mengambil CNS neurotransmitters yang dapat meningkatkan kecergasan dan memori sebagai supplement]. Ini belum dilihat bahagian praktikalnya. Praktikal. Amal. Praktikal yang sangat penting berbanding pengetahuan teori. Oh ya, saya sedang bercakap mengenai subjek2 perubatan. Sayangnya, bukan al-Quran. Huhu.

Kesibukan dengan hal2 studi selalu menggagalkan saya untuk bersungguh dalam perkara lain. Yang terlalu dasyatnya bila dalam seminggu, peningkatan hafazan alQuran adalah sifar. Bila tiba masa untuk tasmi’, rasa nak menangis je. :’(

 

Cerdik yang solehah

 Petikan ‘cerdik yang solehah’ adalah dari sebuah lagu nasyid yang dinyanyikan oleh kumpulah SaffOne.

Pada satu ketika, seorang sahabat saya menyanyikan ayat ‘….(nama)… cerdik yang solehah’ pada seorang sahabat yang lain. Maka muncullah di fikiran saya: Saya pun nak jadi cerdik yang solehah!!! :D

 

Oh, mampukah?

Teringat pertemuan pertama saya dengan adik2 tersayang. Dalam pertemuan itu saya memberi mereka sekeping penanda buku ‘We Are Smart Solehah’. [Harap kalian masih simpan harapan kak jannah ni. Waktu mula2 memegang memegang kalian, kak jannah berfikir panjang, apa kriteria dalam adik2 yang kak jannah nak tengok. Alhamdulillah kak jannah bertemu dengan ayat ringkas ini tapi sangat benar dalam menyampaikan mesej harapan kak jannah terhadap adik2]

 

Cerdik

Sejak beberapa bulan yang lepas, setiap kali urusan harian saya berterabur, lambat catch up dalam studies, dan apabila saya keliru dalam meletakkan prioriti, saya selalu berkata pada diri: Jannah! Jannah kena cerdik!

Bagaimana ya mahu mengukur kecerdikan? Berdasarkan dari apa yang tercatat di atas sijil2 dan trofi2 anugerah? Atau adakah berdasarkan keputusan2 peperiksaan? Ya? Lantas, adakah baginda Rasulullah saw cerdik? Sijil dan trofi apa yang baginda miliki? Peperiksaan di universiti mana yang baginda duduki?

Tapi lihat saja, baginda selalu tahu apa perkara bijak yang perlu dilakukan dalam satu2 masa.

Hmm.

Kerana cerdik itu sangat luas tafsiran dan bidangnya. Dalam urusan pendidikan, aturan hidup, agama dll. Namun, yang pasti, untuk jadi cerdik, kena belajar.

Ketahuilah, untuk belajar, bukan hanya di kelas. Boleh jadi seseorang itu tidak pernah ke sekolah, tapi sangat bijak mencari nafkah, mengatur urusan keluarganya dan mengurus perbelanjaannya. Kita? [Rasanya belum pernah saya buat sesuatu kerja untuk menambah wang tabung. Lebih kronik, saya hanya tahu berbelanja. :( ]

Rugilah kalau kita cuma cerdik dalam pelajaran. Jadi harus bijak menyusun prioriti. Bukan hanya mengadap buku pelajaran dan studi dan studi. Hingga saya memperhatikan, ramai di antara kita (termasuk cik nurjannah) yang terlalu amat bersungguh menambah pengetahuan dalam satu2 bidang (eg perubatan), tetapi terlalu kurang bersungguh menambah ilmu2 untuk menuju Allah.

Bak kata cik skis, ilmu2 perubatan yang kita bersemangat kejar2 kan ni, lebih kepada ilmu fardhu kifayah. Tetapi, ilmu2 fardhu ain yang wajib kita pelajari, tak pula begitu semangatnya. Betul tak? Jom cek: Berapa ramai yang tahu bagaimana cara Rasulullah saw solat? Siapa yang bagus sebutan dan tajwid alQuran? Ada sesiapa di kalangan kita FAHAM alQuran? Malah pernah, seorang sahabat saya bertanya pada temannya (untuk menguji): apa rukun shahadah? Dan nah, temannya tak tahu pun apa dan berapa rukun shahadah. Ni belum lagi disemak di sudut amal dan praktikalnya. Kalau tak tahu, kenapa tak belajar? Kalau tak belajar, macam mana nak cerdik?

Jom sama2 jadi cerdik. Cerdik kerana Allah. Sebab cerdik kerana Allah sangat best. Kita tahu berkenaan Islam, urusan hidup dan studies insyaAllah.

 

Solehah

Kalau para miss world sibuk mengejar kebijakan dan kecantikan (brain and beauty), kita harus sibuk mengejar kebijakan dan kesolehan.

Menjadi solehah pun, satu isu besar.

Sebab ianya bukan cuma antara manusia dengan Allah. Kerana amal2 soleh sangat banyak dan luas – merangkumi urusan kita dengan Allah dan interaksi kita dengan manusia. Dalam kedua2 hubungan, perlu banyak sifat2 mahmudah.

Harus punya sifat syafaqah, ramah, toleransi, istiqamah, merendah diri, sabar, lapang dada,… (dan setiap satu sifat2 mahmudah yang lain). [Boleh tak nak mengeluh mengenangkan kurangnya sifat2 mahmudah dalam diri? Hmm.]

Nak jadi baik memang tak mudah.

Memilih menjadi baik dan berbuat baik bermakna kita meletakkan diri ke dalam penjara. Terkurung dari melakukan segala yang haram. Tapi sesungguhnya ketahuilah, memang dunia ini penjara bagi orang2 yang beriman. Kebebasan nanti akan diberi di syurga. ;) Sekalipun dunia ini penjara, terlalu banyak perkara2 halal yang disediakan untuk kita nikmati. [sayangnya pada Allah atas segala nikmat2Nya :) ]

Saya tak tahu bagaimana nak mengupas isu menjadi solehah. Yang saya tahu, saya nak jadi baik. Saya cemburu sangat pada sahabat2 dan adik2 yang baik2. Dahla baik, bijak pandai pulak tu. Nak jadi macam kalian!! :mrgreen:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal, mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah dari padanya. (al-Kahfi 18:107-108)

Mohon doa dan nasihat dari kalian untuk kita sama2 menjadi muslimah yang bijak pandai lagi solehah. 

 

p/s: rindu nuur habibah. Lama tak mendengar khabar berita. Harapnya enti dalam perlindungan Allah selalu.

Buat fida’ afiqah: pagi kelmarin fida’ tak salam cik jannah pun sebelum pergi majlis. Fida’, you owe me. ;)

 

Setelah Seharian October 2, 2009

Filed under: ~poems n short stories~ — nurjannahsunshine @ 8:01 pm

Dalam suram petang,

 

Ada jasad yang letih; sejak pagi mengisi waktu dengan urusan yang tak habis2.

 

Ada akal yang sarat; setelah disumbat2 dengan anatomy dan CSU.

 

Ada hati

 

Ada hati

 

Ada hati rindu…

 

Ada hati yang rindu pada Tuhannya;

                Mata menyelusuri  ayat2 cinta dalam kalam agung.

                Bibir membisik doa panjang penuh harapan.

 

Dalam suram petang yang menginjak senja,

 

Ada diri yang tak jemu mencari jalan pulang.

 

‘Dan mereka akan dibawa ke hadapan Tuhan mereka dengan berbaris. Sesungguhnya kamu datang kepada Kami, sebagaimana Kami menciptakan kamu pada kali yang pertama’ (al Kahfi 18:48)

‘Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, maka hendaklah ia mengerjakan amal saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya’ (al Kahfi 18:110)

 

IMU Library

17:50     Jumaat, 2  Okt 09

 

Musykilah September 30, 2009

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~ — nurjannahsunshine @ 1:40 am

Assalamualaikum wbt.

Selamat hari raya! Maaf ZAHIR dan BATIN ye semua. Maaf atas segala salah silap saya dalam sedar atau tidak, dan yang lepas atau mendatang (minta maaf siap2.hehe).

Saya pasti ramai di antara kalian yang punya learning issues dari ramadhan yang lepas dan syawal yang sedang kita lalui.

Saya punya beberapa learning issues. Owh, mungkin banyak.

Sedihnya, sebahagian learning issues ni dah di ‘drag’ dari dulu lagi. (cik nurjannah, sila cepat belajar)

-Musykilah-

Dear readers, saya ada dua musykilah yang mengganggu. Mohon kalian memberi input dan masukan yang bernas.

1.   End of semester exam tinggal 8 minggu sahaja. Ada 9 systems untuk di-cover. Sebenarnya rasa sesak dalam dada. Tapi Alhamdulillah tak serabut. Setakat ni. Mood gelabah belum tiba.

Teringat ketika di sem 3, tak study masa cuti panjang. Bila mula semula kelas, terus belajar respiratory system (RS). Ada 4 minggu dalam RS. Di akhir RS ada summative exam yang turut memuatkan cardiovascular system (CVS). Subjek yang dipelajari dalam 5 minggu CVS dan 4 minggu RS, perlu di-cover dalam 4 minggu RS. Banyaknya! Waktu tu, keadaan pula menuntut saya untuk semakin banyak keluar. Sekurang2nya sekali seminggu. Hanya Allah yang tahu betapa serabutnya saya tika itu. Dalam diam, saya selalu menangis. Telefon mabah untuk bercerita, pasti menangis juga. Sayangnya, ada banyak benda yang tak dapat saya kongsikan dengan mereka. Masa itu, saya terindu2 sahabat untuk bercerita. Sangat rindu. Cuma nak bagitahu betapa stress nya saya. Nak mendengar kata2 dan nasihat penyejuk hati. Owh, mengingat semula zaman2 tersebut buat saya rasa………………..

[Again, saya sedar itu tarbiyah dari Allah. Pematangan jiwa. Selepas dari episod itu, kalau stress menghadapi exam, saya tak pernah lagi menangis. Walhal sebenarnya, selama2 hidup menjadi pelajar ni, yang menangis sebab study hanya di IMU. IMU ku sayang. Huhu.]

Owh, biar saya ulang semula musykilah pertama saya: ada 9 systems untuk discover dalam 8 minggu. Terima kasih.

 

2.   Bagaimana ya nak bereaksi atau memimikkan muka jika tak berkenan dengan sikap atau perbuatan orang, jika kita tak mampu menyatakan dengan perbuatan mahupun lisan?

Saya selalu buat muka kering. Seolah2 saya tak terasa apa. Seolah2 saya ok dengan kesilapan/kesalahan/maksiat yang dibuat jelas2 depan mata saya. Seolah2 saya sporting. Padahal dalam hati rasa sangat tak best. Sedikit rasa nak menangis (sebab geram dengan diri sendiri dan sedih dengan sikap mereka).

Tapi siang tadi, apabila ada perbuatan kurang baik yang mengambil masa yang lama untuk berlaku di hadapan mata saya seorang, seolah2 minta penilaian dari saya, saya tak tahu nak bereaksi bagaimana. Mereka yang terkantoi itu tahu mereka buat sesuatu yang kurang menyenangkan, lebih2 lagi bila ada di antara mereka yang ditarbiyah. Mula2 saya senyum untuk greet mereka. Kemudian senyuman terhenti disitu. Sebab jantung saya berhenti. Rasa sangat geram dan sedih. Tapi tak tahu nak buat muka yang bagaimana. Kering kah? Masam kah? Annoyed kah?

Kalau buat muka kering nanti mereka ingat saya ok. Lantas bagaimana?

Saya tak berani tegur… [Saya tak bagus dalam menggunakan lisan. Skil harus diasah sedasyat2nya lagi.]

Macam mana nak buat?

 

Malam ni rasa macam menulis untuk kolum mengadu masalah dalam majalah pulak. Huhu. Kalian yang bijak2 harap dapat membantu. :)

 

p/s: Atas terlalu banyak sebab dan perkara, saya sayang Allah. ;)

 

Menjadi Seperti Ibrahim a.s. yang Tertinggal September 16, 2009

Filed under: ~tazkeerah~ — nurjannahsunshine @ 8:41 am
Tags: , , , ,

Assalamualaikum wbt.

Ramadhan kareem.. ;)

Apa khabar iman hari ini? Masih sibuk dengan study yang tak habis2? Owh, nasihatilah saya juga agar tak malas! ;)

Hmm.

 

Hampir sebulan yang lalu, ada satu majlis/program di IMU. Macam2 persediaan telah dibuat untuk program tersebut. Kehadiran ke program tersebut pastinya seronok. Boleh tengok persembahan, boleh sembang2, boleh ketawa2, boleh tangkap2 gambar. Tapi saya tak pergi. [tak sportingla jannah ni!]

Bukan mudah untuk saya membuat keputusan untuk pergi atau tidak.

Alhamdulillah, petang itu saya ada pbl sampai lewat petang. Dah nak gelap pun. Jadi, balik je ke rumah, kawan2 sedang bersiap2.

Dengan membuat muka penat, saya memberitahu, saya tak dapat pergi sama. Ada kerja.

Ironinya, saya rasa seronok sangat bila dapat escape! :D Bila dapat bertegas (dengan diri sendiri) untuk tak pergi. Bila tak bersama dalam kelompok majoriti.

Lepas2 dari itu, ada program dengan teman2 lagi. Saya tak join juga. Ada kerja. (Ah, senangnya kalian faham kesibukan saya ;) )

 

Saya teringat kisah utusan Allah, Nabi Ibrahim a.s.

Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang. Kemudian ia berkata:”Sesungguhnya aku sakit.” Lalu mereka berpaling daripadanya dengan membelakang. Kemudian ia pergi dengan diam-diam kepada berhala-berhala mereka; lalu ia berkata: “Apakah kamu tidak makan? Kenapa kamu tidak menjawab?” Lalu dihadapinya berhala-berhala itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya (dengan kuat). (as-Shaffat 37:88-93)

Nabi Ibrahim a.s. tidak turut sama ke perayaan kaumnya di bandar.

Lalu ia memandang sekali pandang ke bintang-bintang.

Dalam ayat ini, ditunjukkan bahawa Ibrahim a.s. berfikir dan menilai sebelum memberi jawapan. Mahu pergi atau tidak? Bintang2 mengingatkannya pada Allah. Subhanallah. Kerana Ibrahim a.s. mengenal Allah melalui tadabbur baginda dengan alam.

Kemudian ia berkata:”Sesungguhnya aku sakit.”

Baginda kemudiannya memberikan alasan yang dapat diterima kaumnya. Dalam tafsser Ibn Katheer, Ibrahim a.s. dikatakan sememangnya sakit. Sakit dengan tingkah kaumnya yang menyembah berhala.

Lalu mereka berpaling daripadanya dengan membelakang.

Maka tertinggallah Ibrahim a.s. dari menyertai perayaan tersebut. ;)

Subhanallah.

 

Akhir2 ini saya sudah beberapa kali tertinggal dalam menyertai aktiviti bersama teman2. Dan berasa seronok begitu. :)

Bukan saya tak punya masa atau tenaga. Bukan juga saja2. Sebenarnya, saya kalau boleh mahu menjaga banyak perkara.

Hati.

Kalau banyak seronok, bimbang2 hati cepat berkarat. Lantas menjadi lupa pada Allah. Seterusnya berasa berat melakukan amal. Naudzubillah.

Juga, saya tak nak membiasakan diri saya dengan benda2 yang tak tentu statusnya. Makan2, nyanyi2, sembang2, menari2. Apa nilai perkara2 ini di hadapan Allah? Amal soleh yang dibuat main2 saja boleh dicampakkan ke muka kembali, apatah lagi yang tak soleh begini. [gulp]

Masa.

Kalau dah nak exam tu, memanjang mengaku tak ada masa. Sampai waktu solat tunggang langgang, sampai makan tak ikut time, sampai masa tidur menjadi super-singkat.

Tapi masa senggang yang ada, dengan lapang dada (malah dengan seronok sekali) dihambur2kan.

Masa itu kan harta. Harta para pelajar. Kerana masa itu milikan kita yang berharga.

Masa itu kan harta. Bukan untuk dikumpul, tapi digunakan. Bagi mencari bekal2 untuk memberatkan timbangan amal di hadapan Allah kelak.

 

Saya pernah suatu ketika dahulu ditegur. Dan saya terasa di hati. Lantas tegurannya terkesan.

Saya ditegur kerana meninggalkan satu program yang bermanfaat hanya untuk keluar bershopping dengan kawan2. Tapi sahabat yang menegur tak tahu saya keluar ke bandar. Sangkanya, saya cuma di bilik. Kalau tak, pasti lebih pedas. [hehe]

‘…padahal kat bilik bukan buat amal soleh pun. Tak buat apa pun. Tak bertambah amalan’ [gulp]

Benar. Apa yang kita buat setiap detik harusnya boleh menjadi amal soleh kita, kan? Kaau tak rugilah kita.

Tempoh waktu kita yang ada sudah tetap. Kita terlalu mahu panjang umur kerana kita melihat pada kuantiti tempoh hidup kita. (hidup lagi lama, lagi banyak amal soleh. Hm. Hidup lagi lama, makin sedikit kah maksiat dan dosa kita?) Padahal Allah melihat pada kualiti hidup kita sehari2. [cakap senang... Ingatkan saya andai saya menyimpang!]

 

Jadi, jangan terasa rugi jika tertinggal dari program2 yang dibuat bertujuan seronok2. Kita kan banyak KERJA.

Lihat saja Ibrahim a.s. Sepeninggalan kaumnya, baginda kemudiannya terus melakukan kerja dakwah. Kita, sekalipun tak punya keberanian dakwah seperti Ibrahim a.s. yang mampu menghancurkan kebatilan dengan tangan, kita buat secara contoh teladan saja la ya. Moga2 nanti2 teman2 pun rasa lapang dada meninggalkan program2 lagha.

 

p/s: Bukannya tak suka untuk bergembira. Tapi lebih suka mencari redha Allah, sementara masa masih ada. :D

 

Pakai Cantik-cantik September 6, 2009

Filed under: ~a sharing sunshine is a caring sunshine~, ~tazkeerah~ — nurjannahsunshine @ 10:54 am
Tags: ,

Assalamualaikum wbt

Pertama2nya, Alhamdulillahirrabil’alameen..

MABIT berjalan dengan suksesnya walaupun diakui banyak kelompongan yang harus diperbaiki pada masa2 akan datang insyaAllah. Kak Jannah doakan adik2 di IMU terus bijak mengurus program2 di IMU. [sayangselalu ;) ] buat teman2 yang menghadiri program tersebut, harapnya kalian peroleh sesuatu untuk dibawa pulang. [bukan cuma cenderahati program! ;) ]

Hm.

Memetik cerita Beebs apabila dia ditanya: ‘kenapa suka pakai baju cantik2?’

‘untuk kepuasan diri sendiri’

‘betul ke untuk kepuasan diri sendiri?’

Hee.

Saya nak ketawa besar bila cakap pasal ni. Bila kami bercerita dan masuk menyentuh soal pakaian ni, saya awal2 lagi cakap pada Beebs, ‘jangan tanya jannah soalan tu!’. Hehe. [tersengih]

Sebabnya tak perlu dah orang lain tanya saya jawapannya. Saya sendiri berkali2 menyoal diri. Dan masih menemui jawapan yang sama. [haih..]

Kalau pakai baju cantik2 BEST. :D

 

Kemegahan

Kemegahan. Hm. Itulah jawapan sebenarnya dari pihak saya. Malu nak mengaku sebenarnya. Tapi kalau hakikatnya begitu, mana mungkin saya akan berdalih mengcover dengan mengatakan untuk kepuasan diri. Ye lah, kalau kat bilik, tak de pulak nak iron2 baju ke, pakai2 jubah ke, baju ropol2 ke.

Memang sejak dari sekolah, isu pakaian selalu menjadi perkara penting bagi saya. Nasib baik baju ke sekolah memang ada uniformnya, kalau tak mungkin saya dah dapat migraine bila mencecah usia sekarang. :D

Dulu, di sekolah, baju2 prep akan memenuhi locker saya. Minimum 8 pasang baju kurung (locker kecik). Kalau balik rumah, tukar set baju2nya. Kalau ada apa2 majlis atau program (camping, kem motivasi etc) lagilah.. Pasti saya mula serabut. [seperti biasa] Jadi kalau keluar menyopping, saya pasti akan beli baju2 dan simpan di rumah. Kalau nak pakai, baru minta mabah hantarkan.

Masih teringat zaman2 di INTEC, hari2 matchingkan baju, seluar/skirt, kasut dan beg. Tak penat2.

[Saya memang suka membeli baju. Mama cukup marah sebab saya pantang dapat duit sikit, saya mesti keluar menambah koleksi baju. Bab2 makan, kedekut. Cuma sekarang terpaksa slow down sikit sebab susah nak cari baju yang menepati citarasa. Kalau ada, selalunya mahal. [stress]]

 

Jadi, sejak dari dulu saya tertanya2 apa status pakai baju cantik2 ni?

Suatu hari saya terasa aman apabila bertemu dengan satu hadith berbunyi:

Sahabat Abdillah bin Mas’ud ra berkata, bahwa Nabi saw telah bersabda: “Seseorang yang di dalam hatinya masih terdapat rasa takabur walau hanya seberat biji sawi dia tidak akan berhak masuk syurga.” Kemudian ada seorang lelaki berkata: “Ya Rasulullah, terus bagaimana halnya dengan seseorang yang suka memakai pakaian bagus dan sepatu bagus?” Jawab Rasulullah: “Sesungguhnya Allah adalah Dzat yang bagus, dan cinta kepada segala kebagusan. Sedang yang dinamakan takabur adalah mengingkari kebenaran serta sombong terhadap sesama manusia.” (HR. Muslim dan Tirmidzi).

Ha!

Jadi, tak apa kalau mengenakan baju cantik2 kan?

Kemegahan tu adalah rasa best bila pakai cantik2. [especially bila orang tegur..huhu..tapi kalau orang tak tegur pun tak pe, sebab memang sedia perasan sendiri..hee :D ]

Tapi insyaAllah tak termasuk kategori takabbur selagi tidak menafikan kebenaran dan meremehkan orang lain. [kalau salah harap boleh betulkan!!]

 

Selekeh

Saya teringat satu perbualan dengan seorang sahabat yang jarang2 dapat saya bertemu. Saya mula mengenalinya ketika saya baru bercadang mengubah cara saya berpakaian.

‘cewaah, jannah dah bergaya sekarang!’

Heheh. Saya tersengih. Apa maksudnya?

‘jannah selekeh ke selama ni?’

Dia ketawa.

Bukan sekali dia cakap begitu. Sudah beberapa kali dia sebut begitu dalam beberapa pertemuan kami akhir2 ni.

Sedarlah saya. Saya pernah melalui zaman selekeh juga nampaknya. [huhu]

Teringat detik2 waktu saya sedang mencari identiti baru. Kenangan dalam setahun yang lepas. Waktu tu baju yang ada untuk dipakai sangatlah limited. Tipulah kalau saya kata saya tak stress. Jadi kadang2 memang terpaksa langgar batas juga. [huhu] Hampir hari2 ke kelas dengan baju kurung. Kadang2 rasa macam nak keluar dan borong baju banyak2 dan tukar kandungan wardrobe. Tapi, mana nak cari duit untuk ganti SEMUA baju2?

Tapi Alhamdulillah, memang semuanya Allah aturkan supaya bertahap. Supaya saya sendiri tak terkejut. Mabah apatah lagi.

 

Fashion

‘waah, pakai tshirt besar dah sekarang!’

‘taak. Bukan sebab apa. Jannah suka sebab cantik design ni. Belang2, cantik..kan2?’

‘waah, dah pakai tudung besar dah sekarang’

‘laa, bukan nya (sebab) apa. Ni je tudung yang matching. Waktu tu dah panas. Jannah ambik je. Tak larat dah nak jalan2’

‘jannah suka jubah ke?’

‘a’a.. Cantik. Stylo. Jannah suka yang flair2’

Banyak betul dalihnya.

Dengan mama, jannah selalu berdalih begitu. Jadi, pada mama, jannah pakai begitu sebab ‘style jannah begitu’ atau ‘kebetulan begitu’. [haih. Lain kali mengaku jelah.. tak penat ke mengelak2? Hm.]

 

Sampai bila pakaian akan jadi isu besar dalam hidup?

Selama2nya.

Kerana memang pakaian ni sesuatu yang indah. Mengindahkan pemakainya. Kadang2 orangnya biasa2 je. Tapi boleh nampak cantik sebab pakainnya. Special kan? :)

Namun ketahuilah, pakaian sebenar yang saaangat cantik untuk diidam2kan dan difikir2kan hingga menjadi isu besar telah disebut Allah dalam alQuran.

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat. (Al-A’raaf 7:26)

Subhanallah. Cuba baca betul2. Memang pakaian itu pemberian Allah. Untuk menutup aurat dan untuk perhiasan.

Kemudian Allah sebut tentang pakaian yang paling baik. Taqwa. Pakaian yang menyelaputi zahir dan batin. Kalau dalam nya saja sudah cantik, pasti terpancar di luar kan? [promosi innershine]

Persoalannya, sudahkah saya (dan kalian) punya pakaian ini? Jangan pakaian ini pula yang selekeh. Atau lebih teruk compang-camping, koyak rabak atau berlubang2. [hati gelisah memikirkannya]

 

p/s: ya Rabb, walau pakaian apa yang membaluti tubuhku, moga ianya pakaian yang baik untuk agama ku, iman ku dan akhlak ku. Aku berlindung denganMu dari sifat riak dan takabbur.

 

Untuk Budak Baik September 3, 2009

Filed under: ~tazkeerah~ — nurjannahsunshine @ 6:20 pm

Assalamualaikum wbt.

Apa khabar iman hari ini? Dengarnya ada yang dah pun khatam alQuran pada hari ke-7 ramadhan? ;) [wuhuu, jelesnyeee..jannah masih struggle.doakan agar amalan ramadhan kali ini lebih baik dari tahun lepas! :) ]

Saya kesedihan dari semalam. Rasa hati (note: hati=qalbu..bukan liver) dalam dada ni macam shrinking cirrhotically.

Para muslimah IMU akan mengadakan MABIT (Malam Bina Iman dan Taqwa) malam esok. Beberapa dari kami menjadi pengurus programnya. Keputusan nak buat mabit ni pun dibuat secara mengejut (lepas adik2 tersayang habis summative exam minggu lepas).

Jadi, kami pun sibuk mengutip nama bagi siapa yang nak join. Bilangan peserta yang akan join sangatlah penting sebab banyak benda lain yang nak diambil kira (makanan sahur, cenderahati, tempat tidur dsb).

Owh, sudah dua perenggan intro nya, belum juga cerita kenapa saya sedih…

Saya sedih sebab ada yang tak mahu join semata2 kerana ‘ini program budak2 usrah’ (setelah direphrase). Apakah??! Bila masa jannah cakap ni untuk budak2 usrah? Kami ajak semua.. Ramai je adik2 yang tak join usrah i’Allah akan datang. [sabar jannah, sabar..]

Jannah sedih. :(

Tapi satu perkara saya pasti, ini tentunya tarbiyah dari Allah. [Allah nak jannah baiki sifat yang suka give up dalam mengajak orang berbuat baik, faham?!]

Muslimah sekalian, bayangkan seorang pelajar tidak mahu ke kelas (lecture) anatomy dan pathology untuk MSK system. Kelasnya, kelas yang macam biasalah. Kelas yang semua tahu akan adanya dan tahu akan kepentingannya. Bila ditanya kenapa tak ke kelas, dia cakap: ‘sebab tu kelas untuk budak2 pandai je’. Hm. Bila exam, resultnya sangat teruk sebab rupanya, bila belajar sendiri, dia tak faham dengan baik pun. Dia salah konsep, tak habis cover syllabus dsb. Kesian kan? Padahal peluang untuk sama2 belajar dengan kawan2 bukan tak ada. Saya tekankan sekali lagi: sama2 belajar.

Wahai muslimah2 imu yang bijak pandai, saya sangat sayang kalian. Melihat saja wajah kalian, saya pasti nak senyum memanjang. Teringin nak makan bersama, solat bersama, tilawah alQuran bersama, berkongsi cerita dsb… Mungkinkah saya akan ditinggalkan kempunan?

Kami kini dah pun melebihi target bilangan peserta. Tapi ketahuilah, saya masih mengharapkan ada lagi di antara kalian yang memberi nama untuk datang. Kalau sekalipun kalian sibuk atas urusan study, saya minta pengorbanan buat seketika. Hanya SATU malam di bulan Ramadhan untuk kita lalui dengan qiyam berjemaah bersama2 muslimah di imu. Maafkan saya kalau saya susah nak faham kesibukan kalian.

Akhir kata: jannah tak menjanjikan apa2 untuk MABIT kali ini. Yang baiknya dari Allah, yang burukya disandarkan pada kelemahan kami yang menguruskannya. Jannah minta maaf kalau ada yang terasa. Ketahuilah, jannah bukan orang yang pandai dan berani berkata2 dengan lisan. Jadi ini platform yang jannah ada untuk tunjukkan kasih dan perhatian jannah pada kalian.

Ayuh renungi:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan, kekal mereka di dalamnya; sebagai janji Allah yang benar. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Luqman 31:8-9)

Syurga akan Allah hadiahkan pada orang yang beriman DAN mengerjakan amal2 soleh. Jadi, apa lagi, ayuhlah mencari amal2 yang dapat menambah pahala kita insyaAllah.

Moga amal dan iman terus meningkat dalam mengejar syurga Allah. Sayang selalu.. ;)